Living Death (8) - The Widow
Sunday, June 26, 2016
Wanita muda yang mengandung itu sibuk menyediakan makanan untuk diri sendiri di dapur. Dia sudah tak kisah hidup sebatang kara tanpa suami. Dah suaminya pergi menghadap Ilahi, apa dia boleh buat? Namun, rasa sedih dalam hati itu masih belum hilang. Lebih-lebih lagi apabila dia memikir tentang keadaan anak dalam kandungan. Apa nasib anak ini? Mungkin anak itu akan senasib dengannya. Minta-mintalah benda itu dijauhkan. Dia sudah cukup menderita hidup selama ini tanpa kasih sayang seorang bapa. Telefon bimbit Samsung Galaxy A5 milik wanita mengandung itu berdering menandakan ada panggilan masuk. Anis Nabilah yang sedang menguruskan dapur itu terpaksa menghentikan perbuatannya dan mengangkat panggilan itu.
"Hello, doktor."
"Anis, saya ada hal yang tak dapat dielakkan. Boleh tolong saya ambil anak di sekolah untuk hari ni? Saya dah cuba hubungi kawan saya yang lain. Semuanya sibuk," kata Dr. Yunus yang memerlukan bantuan Anis Nabilah saat itu.
"Okay, doktor. Insha Allah boleh," jawab Anis Nabilah.
"Terima kasih, Anis," ucap Dr. Yunus.
"Sama-sama," balas Anis Nabilah lalu memutuskan talian.
Loceng waktu rehat mula berdering membuatkan semua pelajar kelas 5 Pirus menyimpan semua barang di atas meja masuk ke dalam beg sekolah. Cikgu Hazirah yang masih berada di meja guru hanya membiarkan pelajar-pelajar keluar untuk berehat. Tiada sebab untuk dia menghalang pelajar keluar pada waktu rehat. Cuma pelajar-pelajar wajib masuk ke dalam kelas semula pada masa yang ditetapkan. Jika ada yang lambat masuk, mungkin Hazirah yang garang itu akan mengamuk. Hazirah hanya fokus menanda buku latihan pelajar dengan menggunakan pen merah. Ada yang jawab dengan betul, ada yang jawab salah dan ada yang jawab jawapan yang tak ada kena mengena dengan silibus. Guru matematik itu mengeluh apabila terlalu ramai pelajar yang jawab ikut suka hati. Padahal dia dah ajar semuanya.
Mira yang masih berada di tempatnya itu mula rasa malas untuk turun ke kantin. Dia mengambil keputusan untuk mengulangkaji. Puan Aminah iaitu mama kepada Mira sudah naik angin kerana keputusan peperiksaan Mira baru-baru ini jatuh teruk. Lebih-lebih lagi untuk subjek matematik. Mira mendapatkan beg sekolahnya yang digantung pada kerusi. Zip beg itu dibuka untuk mengambil buku rujukan.
"AHHHHHHHH!" Jerit Mira dengan kuat apabila ternampak banyak lipas dalam begnya. Cikgu Hazirah tersentak mendengar jeritan itu. Beg sekolah itu dicampak dan lipas-lipas mula keluar dari beg dan berkeliaran di dalam kelas.
"Mira?!" Tegur Hazirah pada pelajar yang malang itu. Hazirah terus bangun dari meja guru dan mendapatkan Mira. Nasib baik Hazirah tak takut dengan binatang itu. Hazirah memang tak takut dengan apa-apa pun!
"Siapa yang buat ni pada kau? Bagitahu cikgu sekarang!" Kata Hazirah dengan penuh rasa risau. Bahu Mira diusap perlahan bagi menenangkan pelajar itu. Mira menggeleng kepala. Dia tahu Zayn yang lakukan tetapi dia tak berani untuk buka mulut lagi. Hazirah mula menoleh ke arah Zayn yang sudah pun ketawa terbahak-bahak di tempat duduknya. Hazirah melepaskan bahu Mira dan mendekati budak nakal itu.
"Kau ke yang buat?" Soal Hazirah dengan muka garang pada Zayn. Zayn berhenti ketawa dan memandang Hazirah dengan muka selamba.
"Mana ada. Beg perempuan tu kotor sangat. Lipas pun suka," kata Zayn tanpa adab membuatkan Hazirah geram.
"Cikgu belum bagitahu ayah kau lagi pasal kau ponteng tu. Cikgu ingat nak biarkan je. Tapi sebab kau dah melampau, cikgu akan jumpa ayah kau dan bagitahu apa yang kau dah buat," tegas Hazirah yang langsung tidak pernah cuak dengan pelajar-pelajarnya termasuklah Zayn. Zayn menjeling Hazirah yang kerek itu. Benci betul dia dengan cikgu janda ni.
"Kan saya dah cakap yang saya tak buat," kata Zayn yang cuba menegakkan benang yang basah. Hazirah menggelengkan kepalanya.
"Kau ingat cikgu bodoh?"
***
Jam di tangan Hazirah sudah menunjukkan jam 2 petang. Badannya terasa letih bekerja seharian. Cikgu itu masuk ke dalam kafeteria guru untuk berehat dan minum jus oren. Hazirah mengambil tempat di tepi tingkap yang berdekatan dengan tempat parkir kereta guru. Kerja sebagai seorang guru bukanlah kerja yang mudah sekarang. Lebih-lebih lagi bila dapat anak murid keras kepala seperti Zayn. Dia harus berjumpa dengan Dr. Yunus untuk beritahu mengenai Zayn. Budak tu betul-betul dah melampau!
"Cikgu Hazirah, ada orang nak jumpa kat luar," kata pekerja kafeteria yang baru masuk. Hazirah mengerutkan keningnya.
"Suruhlah dia masuk sini," arah Hazirah. Pekerja itu mengangguk lalu keluar semula berjumpa dengan gerangan yang ingin berjumpa dengan Hazirah itu. Hazirah meneguk jus oren di hadapannya. Fuh, rasa lega dapat minum air setelah penat bekerja.
"Hai, kak Hazirah," sapa gadis cantik dari belakang Hazirah. Hazirah menoleh ke belakang dan terkejut melihat wajah itu.
"Lea?" Azalea Zahra tersenyum kelat dan mengambil tempat duduk bertentangan dengan Hazirah. Hazirah memandang Azalea Zahra dengan pandangan kosong. Apa budak ni nak? Hazirah meneguk lagi jus oren kerana hausnya masih lagi belum hilang.
"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"
"Ada kawan tolong hantarkan tadi," jujur Azalea Zahra. 'Kawan' yang dia maksudkan kali ini ialah Farez Edrin. Hazirah mengerutkan keningnya kerana tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Azalea Zahra.
"Ha, ada apa nak jumpa aku tiba-tiba ni?" Kata Hazirah dengan kasar. Dia dapat agak yang Azalea Zahra datang berjumpa dengannya ini pasti sebab Hafiz.
"Akak, boleh saya tahu sesuatu?" Pinta Azalea Zahra dengan lembut. Dia tak kisah jika orang itu berkasar dengannya. Lagi pun dia sebagai bekas adik ipar memang perlu menghormati yang lebih tua.
"Apa dia? Cepat sikit aku dah takde masa ni." Azalea Zahra menelan air liur. Dia ni dari dulu sampai sekarang memang garang.
"Akak tahu tak yang Hafiz dah meninggal?" Soalan Azalea Zahra itu membuatkan Hazirah menggenggam tangan, namun tidak dapat dilihat oleh Azalea Zahra kerana tangannya berada di bawah meja. Dia dah agak dah.
"Dia hidup lagi ke, dah mampus ke, memang takde kaitan dengan aku." Azalea Zahra yang mendengar jawapan itu lantas beristighfar dalam hati. Benci betul Hazirah pada Hafiz.
"Kalau aku tahu, kau nak buat apa?" Soal Hazirah dengan muka kerek. Keningnya diangkat sebelah.
"Sebab saya ada dapat tahu pasal anak." Hazirah mula panik dan menelan air liur sedalam-dalamnya.
"Anak? Maksud kau apa ni?" Ujar Hazirah yang masih cemas.
"Saya cuma nak tanya. Akak ada mengandung anak Hafiz ke?" Soal Azalea Zahra straight to the point dengan apa yang dia anggap sebelum ni. Jika betul, mana anak tu pergi? Hazirah gugurkan ke?
"Apa kau mengarut ni? Kau rasa Hafiz tu berani ke nak sentuh aku walaupun kitaorang dah kahwin?" Marah Hazirah setelah mendengar soalan Azalea Zahra itu.
"Saya tak tuduh akak pun. Saya cuma nak tahu je pasal anak tu," kata Azalea Zahra yang mula takut dimarahi Hazirah itu. Hm, patutlah kena cerai. Lelaki mana yang tahan dengan perangai perempuan kerek macam ni. Ujar gadis itu dalam hati. Tak berani bersuara depan-depan.
"Aku tak tahu! Aku tak suka ambil tahu pasal abang kau sejak dia ceraikan aku. Yang aku tahu, dia tak pernah sentuh aku pun dulu. Apatah lagi nak ada anak," jawab Hazirah acuh tak acuh. Malas nak layan gadis itu. Orang dah mati tu mati jelah. Tak perlu lah nak sibuk-sibuk lagi nak tahu pasal orang tu.
"Macam mana saya nak percaya akak?" Soal Azalea Zahra yang masih keras hati untuk tahu apa yang berlaku. Hazirah menjeling perempuan di hadapannya itu.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Sejak bila kau jadi keras kepala ni? Mesti sejak si Anis tu jadi kakak ipar kau, kan?" Ujar Hazirah yang mula geram dengan Azalea Zahra yang degil itu.
***
Anis Nabilah
memerhati dua kelibat yang sedang berbincang dalam kafeteria itu.
Dari dalam kereta sudah dapat lihat dengan jelas wajah seorang wanita
dan seorang gadis yang berada betul-betul di tepi tingkap
kafeteria. Jari jemari wanita itu menggenggam kemas stereng kereta.
Azalea Zahra jumpa Hazirah di sekolah? Apa yang dia orang bincangkan?
Malangnya Anis Nabilah hanya mampu melihat dari tempat parkir kereta.
Tidak boleh mendengar apa yang mereka bincangkan. Geram betul dia
dengan Azalea Zahra. Siaplah kalau dia dapat budak tu. Tak
habis-habis nak masuk campur hal rumah tangga dia dan Hafiz. Sampai
bekas isteri Hafiz pun dia jumpa.
Anis
Nabilah mula rasa menyampah memandang muka dua orang yang dia benci
itu. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap. Dia lebih terkejut
melihat sekujur tubuh yang dia kenali. Tubuh itu sedang duduk di
kerusi menunggu sambil bermain telefon bimbit di sekolah itu juga.
Adakah ini satu kebetulan? Anis Nabilah mula teruja lalu terus turun
dari kereta dan mendekati lelaki itu.
"Farez?"
Tegur Anis Nabilah kepada lelaki yang sudah lama dia tidak berjumpa
itu. Lelaki itu mengalihkan pandangan dari telefon bimbit ke arah
wajah Anis Nabilah. Kelihatan Anis Nabilah tersenyum manis
memandangnya. Mata Farez Edrin dibuntangkan lalu bangun dari
duduknya.
"Anis? What
are you doing here?" Soal Farez Edrin yang juga terkejut
dengan kehadiran wanita yang perutnya sudah besar itu. Dia tidak pula
membalas senyuman.
"Saya
nak ambil anak kawan saya kat sini. Awak memang tak boleh cakap
melayu lepas balik dari oversea ke?" Soal Anis
Nabilah kembali setelah menjawab pertanyaan Farez Edrin. Pelik juga
dengan Farez Edrin yang sudah lekat dengan Bahasa Inggeris setelah
pulang dari Venice tahun lepas.
"No.
If you can't talk in english so you can go." Jawapan Farez
Edrin itu membuatkan Anis Nabilah sedih mendengarnya. Begitu benci
Farez Edrin terhadapnya.
"How
about you? What are you doing here?" Soal Anis Nabilah dan
cuba tolak ke tepi rasa sedih itu.
"I'm
waiting for my girlfriend," jawab Farez Edrin dengan
selamba. Anis Nabilah mengerutkan keningnya kerana tak percaya apa
yang lelaki itu katakan.
"Girlfriend?"
"Yeah. My
new girlfriend," jawab Farez Edrin acuh tak acuh. Malas nak
layan wanita di hadapannya. Malas nak bagitahu yang dia maksudkan
ialah adik ipar Anis Nabilah sendiri. Anis Nabilah mula panik. Teman
wanita yang dia maksudkan tu Azalea Zahra ke?
"Is
she beautiful? From which family?" Farez Edrin mula rasa
jengkel dengan soalan Anis Nabilah. Dia memang sudah tak ada apa-apa
perasaan dengan wanita itu sejak dia ditinggalkan.
"She
is very damn gorgeous. What do you want to do with her?"
Jawab Farez Edrin selepas menjeling wanita itu. Lelaki itu duduk
semula di kerusi menunggu dan sibukkan diri dengan bermain telefon
bimbit.
"Does
she really love you?" Farez Edrin hanya mendiamkan diri.
Malas nak jawab soalan Anis Nabilah itu. Anis Nabilah terasa sakit
hati dengan Farez Edrin. Dia ni nak balas dendam ke apa?
"Answer
me, Farez. Does she really love you?" Sekali lagi, kata-kata
Anis Nabilah itu tidak diendahkan. Anis Nabilah mula rasa bengang.
"Okay.
Buatlah apa kau suka. Cuma aku nak kau tahu. Sejak suami aku
meninggal, aku dah takde siapa-siapa lagi. Aku sorang-sorang. Aku
kesunyian. Takde siapa jaga aku semasa mengandung. Aku cuma boleh
jaga diri sendiri." Cerita Anis Nabilah panjang lebar
mengharapkan lelaki di hadapannya itu dengar dan faham. Sungguh dia
rasa bersalah pada Farez Edrin. Dia tinggalkan lelaki ini kerana
ingin berkahwin dengan lelaki seperti Hafiz. Farez Edrin yang
mendengar itu hanya diam dan sambung bermain telefon bimbit.
"Kak
Anis?" Tegur Azalea Zahra yang baru sahaja keluar dari
kafeteria. Hazirah yang berada di sebelah Azalea Zahra juga terpana
melihat Anis Nabilah dan Farez Edrin yang dulunya merupakan kekasih.
"Azalea, have
you done? Let's go. I'll send you back home." Farez Edrin
memegang tangan Azalea Zahra yang dia tunggu dari tadi. Anis Nabilah
yang melihat lelaki itu menyentuh adik iparnya mula tersentak. Anis
Nabilah menarik tangan Azalea Zahra dari Farez Edrin. Lelaki itu
memandang wanita tersebut dengan rasa tidak puas hati. Hazirah yang
turut berada di situ hanya menjadi penonton.
"Jom
balik dengan akak. Akak nak pergi rumah mak harini," kata Anis
Nabilah lantas menarik Azalea Zahra pergi. Azalea Zahra menoleh ke
arah Farez Edrin yang jelas kelihatan marah di wajahnya. Apa kaitan
Farez Edrin dan kak Anis Nabilah?
"Sorry,
Farez! I have to go. See you soon!" Azalea Zahra
melambai-lambai Farez Edrin dari jauh. Lelaki itu lantas tersenyum
sendiri melihat Azalea Zahra. Kemarahannya terus reda setelah
memandang wajah gadis tersebut. Hazirah mendekati lelaki itu dengan
menyilangkan kedua-dua belah tangannya di dada.
"Wow.
Kecilnya dunia ni. Cinta berputik kembali ke?" Kata Hazirah
sambil tersenyum nakal pada Farez Edrin yang baru sahaja bertemu
kembali dengan bekas teman wanitanya.
"No.
It's just a coincidence," jawab Farez Edrin pendek. Hazirah
memandang ke arah kereta milik Anis Nabilah. Azalea Zahra yang sudah
duduk di seat sebelah Anis Nabilah itu dipandang.
"Azalea
tu memang baik orangnya, kan?" Farez Edrin memandang Hazirah
yang berkata demikian.
"She
is very nice,” nyata Farez Edrin.
Kereta
milik Anis Nabilah itu sudah pun bergerak menuju ke luar pagar
sekolah. Mata Hazirah terbuntang melihat Zayn juga menumpang
kereta perempuan itu. Pelajar nakal yang duduk di seat
belakang kereta itu diperhati lama. Apa pula hubungan Anis Nabilah
dengan Zayn?
***
Anis Nabilah
memandu laju di atas jalan raya. Wajahnya masih ketat sejak dari
sekolah tadi dan matanya fokus memandu. Azalea Zahra di sebelahnya
hanya diam dan tidak berani bersuara. Apatah lagi mahu bertanya
tentang Farez Edrin. Pandangannya ditundukkan memandang jari
jemarinya sendiri. Zayn yang duduk di belakang hanya bermain telefon
bimbit sambil memasang earphone.
"Jadi,
kaulah girlfriend Farez yang 'very damn
gorgeous' tu ya?" Anis Nabilah mula membuka bicara.
Azalea Zahra memandang Anis Nabilah yang sedang memandu itu.
"Mana
ada. Kita orang baru je kenal," jawab Azalea Zahra.
"Baru
kenal dah boleh bawa kau pergi merata-rata? Wow, impressive!"
"Merata-rata?
Apa akak merepek ni? Dia cuma teman Lea pergi jumpa kak Hazirah je."
"Kau
buat apa jumpa Hazirah?" Soal Anis Nabilah tanpa memandang
Azalea Zahra yang berada di sebelahnya. Azalea Zahra menelan air
liur. Zayn yang berada di belakang terkejut mendengar nama cikgu yang
dia benci itu disebut.
"Lea
cuma nak tanya pasal Hafiz."
Kereta
Myvi milik Anis Nabilah itu diberhentikan di tepi jalan serta-merta.
Anis Nabilah memandang tepat ke arah Azalea Zahra dengan wajah
bengis.
"Aku
dah cakap jangan masuk campur hal rumah tangga aku, kan?"
Tengking Anis Nabilah. Zayn hanya berpura-pura tidak dengar dan
memasang perakam suara dalam telefon bimbitnya untuk merakam
perbualan mereka.
"Akak,
Hafiz tu abang Lea. Lea kenal dia dari Lea kecil lagi. Akak tu baru
berapa tahun jadi isteri dia. Jadi akak takkan rasa apa Lea rasa,"
kata Azalea Zahra cuba untuk menetapkan rasa hormat pada kakak
iparnya.
"Kau
dah berani menjawab kan sekarang? 'Aku takkan rasa apa kau rasa', kau
cakap? Habis tu kau tahu tak apa aku rasa bila dapat tahu suami aku
mampus? Kau tahu tak aku menderita duduk sorang-sorang masa
mengandung?"
Azalea
Zahra terdiam mendengar luahan hati Anis Nabilah itu. Rasa bersalah
pula pada wanita mengandung itu.
"Aku
tak fikir pasal diri aku. Aku risau pasal anak ni. Anak ni, akan
membesar tanpa ayah. Sama macam aku. Kau pernah rasa tak membesar
tanpa ayah? Memang bapa kau dah tak ada tapi sekurang-kurangnya kau
sempat tengok muka ayah kau masa kecil. Hidup kau dengan hidup aku
tak sama. Faham tak?" Cerita Anis Nabilah panjang lebar. Azalea
Zahra mengangguk tanda faham.
"Kalau
kau kesian kat aku, tolong suruh kawan kau yang entah siapa-siapa tu,
cakap kat dia berhenti siasat pasal Hafiz lagi. Kau pun sama, tak
perlu nak siasat banyak-banyak pasal Hafiz. Dia dah meninggal dah
pun. Lebih baik kita teruskan hidup. Tak guna asyik fikir pasal orang
dah tak ada sampai terlupa pasal orang yang akan lahir ni." Anis
Nabilah menggerakkan kereta semula dan meneruskan perjalanan. Azalea
Zahra termenung memandang ke luar tingkap. Walau apa pun terjadi, dia
takkan berhenti cari siapa pembunuh Hafiz.
"Satu
lagi, jangan rapat-rapat dengan Farez. Benci aku tengok,"
sambung Anis Nabilah sambil memandu.
**Flashback**
Date : 2 Mac 2016
Place: Farez's house
Dua
orang lelaki yang tiada ikatan apa-apa itu duduk di ruang tamu
rumah Farez Edrin yang sangat besar dan kemas pada waktu itu. Dua
gelas air kopi panas diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu.
Farez Edrin menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk itu sambil
memandang tetamu istimewanya pada hari itu.
"Farez,
please. I really need money now," ujar Hafiz pada Farez
Edrin yang berada di hadapannya kini. Dia amat terdesak memerlukan
wang untuk menjalani rawatan itu. Farez Edrin hanya tersenyum sinis
mendengarnya.
"Give
me ten reasons why should I lend you my money," kata Farez
Edrin tanpa perasaan.
"I
have to live. My future child and Anis' life depend on me. I can't
let them live without me," tutur Hafiz dengan harapan Farez
Edrin akan meminjamkan wang. Farez Edrin ketawa mendengar alasan
Hafiz itu.
"Do
you think I care about it? Anis and your future child are nothing to
do with me. Why should I help you?"
"If
you hate Anis that much, so don't help me because of Anis. Anis
is pregnant now. Just think about the child. The child doesn't
know anything and have no sin towards you."
"Please.
I'm begging you this time. I really need to undergo treatment. Please
help me. Just RM18,000," rayu Hafiz dan Farez Edrin di
hadapannya itu dipandang sayu. Sungguh tak dapat dinafikan yang Farez
Edrin sangat berdendam dengan Anis Nabilah. Perempuan itu sudah lama
bercinta dengannya namun dia memilih untuk berkahwin dengan Hafiz.
Tetapi, apabila Hafiz menyebut mengenai anak dalam kandungan itu,
perasaan simpati mula terbit. Walaupun Farez Edrin seorang yang
pelik, masih ada sekelumit nilai kemanusiaan dalam dirinya.
"Okay.
I will help you. But in one condition," kata Farez Edrin
dengan wajah serius. Hafiz mengerutkan keningnya.
"Just
tell me what you want. I will give it to you," ujar Hafiz.
"I
want Anis back. If I tell you to divorce with her. Would you do it?"
Hafiz
terkejut mendengar syarat Farez Edrin yang satu itu. Tangannya
digenggam dan air liurnya ditelan. Dia sangat cinta pada Anis
Nabilah. Sungguh dia tak tipu! Dia faham yang lelaki di hadapannya
ini tahu yang dia sangat perlukan duit. Dan kerana itulah dia diberi
syarat merepek seperti itu.
"Yes.
If that's what you want then I will," kata Hafiz yang
terpaksa akur dengan syarat Farez Edrin itu. Jelas kelihatan wajah
sedih terpamer. Walaupun rasa berat baginya untuk tinggalkan Anis
Nabilah, dia rela asalkan dia dapat hidup dan lihat wanita itu
bahagia. Dengan serta-merta Farez Edrin ketawa lagi. Entah apa
yang lucu pun tak tahu.
"Hey,
why so serious? I'm joking," kata Farez Edrin yang masih
ketawa kerana Hafiz sudah tertipu dengannya sebentar tadi. Tak
mungkin dia akan jilat ludah sendiri.
"Joking?"
"Yes.
Why should I take the bitch back? I hate her so damn much."
Hafiz menghela nafas lega. Sungguh dia sangka Farez Edrin serius
menyuruhnya bercerai dengan Anis Nabilah. Rupa-rupanya dia sengaja
mahu buat Hafiz seperti hiburannya saat itu.
"So
what do you want? No joking please," Soal Hafiz dengan muka
serius kali ini. Tiada lagi gurauan.
"I
will tell you later. Maybe, after you've done your treatment,"
jelas Farez Edrin lantas kopi panas dihirup perlahan. Hafiz
hanya mengangguk mendengar jawapan Farez Edrin itu. Sengaja
syarat itu ditangguhkan supaya dia dapat memikirkan apa yang dia
boleh dapat. Apa yang pasti, dia tidak akan kutip Anis Nabilah
semula. Dia nak dapatkan sesuatu yang lebih berbaloi dari itu.
**Imbas
kembali tamat**
Farez
Edrin memejamkan mata. Ruang tamu rumah yang sunyi itu membuatkan
lelaki itu teringat apa yang dia dan Hafiz bincang sebelum
ini. Tubuhnya disandarkan pada sofa empuk yang pernah diduduk
oleh arwah Hafiz yang datang meminta wang padanya. Dia rasa dia
sudah tahu apa yang dia mahu dari Hafiz sebagai ganti wang sebanyak
RM18 ribu itu. Senyuman jahat terus terbit di bibirnya.
"What
if I want Azalea?"
To be continue...
Labels: Living Death
8:37 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|