| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (12) - The Aborted Fetus
Wednesday, July 13, 2016





Mikhail Iman menunggu kedatangan cinta hatinya yang sudah janji untuk datang ke rumah. Jam dinding Casio dikerling sekilas. Jarum menunjukkan pada angka tiga. Takkan hari ini pun Hazirah buat kelas tambahan. Rajin betul. Semalam wanita itu juga mengadakan kelas tambahan sehingga jam lima petang. 

Bagi menghilangkan rasa bosan sementara menunggu wanita itu, Mikhail Iman merenung telefon bimbit dan melihat whatsapp yang diterima melalui notification bar. Ada beribu-ribu mesej dari kumpulan whatsapp membuatkan Mikhail Iman malas mahu membuka dan membaca semua sekali. Lelaki sasa itu membuka fail bahagian galeri. Gambar Hazirah dibuka dan ditenung. Mikhail Iman mengeluh. Mana Hazirah ni? Dia taknak jumpa aku ke? 

Ding dong! Loceng rumah tiba-tiba berbunyi membuatkan Mikhail Iman bersemangat untuk membuka pintu. Mikhail Iman bangun dari sofa lalu meletakkan telefon bimbit di atas meja makan. Wajahnya dilihat dalam cermin dan rambutnya dibetulkan. Dia mesti jaga penampilan di hadapan Hazirah. Langkahnya diatur pada pintu utama rumahnya dan pintu itu dibuka perlahan. Mikhail Iman membuntangkan mata kerana terkejut melihat gerangan yang berada di hadapannya itu. Dia bukan Hazirah. Tetapi...

Alhamdulillah, jenazah Hafiz selamat dikebumikan pagi tadi. Sudah lebih dua minggu mayat lelaki itu disimpan dalam unit patologi untuk pemeriksaan dan penyiasatan. Semua saudara Hafiz sudah mengangkat kaki selepas membaca doa dan kini hanya tinggal Anis Nabilah dan Azalea Zahra di kawasan perkuburan.

Azalea Zahra menyiram tanah kubur milik Hafiz dengan air jernih lalu bunga azalea bewarna ungu ditabur rata. Anis Nabilah hanya duduk di atas rumput, memerhati batu nisan yang diperbuat dari permata pirus itu. Ukiran nama Hafiz pada batu nisan itu dibelek perlahan. Maafkan Anis, abang. Anis Nabilah hanya mampu ucapkan dalam hati. Batu nisan itu dicium dan diusap perlahan. Air mata Anis Nabilah mengalir lagi untuk kali ke berapa pun dia sendiri tidak tahu.

"Kak, mari saya hantar akak balik hospital," ajak Azalea Zahra dengan lembut. Rasa sedih juga melihat Anis Nabilah dengan deraian air mata di pipinya. Namun, Azalea Zahra cuba menahan tangis. Anis Nabilah tidak menjawab ajakan Azalea Zahra malah terus berdiri dari duduknya. Beg tangan yang diletakkan di atas rumput diambil lalu wanita itu pergi meninggalkan Azalea Zahra seorang diri tanpa berkata apa-apa. 

Azalea Zahra hanya memerhati susuk tubuh kakak iparnya yang pergi begitu sahaja. Dia tahu Anis Nabilah terasa hati dengannya kerana memberitahu Farez Edrin mengenai niat wanita itu mahu menggugurkan anak. Azalea Zahra terpaksa berbuat demikian. Dia percaya, kata-kata Farez Edrin pasti memberi kesan pada Anis Nabilah. Apa yang gadis itu harap sekarang ini hanyalah ketenteraman hubungannya dengan kakak ipar semula. 

Telefon bimbit Oppo Neo 7 milik Azalea Zahra berbunyi lalu gadis itu menyeluk poket seluar untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Dipandang skrin telefon itu yang memaparkan terdapat satu whatsapp dari Aizat Farhan. Mesej itu diklik dan dibuka serta-merta. Dia tahu Aizat Farhan pasti ingin memberitahu perkara yang penting. 


Aku dah sampai rumah lelaki tu. Kalau ada apa-apa maklumat nanti aku bagitahu kau -Farhan-
Azalea Zahra tersenyum sendiri selepas membaca teks ringkas itu. Baik sungguh Aizat Farhan sampai sanggup bersusah payah demi Azalea Zahra. Pada hari pertama bertemu Aizat Farhan, dia sangka lelaki itulah yang paling jahat dalam dunia. Azalea Zahra menaip di ruangan balas whatsapp itu dan memilih emoji yang sesuai dengan reaksinya pada waktu itu.


Ok, thanks Farhan  -Zahra-
Setelah membalas whatsapp Aizat Farhan, kubur Hafiz dipandang sayu. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap akan terus mencari siapa pembunuh abang. Manusia itu patut diberi hukuman atas apa yang dia telah lakukan. Manusia itu bukan sahaja menghancurkan hidup Azalea Zahra, malah merosakkan masa depan Anis Nabilah dan juga anak yang bakal lahir.




Aizat Farhan mengambil tempat di atas sofa empuk di ruang tamu rumah kecil itu. Lukisan berbingkai yang digantung pada dinding diperhati. Begitu juga dengan hiasan-hiasan lain dalam rumah. Mikahil Iman datang semula bersama-sama dengan dua cawan air kopi di tangannya. Air kopi panas itu dibawa dengan berhati-hati lalu diletakkan di atas meja berhadapan Aizat Farhan. Mikhail Iman mengambil tempat di sebelah Aizat Farhan.

"Kenapa abang kau dah tak memanah lagi?" Soal Mikhail Iman membuka bicara sebelum menghirup kopi panas buatan sendiri.

"Dia sibuk. Banyak masalah yang dia kena selesaikan."

"Oh, patutlah. Semua orang pelik kenapa dia berhenti." 

"Aku nak tanya pasal Hafiz sebenarnya." Dengar sahaja nama Hafiz, Mikhail Iman mula tersedak. Pemegang cawan kopi itu dipegang kuat dan tangannya menggigil. Perlahan-lahan lelaki itu meletakkan cawan di atas meja semula. Perbuatan Mikhail Iman dengan tangan menggigil itu diperhati oleh Aizat Farhan dan mula rasa musykil. Kenapa dia menggigil?

"Dengar cerita, kau pernah bergaduh dengan Hafiz pasal anak. Betul ke?" Respon dari Mikhail Iman itu membuatkan Aizat Farhan terus menyoal tanpa membuang masa. 

"Ya," jawab Mikhail Iman pendek. 

"Do you love me? If you do, make sure you shut your mouth up. One day, the girl will see you. And don't say anything about the child."

Pesanan dari Hazirah itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya. Mikhail Iman meneguk air liur dengan bebola matanya meliar sambil berfikir apa yang sepatutnya dia jawab pada lelaki di hadapannya ini.

"Boleh kau bagitahu aku apa yang berlaku? Kenapa dengan anak tu dan apa kena mengena dengan Hafiz?" Soal Aizat Farhan lagi seperti wartawan televisyen.

"Aku tak tahu apa-apa pasal tu," jawab Mikhail Iman dengan perlahan. Aizat Farhan tersenyum sinis mendengar jawapan tak masuk akal itu.

"Kau dengan dia bergaduh pasal benda yang kau tak tahu? Mustahil." 

"Kalau itu tujuan kau datang nak jumpa aku, lebih baik kau balik rumah. Tak manis masuk campur hal rumahtangga orang."

"Okay, kita tutup cerita pasal ni. Maaflah sebab menyibuk," kata Aizat Farhan yang cuba menenangkan kemarahan dalam diri. Sabar, Farhan. Sabar. 

"Aku bukan tak suka kau datang rumah aku. Cuma soal rumahtangga dengan orang yang dah mati ni aku tak suka ungkit lagi," kata Mikhail Iman. Walau apa pun yang berlaku, dia takkan bagitahu rahsia ini kepada sesiapa pun. 

"Tapi aku perlukan maklumat tu. Aku kena cari siapa yang bunuh Hafiz. Aku tanya kau ni sebab kami syak suspek seorang pemanah. Dan kau salah seorang archery player yang pernah bertengkar dengan dia," jawab Aizat Farhan dengan selamba membuatkan Mikhail Iman tersentak. 

Peluh gemuruh mula menitik di bahagian leher Mikhail Iman. Air liurnya ditelan lagi dan nampak begitu ketara pada bahagian halkumnya. Aizat Farhan memerhati Mikhail Iman yang jelas nampak ketakutan menguasai diri. Dia yakin, lelaki itu pasti sembunyikan sesuatu padanya. 

"Kau nak kata aku yang bunuh dia ke apa ni?" Soal Mikhail Iman.

"Bukan. Aku tak cakap pun. Aku cuma nak tahu pasal anak. Itu je," jawab Aizat Farhan dengan tenang lagi. Mikhail Iman mula mendengus kasar. Nampaknya Aizat Farhan bukan seorang yang mudah putus asa. Dia tetap akan tanya tentang anak walaupun baru sebentar tadi dia kata dia nak tutup cerita pasal ni. Tapi mana dia tahu yang pembunuh tu main memanah?

Tanpa diduga, telefon bimbit Mikhail Iman berdering. Telefon bimbit yang dari tadi ditempatkan di meja makan dicapai dan skrin telefon diperhati. Tertera nama 'Amir Hamzah' di skrin panggilan masuk itu.

"Excuse me," ucap Mikhail Iman lalu mengorak langkah ke luar rumah supaya lebih privasi. Aizat Farhan hanya memerhati tingkahlaku Mikhail Iman itu. Lelaki itu tidak selesa jika Aizat Farhan mendengar perbualannya dengan Amir Hamzah dalam telefon. Panggilan itu dijawab dan mereka bercakap dalam talian.

Aizat Farhan yang ditinggalkan seorang diri di ruang tamu itu memerhati lagi hiasan-hiasan di rumah itu. Lelaki kacak itu berdiri dari duduknya dan berjalan mendekati lukisan yang digantung. Permukaan lukisan itu disentuh secara keseluruhan. Aizat Farhan mendapati ada sesuatu yang tak kena pada lukisan ini. Keningnya dikerutkan dan mula tertanya-tanya dalam fikiran. Kenapa permukaan gambar ni macam pelik? Dengan perlahan, Aizat Farhan menarik lukisan itu dari paku dinding dan belakang bingkai gambar diperhati. Tanpa berfikir panjang, bingkai gambar itu dibuka untuk melihat apa di dalamnya.
***





Dr. Yunus masuk ke dalam bilik pesakit VIP yang memang dia sediakan khas buat Anis Nabilah. Kelihatan Anis Nabilah sedang merenung ke luar tingkap memikirkan sesuatu perkara yang memang tiada penyelesaian. Dr. Yunus mula rasa simpati terhadap Anis Nabilah yang terlalu banyak dugaan walaupun masih muda. Anis Nabilah tidak menghiraukan kehadiran Dr. Yunus itu. Hanya meneruskan aktivitinya dari tadi. Merenung ke luar tingkap sambil berfikir.

"Anis, she's here," jelas Dr. Yunus sambil memandang wajah pucat Anis Nabilah itu dengan penuh kerisauan. Anis yang dari tadi khusyuk memandang ke luar tingkap, mula mengalihkan pandangan pada Dr. Yunus.

Siapa?”

Belum sempat Dr. Yunus menjawab pertanyaan Anis Nabilah, pintu bilik pesakit VIP itu dikuak dari luar. Mata Anis Nabilah melirik pada pintu tersebut manakala kepala Dr. Yunus menoleh ke belakang untuk melihat makhluk yang menguak pintu tersebut. Anis Nabilah menghela nafas berat. Sangat terkejut melihat orang tua itu datang bersama-sama dengan beg tangan kulit yang nampak mahal di tangannya.

Mama?” Puan Sarimah tersenyum kelat memandang Anis Nabilah yang hanya terbaring di atas katil hospital. Matanya tertumpu pada perut anaknya yang sudah memboyot itu.

Do you miss me, dear?” Soal Puan Sarimah dengan senyuman manis, semanis-manisnya. Tidak pula Anis Nabilah membalas senyuman itu.

Doktor, terima kasih sebab jaga anak saya. Saya terhutang budi pada doktor. Doktor memang dah banyak bantu saya. Doktor cakap je doktor nak berapa, saya akan bagi,” kata Puan Sarimah kepada Dr. Yunus. Anis Nabilah yang mendengar tawaran orang tuanya itu mula meremang bulu roma.

Tak mengapa, puan. Saya ikhlas tolong dia,” tolak Dr. Yunus dengan penuh adab. Namun, Puan Sarimah agak terusik dengan tolakan Dr. Yunus itu.

Betul doktor taknak ni? Kalau doktor nak duit, minta sahajalah.”

Mama tak sepatutnya datang.” Puan Sarimah terpana mendengar kata-kata dari mulut Anis Nabilah itu. Anis Nabilah yang kembali memandang ke luar tingkap itu diperhati.

Mama tak diperlukan pun kat sini. Mama tak perlu balik Malaysia. Duduk sahaja di London tu sampai bila-bila,” kata Anis Nabilah dengan perlahan. Air matanya jatuh tanpa diduga. Sayu rasa hatinya apabila menyedari Puan Sarimah tidak peduli soal perasaannya. Dia mahu bayar Dr. Yunus kerana menjaga Anis Nabilah selama ketiadaannya? Dia rasa duit mampu selesaikan segala-galanya?

Anis cakap apa ni? I'm still your mom okay?” Anis Nabilah memandang wajah Puan Sarimah tepat dengan pandangan penuh kebencian. Anis Nabilah ketawa sinis dalam hati.

Mak? Seoarang mak sanggup jual anak pada orang lain?”


***


Mikhail Iman memutuskan taliannya dengan Amir Hamzah. Amir Hamzah memberitahu Mikhail Iman yang dia tolong jemput Hazirah di sekolah dan tolong hantarkan Hazirah ke rumahnya terus. Mujur Amir Hamzah membantunya. Kalau tidak, memang Hazirah terpaksa pergi dengan teksi yang kurang selamat. Kereta Mikhail Iman pun hari ini buat hal tiba-tiba. Mikhail Iman mengatur langkah ke dalam rumahnya semula. 

"Maaf, Farhan. Aku rasa kau kena balik sebab kawan aku nak datang," kata Mikhail Iman sambil memandang skrin telefon bimbit. Pintu rumahnya dibiarkan terbuka tanpa ditutup rapat. Apabila mendapati kata-katanya tidak disambut, Mikail Iman mengangkat wajah. Lelaki itu tercenung apabila ternampak Aizat Farhan menyentuh lukisan di dinding rumahnya.

"Siapa benarkan kau sentuh barang dalam rumah aku?!" Tengking Mikhail Iman kepada Aizat Farhan yang masih memegang lukisan berbingkai itu. Aizat Farhan hanya tenang seperti biasa dan menggariskan senyuman. Lelaki itu seperti sudah biasa melakukan kerja seperti itu. 

"I need an explanation about this." Aizat Farhan menunjukkan sekeping gambar imbas fetus 2D dalam rahim yang selama ini disembunyikan dalam bingkai lukisan itu. Jelas tertera nama HAZIRAH BINTI JOHARY pada gambar tersebut. Sudah terang lagi bersuluh, Hazirah pernah mengandung suatu ketika dahulu. Tapi yang sangat aneh, kenapa gambar ini ada dalam rumah Mikhail Iman? Badan Mikhail Iman membatu. Matanya tidak berkelip memandang gambar fetus itu sudah pun ada dalam tangan Aizat Farhan. Sungguh licik!

"Mikhail, Hazirah pernah mengandung, bukan? Anak siapa? Kenapa benda ni ada di rumah kau?" Soal Aizat Farhan bertubi-tubi. Mikhail Iman mula diam seribu bahasa. Tiada idea untuk berkata apa-apa. Apa aku nak buat ni? Farhan dah tahu pasal anak Hazirah. Macam mana aku nak cover ni? Matilah aku. Mesti Hazirah marah betul dengan aku. Kening Mikhail Iman berkerut-kerut memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang. Reaksi lelaki itu diperhati oleh Aizat Farhan. Aizat Farhan berasa curiga. Anak siapa yang Hazirah kandungkan ni?

"Itu anak aku dengan Hafiz." muncul satu suara dari hadapan pintu rumah Mikhail Iman yang tidak bertutup. Mikhail Iman dan Aizat Farhan memandang pada susuk tubuh yang bersuara itu. Hazirah sedang berdiri sambil mencekak sebelah pinggang dengan wajah bengis. Amir Hamzah juga ada di sebelahnya. Hazirah melangkah masuk ke dalam rumah dan mendekati Aizat Farhan. Gambar fetus itu dirampas dari tangan lelaki itu.

"Anak kau dengan Hafiz? Mana anak tu pergi? Kau gugurkan ke?" Soal Aizat Farhan lagi. Wajah Hazirah yang bengis itu dibalas juga dengan bengis. Apabila singa bertemu dengan singa, itulah jadinya. Hazirah menjeling lelaki poyo di hadapannya itu. Sibuk hal orang kenapa?

"Aku ada penyakit masa aku mengandung. Kau ingat aku bodoh sangat nak gugurkan anak aku?" Jawab Hazirah dengan nada marah. Wajah Mikhail Iman agak pucat kerana terlalu cemas sambil memerhati mereka berdua. Amir Hamzah pula hanya menundukkan kepala. Risau jika lelaki ini tahu perkara sebenar. Aizat Farhan menarik semula gambar fetus yang berada di tangan Hazirah. Wanita itu mendengus kasar. Nama hospital dalam gambar itu dibaca. Baguslah, ini hospital yang sama dengan hospital yang dia dan Azalea Zahra berjumpa dengan Dr. Fuzairy tempoh hari. Gambar itu dipulangkan semula kepada Hazirah.

"Kalau betul apa yang kau cakap tu, baguslah. Minta diri dulu," ucap Aizat Farhan sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga. Hazirah memandang susuk tubuh lelaki segak itu dengan perasaan marah. Budak tiada adab!

Hazirah mengoyakkan gambar fetus itu lalu dicampakkan ke atas lantai dengan kasar. Wanita itu mendekati Mikhail Iman dengan kemarahannya masih belum reda. Beg tangannya yang digalas dari tadi dicampak kuat di atas meja membuatkan kedua-dua lelaki yang berada disitu terangkat bahu mendengarnya.

"Aku dah cakap dekat kau kan jangan buka mulut pasal anak?!" Tengking Hazirah kepada lelaki itu.

Aku tak buka mulut. Dia yang jumpa sendiri gambar tu!" Jawab Mikhail Iman takut-takut. Tetapi, apa yang dia cakap adalah benar. Aizat Farhan sendiri yang memandai mengusik barang dalam rumahnya. Tetamu jenis apa lelaki tu? Hazirah menghela nafasnya perlahan. Senyuman sinis terbit dibibir tanpa diduga.

"Nasib baik dia tak tahu cerita sebenar. Kalau tak, semua rahsia kita semua akan terbongkar," ujar Hazirah dengan perlahan. Mikhail Iman mula rasa jengkel dengan kata-kata Hazirah. Amir Hamzah hanya diam dan matanya ditumpukan ke arah lantai mozek ruang tamu itu.

"What a big whoop about the baby?" Soal Mikhail Iman sambil memandang wajah sinis Hazirah yang amat menjengkelkan.

"Kau tak perlu tahu la semua tu. Kau cuma perlu diam dan tutup mulut kau. Keep shutting your mouth, okay sayang?" kata Hazirah sambil menghadiahkan senyuman manis dan Mikhail Iman tidak lagi terpegun melihatnya seperti sebelum ini. Apa yang dia lihat di mata wanita di hadapannya kini adalah mata seorang penjahat. Wajah Hazirah dipandang dengan pandangan tajam membuatkan Hazirah tergamam. Mikhail Iman mendekati Hazirah. Hazirah yang mula berasa aneh dengan kelakuan Mikhail Iman itu terus berundur ke belakang. 

"Mikhail, kau nak buat apa ni?" Marah Amir Hamzah yang dari tadi hanya jadi pemerhati. Mikhail Iman tidak menghiraukan kehadiran Amir Hamzah itu. Matanya masih tepat memandang Hazirah. 

"Kau ada sembunyikan sesuatu dari aku, bukan?" Soal Mikhail Iman kepada wanita di hadapannya. Soalan Mikhail Iman itu membuatkan Hazirah gementar.

"Apa?" Soal Hazirah berpura-pura tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa. Mikhail Iman kembali mendekati Hazirah lagi menyebabkan Hazirah juga terpaksa berundur ke belakang. Malangnya, Hazirah terperangkap kerana belakang badannya sudah tersentuh pada dinding batu. Dia sudah tiada jalan untuk melarikan diri lagi. Nampaknya, wanita tetap wanita. Walau macam mana garang sekali pun seorang wanita, mereka akan menjadi lemah juga apabila lelaki mula menggunakan kekerasan.

"Hafiz. Kau yang bunuh dia, kan?" Soalan yang keluar dari bibir Mikhail Iman itu membuatkan jantung Hazirah rasa seperti mahu tercabut. Apa lelaki ni merepek?? Amir Hamzah yang turut berada di situ juga terkejut separuh mati mendengarnya. Matanya dibuntangkan dan pandangannya tertumpu pada Hazirah yang bersandar di dinding. Jantung Hazirah berdegup kuat sehingga Mikhail Iman juga mampu mendengar degupan itu. Air liur Hazirah diteguk dan peluh mula mengalir di wajah putih mulus miliknya. Namun, Hazirah menguatkan diri untuk bertenang. Matanya dipejam sesaat bagi menghilangkan gementar dan nafasnya dihembus kuat. Tidak semena-mena, senyuman sinis mula terbit kembali di bibir Hazirah.

"Kalau ya pun aku bunuh dia, kau nak buat apa? Kau nak report polis ke?" Jawapan Hazirah itu membuatkan Mikhail Iman pula yang terperanjat. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Selama ini dia sangka Hazirah seorang yang baik walaupun garang bersamanya. Dia tahu yang Hazirah ada kelembutan yang tersembunyi dalam diri walaupun dia kasar orangnya. Namun, setelah mendengar jawapan itu hati Mikhail Iman menjadi rapuh. Tak sangka wanita yang dia minat dan sayang selama ini ialah seorang penjenayah. Amir Hamzah juga tidak sangka itu jawapan yang keluar dari mulut Hazirah. Tangannya digenggam serapat-rapatnya dan matanya tajam memandang senyuman sinis Hazirah.


To be continue...

Labels:



4:10 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar