Living Death (6) - The Chemist
Thursday, June 23, 2016
Aizat Farhan berhentikan kenderaan agak jauh dari pintu pagar rumah Farez Edrin supaya abangnya itu tidak dapat mengesan kehadirannya. Takut sekiranya Farez Edrin tahu yang dia membantu Azalea Zahra. Dia akan dilanda masalah besar andai abangnya tahu perkara itu. Azalea Zahra membuka pintu dan keluar dari perut kereta milik Aizat Farhan.
"Terima kasih. Kau tunggu sini ke?" Soal Azalea Zahra kepada lelaki yang masih berada di seat pemandu melalui tingkat kereta.
"Ya. Aku tunggu sini."
"Tolong hati-hati. Jangan terlepas cakap. Apa yang aku bagitahu semalam tu betul. Abang aku bukan calang-calang orang," pesan Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra hanya mengangguk. Air liur gadis itu ditelan sedalam-dalamnya.
Azalea Zahra membuka langkah mendekati pintu pagar rumah Farez Edrin yang agak jauh dari tempat Aizat Farhan parkir kereta. Dari situ, dia memerhati rumah tersebut. Agak besar tapi tidak secantik dan sebesar rumah Aizat Farhan. Tapi kenapa mereka tak duduk di rumah yang sama? Rumah besar yang sederhana itu dipandang lama. Dia tak pandai membuka pintu pagar besar itu kerana terlalu berbeza dengan pintu pagar rumahnya.
"Cik ni siapa?" Soal seorang lelaki tua yang datang entah dari mana. Terkejut Azalea Zahra dibuatnya.
"Em, maaf pakcik. Saya nak jumpa Encik Farez, boleh?" Pinta Azalea Zahra dengan lembut. Azalea Zahra yang memakai blaus longgar berlengan panjang itu diperhati dengan mata tidak berkelip. Siapa gadis ini? Kenapa nak jumpa Farez Edrin?
***
Wanita bertubuh
cantik berpakaian sukan yang agak ketat berjalan ke padang sambil
membawa busur dan quiver yang berisi banyak anak panah panjang
di dalamnya. Padang yang banyak tersusunnya papan target memanah itu
agak redup kerana dilindungi pokok-pokok rendang di keliling padang.
Wanita
cantik itu berdiri tegak di tengah-tengah garisan. Lantas busur
dipegang pada kedudukan sedikit condong bagi memudahkan dia memasang
anak panah. Satu anak panah diambil dari dalam quiver. Anak panah itu
dipegang pada bahagian nock lalu diletakkan pada arrow rest.
Jejaka-jejaka yang juga terlibat dalam kelab memanah pada hari itu
leka memandang tingkah laku wanita itu. Biasalah, lelaki. Pantang
nampak perempuan cantik. Lebih-lebih lagi apabila perempuan itu
sedang bersukan dan berpakaian ketat.
Wanita
itu menggunakan tiga jari untuk menarik penuh tali busur yang sangat
kenyal. Matanya fokus memandang target sejauh 30 meter dari tempat
dia berdiri. Tubuh badannya dikeraskan lalu anak panah itu
dilepaskan. Anak panah aluminium yang dipanah oleh wanita itu
akhirnya tercucuk pada target bewarna biru iaitu point ke enam.
Wanita tersebut mendengus dengan kasar. Kenapa susah sangat nak dapat
point sepuluh? Kedengaran salah seorang jejaka yang berada di
belakang menepuk tangan setelah melihat hasil panahan gadis itu.
"Cantik,
Hazirah! Tak pernah mengecewakan!" Sorak Mikhail Iman membuatkan
Hazirah berpaling memandang lelaki itu.
"Senyaplah,
bodoh! Tahu perli aku je. Kau tu pun sama," kata Hazirah dengan
muka meluat. Mikhail Iman tersenyum dan menggeleng kepalanya. Comel
betul dia ni walaupun garang. Mikhail Iman membawa sebotol air
mineral dan menghampiri Hazirah yang masih berdiri di tempatnya.
"Okay
la tu dapat enam. Bukannya senang nak kena dekat tengah-tengah tu.
Asal kena papan target sudah," ujar Mikhail Iman bagi
menyedapkan hati wanita itu lantas botol minuman itu dihulurkan pada
Hazirah.
"Aku
tahu la. Tapi sekali sekala aku nak juga kena tengah," jawab
Hazirah sebelum menyambut huluran Mikhail Iman. Botol minuman itu
dibuka penutupnya dan diteguk dengan rakus sehingga air yang asalnya
penuh menjadi separuh kosong. Haus!
"Relakslah.
Kenapa marah-marah ni?"
"Suka
hatilah. Aku tengah bengang ni. Jangan serabutkan aku boleh tak?"
Marah Hazirah yang sudah rimas dengan sikap lelaki itu. Botol minuman
itu diberikan semula pada Mikhail Iman dengan kasar. Hazirah berjalan
menuju ke tempat menunggu berbumbung untuk berehat. Mikhail Iman
mengekori wanita itu dan mengambil tempat di sebelahnya. Botol air
minuman itu diletakkan di bawah.
"Aku
nak juga dapat sepuluh macam orang tu," sambung Hazirah dengan
kemarahannya semakin reda.
"Orang
mana? Oh, Farez Edrin tu ke?" Soal Mikhail Iman untuk kepastian.
Hazirah hanya mengangguk lalu peluh di wajahnya diseka menggunakan
sapu tangan.
"Alah
kau ni. Kau tengok la keadaan kau dengan
dia tu macam mana," kata-kata Mikhail Iman itu membuatkan
perbuatan Hazirah terhenti. Mata wanita itu memandang Mikhail Iman
dengan pandangan tajam.
"Apa
maksud kau, ha? Nak mengata aku lagi ke?"
"Tak.
Maksud aku, kau tengok la dia tu. Dia bukannya kerja sangat pun.
Duduk rumah buat ubat, buat arak apa semua. Dia tak perlukan gaji
banyak pun sebab dia memang dari keturunan orang kaya-kaya. Kau
pula terpaksa mengajar hari-hari lain. Kau boleh
memanah pun hari sabtu ahad. Sebab tu kau tak mahir macam
dia. Dia tu banyak masa nak training sendiri,"
terang Mikhail Iman dan Hazirah hanya mendengar dengan muka
menyampah.
"Tapi
jangan risau. Suatu hari nanti pasti kau boleh atasi dia,"
kata Mikhail Iman untuk membakar semula semangat Hazirah. Hazirah
segera bangun dari duduk.
"Tapi
kenapa dia dah lama tak datang memanah kat sini?" Soal Hazirah
kepada Mikhail Iman yang merupakan teman rapat Farez Edrin itu.
"Rasanya
dia dah berhenti. Dia nak fokus pada kerja dia. Ubat apa lagi entah
yang dia nak buat. Kenapa kau bangun ni? Duduklah dulu."
"Aku
nak ke tandas jap. Jangan balik lagi. Tunggu aku," pesan Hazirah
dan terus berlalu pergi mencari tandas yang berhampiran. Mikhail Iman
mengeluh dengan sikap Hazirah yang selalu naik angin itu. Kerana
sayang, dia terpaksa sabar.
***
Pakcik tua yang menegur Azalea Zahra tadi membawa gadis itu masuk ke rumah Farez Edrin. Sejurus sahaja kaki Azalea Zahra melangkah masuk ke dalam ruangan itu, matanya melilau melihat keadaan rumah. Bersepah! Sangat jauh beza dengan rumah Aizat Farhan yang sentiasa kemas dan rapi. Dia memerhati sekeliling rumah. Bau busuk menerpa ke dalam rongga hidung gadis itu membuatkan dia terpaksa menutup hidung dan bernafas melalui mulut. Terlalu banyak botol arak di atas meja ruang tamu, begitu juga dengan sofa.
Azalea Zahra terkejut apabila matanya terpandang beberapa gambar yang digantung pada dinding. Terdapat gambar tikus yang dikeluarkan isi perutnya dibingkai cantik-cantik, gambar mulut tikus putih dikoyak juga ada, begitu juga dengan gambar tikus dikeluarkan otaknya dari kepala. Gambar-gambar ni semua dia tangkap sendiri ke dia beli? Itu yang dia fikir dalam kepala otaknya. Kalau gambar itu ditangkap sendiri oleh Farez Edrin, ternyata lelaki itu seorang yang kejam dan suka mendera tikus putih. Tapi kalau dia cuma beli dari kedai yang entah dari mana, mungkin dia orang gila yang jatuh cinta pada tikus tersebut. Pandangan Azalea Zahra ditundukkan ke arah lantai. Malas mahu memandang gambar-gambar pelik itu. Azalea Zahra masih setia mengekori pakcik di hadapannya. Jauh juga bilik lelaki itu.
"Erm, pakcik," Azalea Zahra memberanikan diri untuk menyapa pakcik yang dari tadi berjalan menunjukkan arah ke bilik peribadi Farez Edrin.
"Ada apa?" Sahut pakcik tua itu.
"Kenapa rumah ni bau semacam?" Soal Azalea Zahra berterus terang.
"Oh. Itu bau bangkai tikus. Encik Farez dah frame bangkai tikus tu. Kalau cik perasaan di ruang tamu tadi banyak dia gantung pada dinding."
Bulu roma Azalea Zahra tegak serta merta. Apa? Farez Edrin tu memang gila ke apa? Jadi yang dalam bingkai itu bukan gambar semata-mata seperti yang dia fikirkan. Jika dari tadi dia terpaksa menutup hidung, kini dia terpaksa menekup mulutnya kerana takut termuntah di rumah orang.
"Cik okay ke?" Tanya pakcik itu kerana risau melihat gadis cantik di hadapannya. Azalea Zahra menganggukkan kepala berkali-kali hanya untuk mengatakan yang dia tak apa-apa.
Tidak semena-mena, gadis itu terasa seperti dia terpijak sesuatu. Langkahnya diberhentikan. Pakcik itu juga turut berhenti dan menunggu gadis itu. Azalea Zahra mengangkat sebelah kakinya untuk melihat apa di bawah tapak kasutnya. Matanya tidak berkelip melihat objek yang dipijaknya tadi. Nampak macam biji mata yang sudah hancur dipijak. Pandangannya dari tadi tunduk memandang lantai, kini dia tergerak hati untuk mengalihkan pandangan ke arah atas. Perlahan-lahan bebola matanya dilirikkan pada siling rumah itu dan kepalanya didongak.
"AHHHHHHH!!!!!!" Jerit Azalea Zahra setelah melihat terlalu banyak kepala kucing yang telah dipenggal dan digantung dalam barisan pada siling rumah itu. Semua kepala kucing mati yang malang itu sudah dicungkil biji matanya dan dibiarkan tergantung. Ya Allah, aku dekat mana ni? Neraka dunia ke? Azalea Zahra rasa seperti mahu pulang ke rumah sekarang juga. Terasa seperti niatnya untuk bertemu lelaki itu sudah terbatal walaupun tujuan asalnya adalah untuk abangnya.
***
Hazirah
mempercepat langkahnya menuju ke cafe. Masuk sahaja ke dalam
cafe, matanya melilau mencari kelibat orang yang dia sudah berjanji
untuk berjumpa. Mujur sahaja alasannya untuk ke tandas dipercayai
Mikhail Iman. Lelaki bodoh macam itu mudah ditipu. Hazirah ternampak
susuk tubuh sasa yang sedang duduk bermain telefon bimbit. Senyuman
manis terbit di wajah cantik miliknya lalu dia mendekati lelaki itu.
"Amir,
ada apa kau nak jumpa aku?" Tegur Hazirah sebelum mengambil
tempat di kerusi bertentangan dengan Amir Hamzah. Amir Hamzah yang
terperanjat dengan teguran Hazirah itu berhenti bermain telefon
bimbit.
"Eh,
kau dah habis training ke?" Soal Amir Hamzah
sambil tersenyum.
"Dah.
Awal pula habis harini. Elok juga tu. Boleh aku jumpa kau,"
jawab Hazirah dengan selamba.
"Berapa point dapat?"
Tanya Amir Hamzah lagi. Ish, banyak tanya pula budak ni.
"First
round dapat lima, second round pula tak
kena. Last round tadi dapat enam je," jawab
Hazirah dengan jujur. Amir Hamzah ketawa mendengarnya.
"Okaylah
tu. Boleh cuba lagi."
"Kau
ketawa kenapa? Apa yang kelakar?" Soal Hazirah dengan muka
garang. Nampaknya wanita ini memang garang dengan sesiapa pun. Amir
Hamzah menelan air liurnya.
"Eh
tak tak. Maaf. Aku saja je taknak bagi perjumpaan kita ni hambar.
Biarlah ada gelak-gelak sikit. Relakslah. Bukannya bertanding pun.
Latihan je," jawab Amir Hamzah lantas Hazirah menjeling lelaki
itu.
"Ha,
kenapa kau whatsapp aku ajak jumpa? Kau kata kau nak
bagitahu aku something," kata Hazirah berbalik
semula pada tujuan asalnya berjumpa dengan lelaki itu. Wajah Amir
Hamzah mula serius membuatkan Hazirah tak sedap hati.
"Kau
ada dengar berita kat TV3 haritu?" Soal Amir Hamzah. Hazirah
menggeleng kepala. Mana mungkin dia sempat menonton televisyen. Drama
pun dia tak sempat layan, apatah lagi berita yang membosankan.
"Kau
tahu tak diorang jumpa apa?" Soal Amir Hamzah lagi membuatkan
kening Hazirah berkerut. Mula panik dengan apa yang ingin
disampaikan oleh Amir Hamzah.
"Jumpa
apa?"
"Diorang.
Jumpa. Mayat Hafiz.”
Fakta
yang keluar dari mulut Amir Hamzah itu membuatkan Hazirah
menggigil. Entah kenapa dia menggigil pun dia sendiri tak
tahu. Matanya tak berkelip memandang Amir Hamzah di hadapannya.
Amir Hamzah juga memandang tepat pada wajah cantik Hazirah. Hafiz dah
mati? Bekas suaminya dah mati? Air liurnya ditelan dengan dalam
dan tangannya digenggam.
***
"What's happening?"
Soal seorang lelaki berkot makmal yang keluar dari suatu bilik yang
berdekatan dengan tempat Azalea Zahra berdiri. Jejaka itu rasa
terganggu setelah mendengar jeritan Azalea Zahra tadi. Namun, tidak
pula wajahnya menunjukkan riak marah. Pakcik yang dari tadi menemani
Azalea Zahra itu terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang muncul
tiba-tiba.
"I'm
sorry, Sir Farez. But this girl is looking for you," jawab
orang tua itu dalam Bahasa Inggeris. Jejaka yang bernama Farez Edrin
itu memandang Azalea Zahra yang kelihatan kusut itu. Raut wajah
Azalea Zahra yang jelas sekali dalam ketakutan saat itu diperhatikan.
"Come
in," jemput ahli kimia itu ke dalam biliknya. Ahli kimia
yang misteri itu merupakan abang kandung Aizat Farhan. Azalea Zahra
memejamkan matanya serapat yang mungkin. Cuba melupakan apa yang dia
nampak tadi. Demi arwah Hafiz! Dia mesti cari pembunuh itu walau apa
pun halangan dan dugaan yang dia hadapi.
Azalea
Zahra menguatkan diri untuk melangkah masuk ke dalam bilik yang
mempunyai pendingin hawa itu. Setelah menjejak kaki ke dalam, dia
memandang ruangan bilik tersebut. Fuh, tiada apa yang menakutkan. Ada
satu meja panjang di atasnya terdapat buku setebal 5 cm, beberapa
bilah pisau yang diletakkan ke dalam satu bekas, kaki retort dan
penunu Bunsen. Terdapat juga sebuah almari berkaca lutsinar
membolehkan gadis itu nampak apa dalam almari itu. Ada beberapa
tabung uji yang disusun rapi dalam rak. Nampak seperti makmal. Di
sebelah almari itu terletak sebuah tong sampah. Farez Edrin terus
berjalan menuju ke meja dan membelek buku menyambung pengajiannya.
Azalea Zahra yang berada dalam bilik itu dianggap seperti tunggul
kayu.
"Erm,
encik. Saya Azalea," tutur Azalea Zahra dengan penuh beradab dan
sopan. Teringat pesan Aizat Farhan supaya tidak terlepas cakap dengan
Farez Edrin atau sesuatu yang buruk akan berlaku. Namun, Azalea Zahra
langsung tidak dihiraukan oleh ahli kimia itu. Suasana dalam makmal
itu terasa sunyi dan hambar. Lantas gadis itu mengeluh.
"Maaf
kalau kehadiran saya mengganggu encik. Tapi saya nak cakap pasal
abang saya, Hafiz."
Dengar
sahaja nama HAFIZ keluar dari mulut gadis itu, Farez Edrin mula
tersentak. Perbuatannya terhenti lantas lelaki itu mencapai salah
satu pisau tajam di atas meja itu lalu melempar pisau itu tepat ke
arah Azalea Zahra serta-merta. Azalea Zahra langsung tidak sempat
mengelak kerana ketangkasan Farez Edrin lalu matanya dipejam serapat
yang mungkin. Zap!
Azalea
Zahra membuka matanya perlahan-lahan. Nafasnya turun naik dan masih
panik dengan apa yang sedang berlaku. Azalea Zahra tidak sangka yang
dia masih hidup tetapi gadis itu aneh mengapa dia tak boleh bergerak.
Tangan kanannya menyentuh belakang. Ada dinding di belakangnya.
Perlahan-lahan bebola matanya mengerling ke lengan blaus sebelah
kirinya. Lengan blaus besar itu terpaku kemas di dinding oleh pisau
tajam yang dicampak tadi. Sikit sahaja lagi mahu terkena tangan.
Gadis itu hampir sahaja maut di tangan lelaki itu! Tubuh Azalea Zahra
seperti sudah terkunci pada dinding dengan keadaan tangannya seperti
itu. Air mata mula membasahi pipi. Padahal dia boleh sahaja gunakan
tangan sebelah kanan untuk menarik semula pisau di lengan baju kiri
itu. Malangnya, ketakutan dalam diri gadis itu membuatkan dia tidak
boleh berfikir apa-apa. Senyuman sinis dihadiahkan kepada Azalea
Zahra yang menangis ketakutan itu.
"What
brings you here, young lady?" Soal Farez Edrin bersahaja
seperti tiada apa yang berlaku. Azalea Zahra yang sedang cemas dengan
berbagai perasaan bercampur baur itu hanya mendiamkan diri. Tidak
terkeluar suara dari kerongkongnya untuk menjawab pertanyaan lelaki
itu.
"Are
you gonna pay your brother's debt? If yes, I will be very pleased,"
sambung Farez Edrin lagi apabila soalannya tadi tidak terjawab.
Azalea Zahra cuba menelan air liurnya yang tak tertelan. Wajahnya
yang basah dengan air mata itu langsung tidak memberi kesan pada
lelaki gila itu. Dengan perlahan gadis itu menggelengkan kepala
kerana dia tidak membawa wang satu sen pun. Itu sahaja yang dia mampu
setakat ni. Melihat respon Azalea Zahra yang hanya menggeleng kepala
itu membuatkan Farez Edrin melangkah ke hadapan menghampiri gadis
yang berada dalam tangkapannya itu. Kedatangan lelaki itu membuatkan
Azalea Zahra ingin menjerit namun suaranya seperti sudah ditarik saat
itu.
"Pastikan
kau dah bersedia fizikal dan mental sebelum jumpa dia. Abang aku
bukan calang-calang orang."
"Kau
kena jumpa dia seorang. Jangan sampai dia tahu yang aku tolong kau.
Nahas aku nanti."
"Tolong
hati-hati. Jangan terlepas cakap. Apa yang aku bagitahu semalam tu
betul."
Nasihat
dan pesanan Aizat Farhan terngiang-ngiang dalam fikiran. Tanpa
diduga, Azalea Zahra terbayang kembali tikus makmal di dalam
dibingkai yang pada awalnya disangkakan hanya gambar.
Teringat pula keadaan kepala kucing yang dipenggal dan digantung
dalam keadaan berbaris di siling. Tubuhnya menggigil ketakutan.
Adakah dia akan mengalami nasib yang sama seperti tikus dan kucing
tersebut? Adakah lelaki di hadapannya ini akan bunuh dia atau
mengeluarkan isi perutnya hidup-hidup? Adakah kepala gadis itu akan
dipenggal dan bebola matanya juga akan dicungkil keluar?
"Encik
Farez dah frame bangkai tikus tu. Kalau cik perasaan di
ruang tamu tadi banyak dia gantung pada dinding,"
Peluh
mula menitik sedikit demi sedikit apabila teringat kata-kata pakcik
tua tadi. Wajahnya ditundukkan dan matanya dipejamkan kerana tidak
mampu memandang muka Farez Edrin yang menakutkan. Apa yang dia
harapkan sekarang ialah seseorang datang menyelamatkan dia dari
lelaki ini. Aizat Farhan, tolonglah aku. Tapi tak mungkin lelaki tu
akan tolong. Dia pun takut pada abangnya sendiri. Farez Edrin yang
sudah berada di hadapannya kini dengan lembut mencubit dagu milik
Azalea Zahra dan mengangkat kepala gadis itu supaya menatap wajahnya.
"So
what is your purpose in coming here?" Soal Farez Edrin lagi
dengan wajah seperti tiada apa-apa perasaan namun sudah mampu
menggerunkan Azalea Zahra. Lelaki itu bersorak keriangan dalam
hati. Jika sebelum ini lelaki itu asyik bermain dengan tikus
makmal, kali ini dia berpeluang untuk bermain dengan gadis cantik.
To be continue...
Labels: Living Death
5:53 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|