Living Death (14) - Distribute
Wednesday, August 3, 2016
Farez Edrin membelek-belek buku setebal 5 cm itu sambil meneliti isi kandungan buku tersebut dengan segelas air kosong juga ada di atas meja pada waktu itu. Setiap resepi dikaji satu persatu bagi memudahkan eksperimen seterusnya berjalan dengan lancar. Sesekali lelaki tersebut teringat mengenai seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya membuatkan Farez Edrin sakit kepala.
Buku tebal itu ditolak sehingga jatuh ke atas lantai menghasilkan satu dentuman kuat. Rambutnya dicengkam perlahan untuk cuba menghilangkan rasa sakit, namun tidak berjaya. Tangannya lincah menyentuh pek ubatan yang disusun dalam container kecil. Pek ubat yang tertulis 'ibuprofen' pada pelekat itu diambil. Ubat berbentuk pil itu diletak kemas di hujung jari lalu diletakkan di hujung lidah. Tanpa membuang masa, Farez Edrin meneguk segelas air bagi melancarkan perjalanan pil tersebut ke dalam perutnya melalui esofagus. Harap-harap selepas ini dia baik-baik sahaja. Matanya ditutup perlahan. Tanpa diduga, pintu makmal sains itu diketuk oleh seseorang dari luar. Farez Edrin terpaksa membuka mata kembali.
"Come in!" Tegas Farez Edrin dengan suara mendatar. Pintu makmal itu lantas dibuka.
"Sir Farez, miss Azalea want to see you." Dengar sahaja kata-kata dari pekerja Farez Edrin itu membuatkan wajah lelaki itu berubah. Terus hilang sakit kepalanya sebentar tadi. Mungkin bukan kerana ubat itu. Mungkin kerana nama Azalea Zahra disebut.
Kata-kata Dr. Fuzairy semalam amat memberi kesan pada Aizat Farhan pada hari ini. Sungguh dia tidak menyangka seorang doktor sanggup melakukan perkara seperti itu. Aizat Farhan meraup wajah dan menghela nafas berat. Suasana di taman rekreasi itu begitu nyaman dan sangat sesuai buat lelaki itu berfikir secara logik. Dr. Yunus dan Hazirah pernah berhubungan sulit?
Tanpa disedari, seseorang menyentuh bahunya dari belakang membuatkan Aizat Farhan menghenti lamunannya lantas kepalanya ditoleh ke belakang. Alif mengambil tempat di sebelah Aizat Farhan yang dari tadi duduk di kerusi rehat di taman rekreasi tersebut.
"Alif, bila kau sampai?" Soal Aizat Farhan kepada temannya itu.
"Baru tadi," jawab Alif pendek. Aizat Farhan tersenyum nakal memandang Alif.
"Tadi kau pergi dating dulu eh?" Dengar sahaja perkataan 'dating', Alif tersenyum sampai ke telinga.
"Mana ada. Aku cuma teman dia pergi rumah kawan. Kawan dia buat open house," terang Alif sambil mendongak memandang langit biru. Aizat Farhan ketawa kecil mendengarnya.
"Kau memang sesuai dengan Aida." Alif memandang Aizat Farhan yang berkata demikian.
"Kenapa pula?"
"Yelah. Kau orang saling mencintai. Dua-dua ada perasaan yang sama. Bila kau orang nak kahwin?" Kali ini, giliran Alif pula mengetawakan Aizat Farhan. Aizat Farhan hanya memerhati Alif yang menggelakkannya itu.
"Dah sampai masanya nanti aku pinanglah dia. Kau tu macam mana pula?" Soal Alif setelah menjawab pertanyaan Aizat Farhan dengan jawapan umum. Dengar soalan dari Alif itu membuatkan jejaka kacak itu terdiam. Matanya tertumpu pada langit memerhati lirikan awan yang putih gebu. Terus teringat pada Azalea Zahra. Wajahnya yang dari tadi ceria bersama Alif itu kian berubah.
"Farhan? Kau okay tak ni?"
"Aku okay. Cuma teringat pasal dia."
"Siapa? Azalea?" Tekaan Alif yang sangat tepat itu membuatkan lelaki itu hanya mengangguk.
"Tengok cara kau pandang dia pun orang dah boleh agak yang kau ada perasaan terhadap dia," jelas Alif menurut pemerhatiannya. Aizat Farhan terpana mendengar penjelasan itu.
"Memang aku dah jatuh cinta dari awal lagi." Sebaris ayat yang dituturkan oleh Aizat Farhan itu penuh dengan kejujuran dan keikhlasan. Andai Azalea Zahra mendengar ucapan itu, mungkin hubungan mereka tidak lagi sama seperti sebelum ini.
"Tapi aku rasa dia tak ada apa-apa perasaan pun. Dia anggap aku sebagai kawan. Tak lebih dari tu," kata Aizat Farhan, cuba menenangkan fikirannya saat itu. Biarlah Alif tahu. Dia dan Alif sudah seperti keluarga. Tiada rahsia antara mereka berdua.
"Mana kau tahu yang dia macam tu?" Soal Alif yang tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Aizat Farhan. Tak mungkin Azalea Zahra tiada sekelumit perasaan pun terhadap lelaki tersebut. Pasti wujud perasaan itu walau sedikit. Aizat Farhan hanya mengangkat bahu. Tidak mahu menjawab soalan itu.
"Aku dah bagi Azalea gambar tu," kata Alif mula mengubah topik apabila Aizat Farhan tidak menjawab pertanyaan yang agak sensitif itu.
"Gambar apa?"
"Gambar mayat abang dia. Tapi aku tak bagi yang original. Cuma bagi yang copy punya. Aku harap dia dapat apa-apa dari gambar tu. Senang sikit nak dapat bukti lain," terang Alif sambil memeriksa notifikasi telefon bimbitnya. Semua whatsapp yang tidak berkenaan dengan kerja dia padamkan. Baru pagi tadi dia beri foto dari pihak polis itu kepada Azalea Zahra. Foto yang sepatutnya untuk kegunaan forensik itu harap dapat membantu gadis tersebut untuk mencari clue. Mungkin adik kepada mangsa itu tahu sesuatu dalam gambar-gambar yang diberikan.
"Baguslah kalau macam tu. Aku takkan berputus asa tolong dia. Walaupun aku tak adalah hebat mana dalam bab ni. Mungkin aku tak sanggup mengaku pada dia yang aku suka dia. Tapi sekurang-kurangnya, aku akan lindungi dia."
"Lindungi dia?" Soal Alif kerana kurang jelas dengan apa yang diucapkan oleh lelaki di sebelahnya.
"Ya. Dia tak berapa selamat selagi dia terpaksa dekat dengan abang aku," kata Aizat Farhan. Sejujurnya memang lelaki itu amat risau sekiranya Azalea Zahra begitu rapat dengan Farez Edrin. Bukan kerana dia cemburu. Tetapi, apa yang dia kata bahawa Farez Edrin bukan calang-calang orang itu adalah benar. Saintis gila seperti itu tidak perlu didekati. Jika bukan sebab Hafiz, dia takkan benarkan Azalea Zahra jumpa dengan Farez Edrin.
"Kenapa kau tak percaya abang kau? Takkanlah dia masih tak boleh move on lagi yang Anis tinggalkan dia dulu," kata Alif mula bersimpati terhadap Farez Edrin kerana adik kandungnya sendiri tidak percaya padanya.
"Alif, aku yakin sangat abang aku tu masih berdendam dengan arwah Hafiz. Lebih-lebih lagi bila duit RM18 ribu tu dia tak dapat balik. Macam-macam boleh jadi dekat Zahra kau tahu tak. Aku takkan biarkan benda buruk berlaku pada perempuan tu. Aku tak peduli dia abang aku ke, siapa ke. Dia apa-apakan Zahra, memang aku takkan mengaku dia abang aku lagi."
Kata-kata dari Aizat Farhan itu menyentuh sedikit hati Alif yang mendengarnya. Sungguh dia tidak menyangka sahabatnya yang selama ini agak tegas dengan orang lain akan jatuh cinta pada seseorang dengan serius. Rugi Azalea Zahra jika gadis itu tidak menyedari tentang perasaan Aizat Farhan.
Farez Edrin membuang pandangannya ke arah gadis cantik di hadapannya. Memang sejak tadi Azalea Zahra memandang tepat pada wajah lelaki itu menanti jawapan. Tangannya masih lagi memegang beberapa keping gambar yang diberikan oleh Azalea Zahra sebentar tadi. Beberapa orang pelanggan yang juga berada di restoran Tree Steak House itu langsung tidak mengganggu perbincangan mereka. Azalea Zahra mengangkat kening apabila Farez Edrin sudah memandangnya.
"Do you get anything from those pitcures?" Soal Azalea Zahra. Mengharapkan jawapan yang positif dari Farez Edrin. Malangnya, lelaki kacak di hadapannya itu menggelengkan kepala dengan wajah tanpa perasaan. Azalea Zahra mengeluh melihat respon lelaki tersebut. Ternyata usahanya kali ini tidak berjaya. Gadis itu meletakkan kepalanya di atas meja kerana letih dengan dugaan yang menimpa.
Atas dasar simpati melihat kekecewaan di mata Azalea Zahra, Farez Edrin meneliti gambar-gambar itu semula. Foto mayat Hafiz sewaktu di dalam longkang besar tempoh hari itu dipandang lama. Menurut pemerhatian Farez Edrin melalui gambar-gambar tersebut, mayat Hafiz yang matanya sudah tertutup itu masih berpakaian. Berbungkuskan t-shirt bewarna hijau dan seluar jeans bewarna biru cair. Pada t-shirt tersebut terdapat tompokan darah. Mungkin kerana senjata yang kononnya 'anak panah' yang disebut oleh Aizat Farhan tempoh hari. Namun, melihat seluar jeans dalam gambar tersebut juga terdapat kesan darah membuatkan Farez Edrin curiga. Gambar yang dipegang dari tadi itu diletakkan dengan kemas di atas meja makan.
"The blood stain on the trouser makes me confuse a little bit," kata Farez Edrin membuatkan Azalea Zahra mengangkat kepala dari meja. Matanya tepat memandang Farez Edrin.
"Why?"
"It's hard for me to tell you. But you HAVE to do what I say." Azalea Zahra terpinga-pinga mendengarnya. Apa pula lelaki ni nak suruh aku buat?
"What is it?"
Zayn memandang ke luar tingkap. Seperti biasa, langit pada malam itu kelihatan gelap namun tidak sunyi dek hujan lebat membasahi bumi. Suara tangisan bayi masih lagi kedengaran walaupun bunyi guruh di luar seolah-olah melawan bunyi tersebut. Zayn mula mendongak ke atas. Terfikir mengapa ayahnya membawa pulang bayi orang. Pulang sahaja dari hospital, Dr. Yunus langsung tidak bercakap dengan lelaki itu. Terus sahaja berlalu ke bilik atas sambil membawa bayi yang entah datang dari mana. Bayi siapa pun dia tidak tahu. Bayi Anis Nabilah ke?
Akibat terlalu banyak persoalan dan tanda tanya dalam fikiran, Zayn mula menggenggam tangannya rapat sehingga memutih. Kakinya dikuatkan untuk mendaki tangga batu rumahnya menuju ke tingkap atas. Pintu bilik ayahnya itu dihampiri dan tombol pintu ingin diputar. Namun, gagal kerana pintu itu berkunci dari dalam. Zayn mendengus perlahan. Tidak mahu bapanya perasan akan kehadirannya. Tidak semena-mena, budak lelaki itu terdengar Dr. Yunus bercakap dalam bilik walaupun suara bayi menangis masih kedengaran. Mungkin bapanya bercakap dalam talian. Dengan penuh berhati-hati, telinga Zayn diletakkan pada permukaan pintu.
"Saya tak tahu nak buat apa dengan budak ni. Takkan saya nak buang?" Zayn mula mengerutkan keningnya setelah mendengar suara Dr. Yunus dari dalam.
"Tapi macam mana kalau ada orang nampak? Saya takut kena tangkap polis."
Zayn mula menarik tubuhnya jauh sedikit dari pintu bilik itu. Persoalan dalam fikiran lelaki itu semakin banyak. Ayah nak bunuh bayi itu ke? Itu anak siapa? Tapi kenapa nak bunuh pula?
Zayn turun semula ke tingkat bawah dan mengambil tempat di atas sofa mewah yang disusun elok di ruang tamu. Telefon bimbitnya diperiksa. Tidak semena-mena, kedengaran pintu bilik ayahnya dikuak dengan perlahan. Bebola mata Zayn melirik ke atas. Apabila mendapati Dr. Yunus sudah pun melangkah menuruni tangga, Zayn kembali memerheti telefon bimbit. Berpura-pura tidak tahu dan tidak dengar apa-apa.
Dr. Yunus menuju ke tingkat bawah berpakaian raincoat kuning. Tangannya masih lagi mendukung bayi yang masih dengan tangisan serak. Bayi itu dibalut kemas menggunakan kain putih dan dipeluk erat. Doktor tersebut memerhati anak lelakinya yang berada di ruang tamu. Zayn yang sedang menyibukkan diri bermain telefon bimbit itu dibiarkan. Pintu utama rumah dibuka dan susuk tubuh itu keluar menghilangkan diri. Zayn yang menyedari ayahnya keluar dari rumah membawa bayi itu mula berasa curiga. Telefon bimbitnya digenggam kemas.
Hazirah memandu dengan penuh berhati-hati di kawasan perumahan. Keadaan cuaca yang kurang baik pada malam itu menyukarkan wanita itu untuk melihat jalan dengan jelas. Mujur sahaja jalan itu diterangi dengan lampu-lampu jalan dan lampu kereta. Hazirah mengesat matanya dengan sebelah tangan, sebelah lagi setia memegang stereng.
Tanpa diduga, seseorang berpakaian raincoat kuning melintas di hadapan Hazirah memaksa wanita itu brek mengejut. Disebabkan impak inersia yang tinggi, tubuh Hazirah terhumban ke stereng kereta dan bunyi hon kereta tersebut bergema tanpa sengaja.
Hazirah menyentuh dagu miliknya. Sakit akibat terhumban ke hadapan. Sunggu bahaya! Mujur sahaja dia tidak apa-apa. Dengan kemarahan yang membuak, wanita itu turun dari kereta. Tidak peduli dengan keadaan hujan lebat pada malam itu. Tanpa rasa takut, tubuh besar yang ditutupi kot hujan itu dihampiri.
"Hei, kau ni tak ada mata ke? Selamba je kau melintas tak tengok kiri kanan. Dah puas sangat hidup ke?" Tengking Hazirah, membiarkan tubuhnya basah dek hujan. Rambutnya yang basah diselak.
"Hazirah?" Sebut Dr. Yunus yang dilindungi kot hujan. Hazirah mula terkejut apabila Dr. Yunus menoleh ke arah wanita itu menunjukkan wajah. Namun, apa yang membuatkan Hazirah terkejut ialah anak kecil itu. Matanya tidak lekang dari memandang seorang bayi yang nampak seperti baru lahir itu didukung erat oleh Dr. Yunus. Apa yang terlintas dalam fikirannya kini adalah anak itu anak Anis Nabilah.
"Doktor? Buat apa kat sini? Itu... anak siapa?" Soal Hazirah, terus terang mencari jawapan. Dr. Yunus menelan air liurnya kelat. Pandangannya dilontar pada bayi yang sedang menangis itu. Dari tadi lagi bayi itu menangis tanpa rasa letih. Dalam keadaan hujan lebat sebegini, mungkin juga bayi tersebut kesejukan dan memerlukan pelukan hangat seorang ibu. Perasaan cemas mula terbit dalam diri. Habislah, dia sangka tiada siapa yang akan keluar rumah pada malam yang berhujan lebat. Soalan Hazirah yang tidak terjawab oleh Dr. Yunus menyebabkan wanita itu naik berang.
"Hei, aku bukan cakap dengan tunggul kayu tau! Jawab!! Budak tu anak siapa? Anak Anis ke? Doktor nak buat apa?"
"Ya, dia anak Anis." Akhirnya Dr. Yunus yang dalam keadaan cemas itu terlepas cakap perkara sebenarnya. Sesudah itu, mulutnya ditekup perlahan. Alamak, tentu Anis Nabilah akan marah kerana memberitahu Hazirah tentang hal yang sepatutnya dirahsiakan. Mata Hazirah terbuntang mendengarnya. Memang betul apa yang dia fikirkan.
"Doktor nak buat apa bawa anak dia hujan-hujan macam ni?" Satu lagi soalan susah yang keluar dari mulut seorang guru itu. Lebih susah dari soalan matematik. Sekali lagi, Dr. Yunus meneguk air liur. Badan orang tua itu mula menggigil dan Hazirah juga perasan dengan keadaan doktor tersebut. Kecurigaan mula menerpa.
"Jangan cakap yang doktor nak bunuh anak tu," kata Hazirah membuatkan Dr. Yunus terpana. Terfikir pula Hazirah guna ilmu apa sehingga dia dapat teka perkara ini. Namun, soalan itu tidak pula dijawab. Bayi Anis Nabilah itu dipeluk erat.
"Tolong aku Hazirah," ujar Dr. Yunus. Hazirah mengangkatkan keningnya.
"Kenapa?"
"Aku tak sanggup bunuh budak ni." Kata-kata Dr. Yunus itu agak memeranjatkan Hazirah. Jadi memang betul dia berniat untuk membunuh bayi itu? Dr. Yunus mnghampiri Hazirah serta-merta dan menghulurkan bayi itu kepada Hazirah.
"Aku tak sanggup, Hazirah. Aku tak sanggup. Aku dah sayang budak ni." Tangan Hazirah digenggam serapat-rapatnya. Tidak menyangka kata-katanya tempoh hari kepada Anis Nabilah memberi kesan secara langsung. Mata cantik miliknya memandang bayi yang kesejukan dalam hujan itu. Wajah kemerahan yang cukup comel itu mampu melembutkan hati seorang wanita yang keras kepala dan terbit rasa kasihan dalam diri. Hazirah mengusap perutnya perlahan. Terfikir pula akan janin yang pernah gugur dalam kandungannya. Andai kandungan itu tidak digugurkan, pasti dia sudah lama merasa bahagia seperti ini.
"Tolong ambil budak ni. Jangan sampai Anis tahu yang aku tak bunuh budak ni. Cuma kau sahaja yang boleh tolong aku sekarang." Huluran Dr. Yunus itu akhirnya disambut lembut oleh Hazirah. Kepala bayi tersebut dilindung dari terkena air hujan.
"Aku bukan nak tolong kau. Aku cuma kesian kat budak ni. Semua ni salah aku." Tanpa menunggu respon dari Dr. Yunus, Hazirah terus masuk kembali ke dalam kereta. Bayi Anis Nabilah dipandang lama. Tanpa diduga, bunyi dentuman petir kedengaran di luar membuatkan bayi tersebut ketakutan dan menangis sekuat hati di dalam kereta. Hazirah mengeratkan pelukannya dan menggosok perlahan bahagian belakang badan budak itu.
"Don't cry. I'm here."
To be continue...
Labels: Living Death
10:13 PM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|