| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Poisoned Rose (1) - Escape
Sunday, December 18, 2016



2016

Related image

Seorang lelaki berpakaian tuxedo melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan besar yang tertulis 'Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik' pada papan tanda kaca. Tangan lelaki tersebut memegang kemas sebuah fail bewarna coklat. Kakinya terus berjalan menuju ke sebuah lif.

Pintu lif terbuka pada tingkat 11. Jejaka tampan tersebut terus menuju ke pintu pejabat utama lalu mengetuk daun pintu tersebut. 

"Masuk!" Apabila mendengar arahan ringkas dari Timbalan Pengarah Tahanan di dalam pejabat tersebut, jejaka bertuxedo itu membuka pintu dan melangkah masuk.

"Tuan Aiman? Assalamualaikum," sapa timbalan tersebut lalu jejaka bernama Aiman Nafiz itu tersenyum manis.

"Waalaikumussalam, Tuan Hadi." Timbalan yang bernama Hadi itu terus bangun dari duduknya, memberi hormat pada 'tetamu' yang datang.

"Perempuan tu. Aku nak kau bebaskan dia," ujar Aiman Nafiz dengan matanya memandang tajam pada Hadi. Senyuman manis tadi hilang serta-merta.

"1097? Maaf, Tuan. Dia ditahan atas hukuman bawah seksyen 39(b), memang tiada jaminan. Hukumannya mandatori."

"Tiada jaminan? " Aiman Nafiz mencampak fail bewarna coklat itu ke atas meja pejabat milik Hadi. Hadi mencapai fail tersebut lalu mendapatkan dokumen yang terkandung dalamnya. Bebola matanya bergerak-gerak membaca setiap baris ayat yang tertulis dalam dokumen tersebut. Wajahnya diangkat menatap Aiman Nafiz.
***

Hanya mampu termenung di hadapan cermin, seorang jejaka memerhati dirinya sendiri. Baju pengantin songket bewarna putih suci itu dipandang lama.

"Nikah tanpa cinta? Menyedihkan." Tiba-tiba, pintu bilik Raja sehari itu dibuka dari luar. Dia hanya memandang manusia yang membuka pintu itu melalui cermin.

"Shahrizal, cepat sikit. Lebih cepat majlis akad nikah selesai, lebih cepat kita boleh relax," kata seorang wanita yang kelihatan sudah menjadi warga emas. Shahrizal mengeluh berat memikir soal itu.

"Mak, beri Shah masa. Bila Shah dah ready nanti Shah keluar," jawab Shahrizal pada maknya itu dengan lembut bagi menjaga perasaan orang tua.

"Jangan lama-lama sangat. Ramai orang kat luar tu. Tok kadi pun dah lama tunggu."

"Shah yang nak kahwin ke, mak ni? Sabarlah. Shah nervous."

"Okay, mak tunggu. Tapi jangan terlalu lama. Malu mak nanti." Orang tua itu terus menutup pintu bilik lantas pergi meninggalkan anaknya. Perasaan marah Shahrizal muncul secara tiba-tiba. Penumbuknya dikepal lalu cermin ditumbuk sehingga pecah berderai. Tangannya yang berdarah dibiarkan sahaja ia mengalir. Tiada apa yang lebih sakit dari apa yang dia rasa sekarang ini.

***

Suasana dalam sel itu langsung tidak menghiburkan penghuninya. Seorang gadis berwajah agak pucat sedang duduk berpeluk tubuh di penjuru sel nombor 9. Kepalanya disandarkan pada dinding. Kedengaran suara manusia yang meracau-racau dalam sel lain membuatkan kepalanya sakit. Bila dia akan terus berada di sini? Baju banduan bewarna oren itu dipandang sepi. Terdapat nombor '1097' dicop pada bahagian bahu baju tersebut. 

Air mata gadis itu menitis.  Terasa rindu pada kebebasan. Hidup di dalam penjara sebenar tidak sama seperti dalam drama atau filem. Ia lebih menyeksakan. Dia mahu keluar dari nereka dunia ini. 

"Weh perempuan! Menangis apa lagi? Esok kau dah nak mati dah pun. Get a life, bitch!" Ujar teman satu selnya mambuatkan 1097 mengeluh berat. Mengapa dia boleh terlupa esok merupakan giliran dia untuk digantung?

Tidak semena-mena, beberapa orang pegawai polis masuk ke ruang tahanan tersebut. Setiap sel diperiksa dan banduan diperhati satu persatu. Sudah menjadi rutin harian, semua banduan juga akan sibuk memerhati pegawai polis tersebut membuat pemeriksaan. Tetapi tidak untuk 1097. Dia malas mahu masuk campur hal orang lain. Dia menghabiskan waktunya di sini dengan hanya termenung dan berfikir untuk bebas walaupun perkara itu tidak akan terjadi. 

Setelah pegawai polis sampai di hadapan sel nombor 9 yang terletak di bahagian paling hujung, pegawai itu mengeluarkan kunci sel dari poket seluarnya. Semua mata banduan memerhati kejadian itu dan semuanya tergamam apabila sel nombor 9 dibuka kuncinya. Namun, 1097 masih lagi tidak bergerak. Masih kekal dalam keadaan asalnya di penjuru sel.

"Sarah Ashiqin," panggil pegawai itu dengan nama gadis tersebut membuatkan 1097 memandang tepat ke arahnya. 

"Apa?" 1097 atau nama sebenarnya Sarah Ashiqin menanyakan apa tujuan pegawai tersebut memanggilnya kali ini. Teman satu selnya tadi terpinga-pinga melihat kejadian itu. 

"Keluar." Sarah Ashiqin berdiri dari duduknya lantas kakinya melangkah keluar dari sel tersebut seperti apa yang diarahkan. Pegawai tersebut mencengkam kuat lengan gadis itu membuatkan dia mengaduh kesakitan. Sarah Ashiqin kemudiannya diheret kuat dan dibawa ke luar dari ruangan tahanan.

"Tarikh diawalkan ke? Bye, Sarah! Mati elok-elok! I'm gonna miss you!" Jerit temannya itu. Sarah Ashiqin hanya mendiamkan diri. Sudah tidak kisah dengan cengkaman kuat dari pegawai polis. Ia tidak seberapa jika ingin dibandingkan dengan apa yang telah dia lalui sebelum ini. Dia akan digantung hari ini? 

Sarah Ashiqin dibawa ke satu ruangan. Di dalam ruangan itu terdapat satu meja kecil yang terdapat sebuah kotak kayu yang tertutup. Gadis tersebut terpana melihat seorang jejaka yang dia kenal sedang berdiri dan menunggu di ruangan tersebut. Pegawai polis yang menjengkelkan itu melepaskan cengkamannya. Aiman Nafiz mendekati Sarah Ashiqin, ditatap mata milik gadis itu sedalam-dalamnya. Wajah Sarah tanpa sebarang solekan dan hampir satu tahun tidak mencucinya masih lagi tampak cantik dan asli. Rambut gadis itu yang kelihatan kusut masai masih tidak mampu menjejaskan parasnya.

"Apa kau buat kat sini? Apa kau nak lagi?!" Soal Sarah Ashiqin dengan nada marah pada lelaki tersebut. Biji mata mereka bertentangan saat ini. Pegawai polis tadi langsung tidak dihiraukan dan dianggap seperti dia tiada dalam ruangan tersebut.

"Kau dah bebas. Kau kena tunaikan janji kau." Kata-kata Aiman Nafiz itu membuatkan Sarah Ashiqin terkejut separuh mati. Gadis itu melangkah ke belakang agar kedudukannya jauh sedikit dari lelaki tersebut. 

"Kenapa kau buat macam ni? APA YANG KAU NAK?!"

"Jangan banyak tanya boleh? Dengar cerita esok kau akan digantung. Betul ke?" Air mata Sarah Ashiqin menitis di hadapan lelaki tersebut. Biarlah. Air mata itu sudah tidak punya harga lagi. Air mata murahan!

"Cepat buat keputusan. Kau nak mati, atau ikut aku? Kita tak banyak masa," ujar Aiman Nafiz lagi dengan matanya melirik pada jam tangan. Buat-buat tidak nampak dengan air mata gadis tersebut. Sarah Ashiqin meneguk air liur. Perlahan-lahan telapak tangannya mengelap air mata di pipi. 

"Ok. I'll follow you," jawab gadis itu pendek lantas Aiman Nafiz tersenyum kemenangan. Kotak kayu yang berada di atas meja kecil itu dibuka dan kandungannya diperhati oleh Sarah Ashiqin. Terdapat getah rambut yang terdiri dari macam-macam jenis, alat solek seperti gincu, celak, maskara dan bedak juga terdapat dalam kotak tersebut. Kening gadis tersebut berkerut kerana tidak faham apa yang Aiman Nafiz mahukan.

"Jom. Takkan nak pergi selekeh-selekeh macam ni?" Tanpa diduga, senyuman tawar terbit di bibir Sarah Ashiqin. Gadis tersebut mendekati kotak itu. Getah rambut yang agak tebal diambil lalu rambutnya yang panjang diikat ekor kuda dengan kemas. Sedikit bedak diratakan pada wajah bagi mengelakkan dari kelihatan pucat dan ginju merah menyala dikenakan pada bibir mugilnya. 

Setelah pakaian Sarah Ashiqin juga sudah ditukar, mereka langsung masuk ke dalam kereta milik Aiman Nafiz. Gadis itu menempatkan diri di passanger seat dan mengenakan tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan. Begitu juga dengan Aiman Nafiz.

"Full speed. No matter what," arah Sarah Ashiqin dengan jelas dan mampu ditangkap lelaki tersebut. Aiman Nafiz tersenyum lebar mendengar perintah itu.

"Baik, Puan Besar!" Kereta itu memecut laju di atas jalan raya, memastikan mereka sampai ke destinasi tepat pada waktunya.


***
Image result for keegan allen serious


Ruang tamu rumah yang luas itu dikunjungi ramai orang. Sanak saudara, teman rapat dan jiran-jiran raja sehari semuanya dijemput hadir untuk menyaksikan majlis akad nikah pada petang itu. Nafas Shahrizal tercungap-cungap menahan gementar di dada. Sesekali matanya tertumpu pada Lidiya yang kelihatan sungguh cantik berbaju pengantin putih dengan solekan ringan yang menambah seri pada wajahnya. Lidiya tersenyum manis apabila mula menyedari dia sedang ditenung oleh bakal suami. Senyuman itu mampu membuatkan Shahrizal terpana seketika. 

'Betul ke apa yang aku buat ni?' Soal Shahrizal dalam hati. Pandangannya ditarik dari memandang gadis itu. Pandangannya ditundukkan lalu keluhan kecil keluar dari mulut. Tok kadi di hadapannya dipandang tepat akhirnya.

"Sedia?" Soal Tok kadi tersebut. Shahrizal teragak-agak untuk menjawabnya. Sedia atau tidak? Sudah semestinya tidak. Sampai bila-bila pun tidak.

"Ya. Saya sedia," bohong Shahrizal, demi kebaikan. Tok Kadi itu menghadiahkan senyuman pada Shahrizal.  Lelaki itu terpaksa menarik senyuman juga. Tok kadi menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan bebola matanya melirik pada tangan itu lalu tangan tersebut digenggam kemas. Gigilan Shahrizal yang ketara akibat terlalu gementar itu dapat dirasakan oleh tangan Tok Kadi. Mata Tok Kadi memandang pada luka di atas tangan Shahrizal lalu keningnya berkerut.

"Kenapa dengan tangan kamu ni?" Soal Tok Kadi itu. Shahrizal menelan air liur. 

"Tak ada apa."

"Bertenang. Jangan nervous," ujar Tok Kadi bagi menenangkan Shahrizal. Shahrizal hanya mengangguk tanda faham. Tok Kadi mengambil nafas sesaat sebelum melafazkannya.

"Shahrizal bin Yahya, aku nikahkan engkau dengan Lidiya Hani binti Hazmi dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai."

"Aku... terima nikahnya..." Shahrizal tersekat di situ, lupa apa yang patut dia lafazkan. Setelah agak lama Shahrizal mendiamkan diri, Tok Kadi menggenggam kuat tangannya.

"Sekali lagi." Shahrizal mengangguk perlahan.

"Aku terima nikahnya, Lidiya binti...." Lagi sekali, suara Shahrizal tersangkut di kerongkong. Tidak mampu melafazkannya lantas lelaki tersebut terbatuk sedikit. Lidiya yang memandang kejadian itu mula rasa tidak sedap hati. Shahrizal, adakah kau tidak sudi? Mata gadis itu terpandang pada wajah seseorang. Seorang wanita berumur tetapi masih awet muda bergincu ungu itu memerhati Shahrizal dengan pandangan tajam. Kepala Lidiya lantas ditundukkan, memandang jari-jemarinya yang dihiasi dengan inai makkah yang memerah. Tidak mampu melihat kejadian itu sekiranya gagal.

"Shah, tunaikan janji kau," bisik wanita tersebut yang berada betul-betul di belakang Shahrizal. Shahrizal tergamam mendengarnya lalu meneguk air liur. Lelaki tersebut menarik nafas panjang-panjang lalu menghembusnya.

"Aku... terima nikahnya, Lidiya Hani binti Hazmi dengan mas kahwin sebanyak RM300 tunai," lafaz Shahrizal dengan jelas tetapi acuh tak acuh. Tok kadi memandang kedua-dua saksi.

"Sah ke?"

"Sah!" Kata mereka berdua sambil mengangguk setuju. Lidiya yang tertunduk dari tadi mengangkat kepala dan tersenyum manis apabila akad itu berjaya dilafazkan, walaupun tidak berjaya sebanyak dua kali. Air mata gembira menitis membasahi pipi Lidiya. Shahrizal menghembus nafas lega. Matanya dipejamkan dan jauh di sudut hati dia rasa bersyukur kerana telah berjaya menjadi suami. Wanita yang bergincu ungu tadi tersenyum manis memandang Lidiya. 

Majlis diteruskan dengan upacara menyarung cincin. Shahrizal bersila di hadapan Lidiya yang duduk bersimpuh. Wajah isterinya yang sah itu dipandang sekilas. Cincin emas yang masih berada di dalam kotak itu diambil.

"Lidiya, hulurkan tangan," arah wanita bergincu ungu tadi pada perempuan tersebut. Tanpa banyak soal, Lidiya menghulurkan tangannya. Dengan teragak-agak, Shahrizal menyentuh tangan itu membuatkan Lidiya berasa bahagia. Bibirnya mengukir senyuman. Namun, senyumannya mati apabila dia memandang wajah Shahrizal yang jelas kelihatan tidak rela menyarungkan cincin. 

Cincin emas yang berkilau itu disarungkan pada jari manis Lidiya. Apabila sudah didapati cincin itu sudah berjaya disarungkan dengan kemas, Lidiya tunduk mencium tangan Shahrizal. Juru gambar mengambil foto kejadian tersebut untuk disimpan sebagai kenangan. Lidiya mengangkat kepala dan tersenyum memandang Shahrizal. Senyuman itu mampu membunuh jiwa Shahrizal ketika itu. 

Perlahan-lahan, sang suami mendekatkan bibirnya pada dahi Lidiya. Saat itu, jantung Lidiya berdegup dengan kencang sekali. 'Dia akan cium dahi aku. Dia akan cium dahi aku untuk pertama kalinya' Ujar Lidiya dalam hati. Bibir Shahrizal berjaya hinggap di atas dahi Lidiya membuatkan Lidiya terasa bagai di syurga. Jika ini mimpi, dia tidak mahu bangun dari tidur selama-lamanya. Tangannya kuat menggenggam baju pengantin kerana terlalu teruja dahinya dicium seorang suami yang sah.

Shahrizal melepaskan ciuman itu dengan perlahan. Tidak semena-mena, lelaki tersebut merasakan sesuatu yang tidak kena. Seperti seseorang yang tidak diundang dalam majlis itu sedang memerhatinya. Sesekali bebola matanya melirik pada sebelah kanan tempat kejadian. Alangkah terkejutnya dia melihat seorang gadis yang dia kenal sedang berdiri dan memandang tepat ke arahnya.

"Sa..rah?" Mata Sarah Ashiqin berkaca melihat kejadian itu. Tangannya dikepal lalu air mata dibiarkan sahaja mengalir. Apabila mula menyedari Shahrizal sudah ketahui keberadaannya di situ, Sarah Ashiqin terkesima. Secara pantas, dia berlari keluar dari rumah itu. 

"SARAH!!!" Panggil Shahrizal yang dari tadi duduk bersila di hadapan Lidiya, kini sudah berdiri mencari kelibat Sarah Ashiqin yang sudah berlalu pergi. Lidiya juga begitu, bangun dari duduknya dan memaut lengan suaminya. Menyedari tangannya dipaut, Shahrizal menoleh ke arah Lidiya, isterinya yang sah 10 minit yang lepas. Terasa sakit jantungnya memandang wajah itu. Perasaan benci yang dari tadi disimpan semakin membuak. Lidiya ditolak dengan kasar sehingga jatuh menyebabkan semua tetamu yang menjadi penonton akad nikah sebentar tadi terkesima melihatnya. Shahrizal terus berlari keluar meninggalkan tempat itu, mengejar Sarah Ashiqin yang diharapnya masih berada di tempatnya. Lidiya menjengilkan mata. Terasa malu dengan apa yang terjadi pada hari ini. 'Kenapa perempuan itu kembali pada hari ini?!' Hari ini yang sepatutnya menjadi hari yang terindah dalam sejarah hidupnya kini berubah menjadi yang paling gelap. 


***

Setia menunggu di bahagian luar rumah banglo yang mewah itu, Aiman Nafiz mengintai jam tangannya. Halaman rumah yang besar itu diperhati dari luar.

"Mana dia ni? Lamanya."

Akhirnya, kelibat Sarah Ashiqin muncul dari situ. Namun, dia berasa aneh mengapa gadis itu berlari keluar dari rumah tersebut, seolah-olah mencuba lari dari sesuatu. 

Sarah Ashiqin berlari pantas dan terpaksa menyelit di antara orang ramai yang berkerumun. Dia mahu keluar dari sini. Dia tak mahu tunjuk muka di sini. Shahrizal yang masih berada di belakang juga setia mengejar kelibat Sarah Ashiqin. Sehingga dia terlupa dia ialah suami orang. Setelah berjaya mengharungi badan-badan manusia, Sarah Ashiqin tersenyum puas. Matanya terus terpandang pada Aiman Nafiz yang sedang menunggu di luar. Dengan pantas, kakinya melangkah. Tidak semena-mena,

'BANG!!!! BANG!!!!' Bunyi tembakan bergema menggegarkan dunia pada ketika itu. Bau seperti daging yang hangus dimasak menerpa ke hidung. Asap-asap kelabu berapungan di atas udara. 

"SARAH!!!!!!" Sarah Ashiqin rebah ke bumi.



2015
(flashback)

Image result for scarlett johansson

Sarah Ashiqin memerhati wajah sendiri di hadapan cermin dalam kamar tidurnya. Baju gaun labuh yang dipakainya benar-benar menepati citarasa dan sangat sesuai untuk gadis cantik itu. Rambutnya dibiarkan melepasi bahu. Bibirnya yang mugil diceriakan dengan gincu bewarna merah jambu yang sangat padan dengan warna gaun yang dipakainya. Sebuah kotak kecil diambil dari dalam laci meja solek lalu dibuka. Diambilnya gelang saduran emas yang terletak di dalam lalu dipakai di pergelangan tangannya. Gelang yang sangat cantik itu dibelek perlahan. Terdapat nama 'SARA SHEQIN' terukir di gelang tersebut.

"Ibu, you have to be with me. Always," ucap Sarah Ashiqin seolah-olah ibunya dengar ucapan itu. Tanpa diduga, pintu bilik diketuk dengan kuat dari luar. Dengan segera, Sarah Ashiqin membuka daun pintu itu.

"Kau nak keluar lagi hari ni?" Soal seorang lelaki yang agak tua dan beruban namun masih kelihatan kacak.

"Ya, ayah. Tapi tak tahu lagi balik pukul berapa," jawab Sarah Ashiqin untuk pertanyaan ayahnya, Encik Salleh.

"Kau ni asyik keluar je." Sarah Ashiqin hanya mendiamkan diri. Kepalanya ditundukkan.

"Balik sebelum pukul 9. Kalau lewat, ayah kunci pintu. Anak dara macam kau ni tak manis balik lewat malam," pesan Encik Salleh separuh ugutan itu lalu beredar dari situ. Sarah Ashiqin mengeluh perlahan.

Tanpa diduga, telefon bimbitnya berdering. Sarah Ashiqin berlari anak mendapatkan telefon bimbit yang terletak di meja solek. Panggilan itu segera dijawab.

"Weh, Sarah! Kau kat mana??"

"Hani, aku baru je siap ni," jawab Sarah Ashiqin lalu jam dinding di pandang sekilas. 

"Janganlah lambat sangat. Party dah nak ready ni. Buah hati kau pun dah sampai tau," kata Hani dengan nada mendatar. Kedengaran bunyi muzik hip hop dari rumah wanita tersebut membuktikan yang majlis sudah mula.

"Ya ya, tunggu sekejap. Aku datang."


***

Hani memutuskan talian lalu wajahnya ditoleh ke arah Iskandar dan Shahrizal yang duduk berpeluk tubuh dihadapannya.

"Dia on the way ke?" Soal Shahrizal. Hani menggeleng kepala berkali-kali.

"Dia baru je siap. Sabar ya. Takkan rindu? Semalam baru jumpa, kan?" Usik Hani setelah melihat riak wajah Sahrizal seperti tidak sabar mahu menemui gadis pujaannya. Shahrizal ketawa kecil mendengarnya.

"Mestilah rindu. Aku harap malam ni boleh spend time lebih sikit dengan dia."

"Ha yelah. Sekejap lagi dia sampai la tu."  

"Baby, I lapar lah. Jom kita makan dulu," ajak Iskandar sambil membuat muka lapar pada Hani. Hani mengangguk perlahan.

"Jom." Iskandar dan Hani pergi meninggalkan Shahrizal berseorangan. Shahrizal mengeluh berat. 


***

"Pak Amat, tolong berhenti dekat kedai tu sekejap boleh?" Arah Sarah Ashiqin kepada driver tersebut. 

"Baik, cik," sahut Pak Amat sebelum memakir kenderaan di ruangan yang terdekat dengan kedai yang ditunjuk oleh gadis tersebut. Sarah Ashiqin keluar dari kereta lantas melangkah masuk ke dalam kedai. Satu persatu barang hiasan dibelek oleh Sarah Ashiqin.

'Hani suka hadiah apa ye?' 

Sesekali Sarah Ashiqin terpandang pada sebuah anak patung teddy bear bewarna coklat. Matanya membesar kerana teruja menemui teddy bear itu.

"Wahh!" Teddy bear itu diambil lalu diperiksa harga di belakang badan patung tersebut.

"Murah! Aku beli ni jelah." Sarah Ashiqin menjeling jam di telefon bimbitnya. Sudah pukul 430 petang.

"Eh, aku dah lambat!!!" Sepantas kilat, gadis itu berlari menuju ke kaunter bayaran. Tanpa menghiraukan orang sekelilingnya, Sarah Ashiqin terus meletakkan teddy bear itu di kaunter. 

"Saya nak beli yang ini!" Jerit Sarah Ashiqin lalu dengan tergesa-gesa mencari beg duit yang disimpan di dalam beg tangannya. Tidak semena-mena, tangannya dicengkam kuat. Gadis itu menghentikan pergerakan, lalu mata melirik pada orang yang memegang tangannya itu.

"Kau dah potong barisan," ujar seorang lelaki muda dengan riak wajah tenang. Sarah Ashiqin terpinga-pinga beberapa saat. Sejambak bunga ros merah yang dipegang oleh lelaki itu diperhati.

"Mana ada . Jangan buang masa akulah. Aku dah lambat ni," kata Sarah Ashiqin lalu menyambung perbuatannya mencari beg duit. 

Setelah berjaya mencapai beg duitnya, wang rm50 diberi pada cashier tersebut. Teddy bear yang sudah diletakkan di dalam beg kertas dihulurkan pada Sarah Ashiqin. Namun, huluran itu disambut oleh jejaka tadi membuatkan gadis itu ternganga melihatnya.

"Woi, bagi balik barang aku!" Arah Sarah Ashiqin dengan wajah merah menahan amarah. Saat dia kelewatan inilah banyak betul dugaan. Lelaki tersebut tidak peduli pada arahan itu lalu terus membayar bunga ros yang dipegang.

"Hei, kau pekak? Aku kata bagi balik barang aku!!!" Kepala lelaki tersebut menoleh ke arah Sarah Ashiqin dengan muka selamba. 

"Kau ingat tempat ni bapa kau yang punya? Sesuka hati je potong barisan," ujar lelaki tersebut, masih dengan nada tenang. Cashier itu hanya jadi pemerhati kedua-dua pelanggannya. Tidak mahu masuk campur urusan mereka.

"Kau pun dah bayar. Nak apa lagi?" 

"Apa nama kau? Nak tahu sebab aku tak pernah jumpa perempuan sebiadap kau."

"Biadap? Cuma sebab potong barisan je? Come on! Jangan jadi macam budak tadika boleh tak? Aku dah lambatlah. Tak ada masa nak layan orang gila macam kau ni." Sarah Ashiqin menarik beg kertas dari tangan lelaki tersebut lalu berlalu pergi dari situ.

"Masa aku dah terlambat inilah ada orang gila kacau aku. Huh!!" Sarah Ashiqin bermonolog sendiri sambil berjalan. Seorang wanita yang berdiri di pintu masuk kedai itu memerhati Sarah Ashiqin membebel seorang diri. Mata wanita itu melirik pada lelaki tersebut.

"Aiman, siapa dia?" Lelaki yang bernama Aiman Nafiz itu menggeleng kepalanya.

"Sephony? Entahlah. Perempuan mana tah biadap sangat."

"Jom. Kita dah lambat," ajak Sephony sebelum menjeling menunjukkan wajah cemburu. Aiman Nafiz mengangguk perlahan. Sephony berlalu pergi terlebih dahulu meninggalkan Aiman Nafiz. Aiman Nafiz mengeluh. Wanita memang kuat merajuk? Dalam melangkah menuju keluar pintu kedai, kaki lelaki itu seakan-akan tersepak sesuatu di lantai. Kepalanya ditundukkan untuk melihat apa yang berada di bawah. Gelang? Aiman Nafiz mengutip gelang tersebut dan membeleknya. Nama yang terukir di gelang itu dibaca.

"Sara Sheqin?" 

Click here to read the info

Labels:



6:13 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar