Living Death (17) - Reveal
Monday, August 22, 2016
Zayn memandu perlahan di hadapan rumah kedai itu mencari kedai runcit berdekatan. Matanya melilau memandang kedai-kedai sambil memegang stereng kereta. Susah juga mahu cari minyak gamat di kawasan itu.
"Takkan tiada langsung kedai runcit kat sini? Farmasi ada jual ke minyak gamat?" Zayn bermonolog sendirian. Pemandu tanpa lesen itu terus memandu perlahan mencari farmasi. Akhirnya, nasib menyebelahinya. Papan tanda 'Lian Pharmacy' terpampar di hadapan mata. Mujur juga terdapat tempat parkir kosong berdekatan dengannya. Zayn terus memakir kereta dengan cermat dan turun dari kereta. Harap-harap ada minyak gamat di sini.
Masuk sahaja ke dalam farmasi, Zayn terlihat sekujur tubuh ideal berambut panjang yang diikat ekor kuda. Sangat familiar baginya dengan wajah itu.
"Cikgu?" Sapa Zayn pada guru matematiknya yang tidak semena-mena terserempak dalam sebuah farmasi. Bebola mata Hazirah melirik pada Zayn lalu air liurnya diteguk. Kotak ubat di tangannya itu digenggam kuat.
"Kenapa? Apa budak sekolah macam kamu ni buat kat sini?"
"Beli minyak gamat je, untuk Anis. Cikgu beli apa tu?" Zayn mula memerhati objek yang digenggam oleh Hazirah itu. Malangnya, dia tidak nampak apa-apa. Yang dia nampak cuma itu kotak kecil.
"Jangan nak sibuk!" Hazirah terus menuju ke kaunter pembayaran. Meremang bulu roma melihat anak kepada Dr. Yunus berada di situ. Lebih-lebih lagi apabila nama Anis Nabilah disebut. Zayn pula membuat muka meluat di belakang Hazirah. Sikit-sikit nak emo!
Zayn terus mendapatkan minyak gamat lalu menuju ke kaunter pembayaran. Nampaknya Cikgu Hazirah sudah pergi. Zayn meletakkan botol minyak gamat itu di atas kaunter. Dia mula terpana melihat resit bayaran di atas kaunter itu. Cikgu Hazirah tertinggal ke? Resit itu diambil lalu diperhati. Keningnya berkerut melihat produk yang dibeli oleh Hazirah dalam resit tersebut. 'Motilium tablets'? Apa itu?
***
Rumah peninggalan Hafiz itu dipandang sayu dari luar. Rumah itulah yang Azalea Zahra pernah tumpang selama sebulan semasa Puan Hanifah berada di luar negara. Di dalam rumah itu juga dia selalu bergurau senda dengan arwah Hafiz. Segala memori mula terimbas walau hanya sesaat memerhati rumah tersebut.
Peristiwa di mana Hafiz mengutuk masakan Azalea Zahra mula berlayar dalam fikiran. Steak yang hangus dengan sup tulang masin hasil dari air tangan Azalea Zahra untuk Hafiz dikutuk habis-habisan pada waktu itu. Sehingga gadis itu merajuk mengurung diri dalam bilik beberapa jam. Akhirnya Hafiz pujuk juga Azalea Zahra seperti budak-budak. Umur sudah meningkat pun masih berperangai begitu. Baru kena kutuk sikit dah sentap.
Kenangan itu membuatkan Azalea Zahra tersenyum sendiri. Kini, semuanya hilang begitu sahaja.
"Jom masuk." Bahunya disentuh dari belakang membuatkan lamunan Azalea Zahra terhenti.
"Tapi macam mana kalau kunci?" Soal Azalea Zahra. Aizat Farhan mula berfikir sejenak.
"Cuba dulu."
Azalea Zahra dan Aizat Farhan berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Rumah banglo kecil yang masih kelihatan bersih itu dihampiri pintu utamanya. Tombol pintu yang bergrill itu dipulas. Kunci. Grill juga dimangga dengan cermat. Sesekali Azalea Zahra terfikir, mengapa Anis Nabilah pindah dari rumah ini? Gadis itu memandang ke kiri. Aizat Farhan yang berada di sebelahnya tadi sudah hilang. Eh, mana dia pergi?
"Zahra!!" Panggil Aizat Farhan yang suaranya kedengaran di belakang rumah.
"Ya!" Sahut Azalea Zahra sambil melangkah ke belakang rumah banglo kecil itu. Pintu belakang bahagian dapur itu diperhati. Aizat Farhan mula memulas tombol pintu itu dan ternyata, ia tidak berkunci.
Azalea Zahra dan Aizat Farhan saling berpandangan. Pintu itu dikuak seluasnya dan mereka melangkah masuk ke dalam. Bahagian dalam rumah itu terasa kosong. Mungkin Anis Nabilah sudah mengangkut sebahagian barang ke rumah barunya.
"Zahra, bilik Hafiz kat mana?" Soal Aizat Farhan seperti berbisik. Azalea Zahra membuka langkah ke arah satu bilik yang agak jauh dari ruangan dapur. Bilik yang bertutup rapat itu dihampiri lalu tombol pintu dipulas.
Azalea Zahra terpana melihat isi dalam ruangan itu. Katil saiz king, meja solek, almari baju dan rak buku masih terletak elok di tempatnya. Kenapa Anis Nabilah tidak angkut barang-barang dalam bilik ini? Soal Azalea Zahra dalam hati. Tanpa disedari, Aizat Farhan sudah pun meluru masuk dalam bilik tersebut. Rak buku yang berdiri di penjuru ruangan dihampiri.
"Apa yang kita nak cari? Rasa macam tak ada apa kat sini," ujar Azalea Zahra sambil melihat Aizat Farhan yang sibuk meneliti buku-buku di rak tersebut.
"Kau cuba tengok dalam laci meja solek tu. Ada tak apa-apa benda yang boleh tolong kita cari family dia," cadang Aizat Farhan tanpa memandang Azalea Zahra.
Azalea Zahra mengeluh namun akur juga dengan cadangan lelaki tersebut. Laci meja solek berdekatan dibuka perlahan. Jantungnya bagai berhenti berdegup sesaat apabila melihat beberapa keping gambar di dalam laci itu. Satu persatu gambar itu ditatap.
***
Pintu bilik dibuka perlahan mematikan lamunan Anis Nabilah. Zayn yang datang bersama dengan botol minyak gamat itu diperhati.
"Beli kat mana?"
"Farmasi," jawab Zayn pendek. Tidak semena-mena, sehelai kertas bersaiz kecil jatuh ke atas lantai dari tangan Zayn membuatkan Anis Nabilah tertanya-tanya. Zayn meletakkan minyak gamat yang dibeli tadi di atas meja. Tidak hiraukan kertas yang jatuh. Mungkin dia tidak perasan. Dengan penuh rasa curiga, Anis Nabilah mengutip kertas itu dan memandang kertas itu lama.
"Siapa punya resit ni?" Terperanjat Zayn mendengar soalan Anis Nabilah itu lantas kepalanya ditoleh ke arah wanita tersebut. Anis Nabilah dengan wajah serius memandang Zayn dengan tangannya memegang kemas resit yang dibawa balik oleh Zayn itu.
"Oh, tadi aku terserempak dengan Cikgu Hazirah kat farmasi. Dia tertinggal resit dia. Tak tahulah kenapa aku pergi ambil." Terbuntang mata Anis Nabilah mendengar nama itu.
"Kenapa tanya? Aku pun tak tahu apa benda yang dia beli tu. Yelah, kat sekolah mana aku belajar lagi pasal ubat semua ni. Subjek kimia pun aku belajar yang asas je. Musykil juga aku apa yang perempuan tu beli."
Anis Nabilah tidak peduli dengan apa yang diterangkan oleh Zayn. Dadanya turun naik menahan geram. Motilium tablets? Hazirah beli benda tu? Apa yang dia tahu itu pil hormon untuk menyusu bayi. Hazirah ada bayi ke? Anis Nabilah mula rasa tidak senang duduk. Jangan-jangan Dr Yunus serahkan anaknya pada Hazirah. Tidak! Mengarut!
Dr. Yunus menunggu seseorang tiba di tempat yang sudah dirancang. Dia tidak peduli. Dia harus selesaikan masalah ini dengan segera. Apa yang manusia itu buat padanya memang tidak dapat dimaafkan. Jam tangannya dikerling untuk kali ke berapa pun dia sendiri tidak tahu.
"Hai Yunus. Lama tunggu?" Dr. Yunus menoleh ke arah manusia itu. Dr. Fuzairy mengambil tempat bertentangan dengan musuh ketatnya dengan senyuman sinis di bibir.
"Aku nak tanya something." Dr. Fuzairy ketawa kecil mendengarnya.
"Heh, what is it, my friend?"
"You better watch your own mouth. Jangan busukkan title doktor," ujar Dr. Yunus dengan dada turun naik menahan marah.
"Oh, you ask me out today just to tell me about our carrier? Hahaha. Thank you my lecturer. Tapi boleh tak cakap straight to the point?" Dr. Fuzairy mula tunjuk sikap jengkelnya membuatkan Dr. Yunus menyampah.
"Tak perlu cakap straight to the point. Aku rasa kau tahu kenapa aku ajak jumpa ni."
"Cakap jelah kenapa. Kau ingat aku ada masa nak fikir pasal kau je?"
"Apa yang kau dah cakap pada Aizat Farhan?" Dr. Fuzairy terdiam seketika. Matanya meliar lalu nafasnya dihela berat.
"Oh, jadi budak tu memang bagitahu kau pasal tu?"
"Dia tak bagitahu pun. Aku yang teka sendiri. Ternyata tekaan aku betul. Tak lain dan tak bukan, kau yang buat fitnah pada aku. Fitnah apa yang kau dah buat?"
"Dah tahu tanya lagi?"
"Apa masalah kau? Kenapa kau tak puas hati dengan aku? Hospital aku lebih maju bukan sebab aku tau. Tapi sebab director. Tak perlulah dengki dengan aku."
"Buat apa dengki dengan kau sedangkan aku lebih pakar? Tapi memang betul pun kau dengan Hazirah tu dulu ada affair, kan?"
"Aku masih ingat isteri aku. Aku takde sentuh dia pun!"
"Hahaha. Tolonglah jangan buat aku rasa nak muntah. Dulu kau ada affair dengan Hazirah, sekarang kau ada affair dengan Anis tu pula kan?"
"Apa kau merepek ni ha?"
"Kau memang akan minat dekat bini Hafiz eh? Dulu Hazirah, lepas tu Anis. Mesti kau suka kan bila Hafiz dah mati. Boleh kau sailang bini dia sekali. Bini muda kan. Siapa taknak?" Sejurus itu, Dr. Yunus berdiri dari duduknya dan satu tumbukan padu hingga pada tulang pipi Dr Fuzairy.
"I'VE WARNED YOU. WATCH YOUR OWN MOUTH! Kau tak ada hak nak hukum aku sebab kau tak tahu apa-apa. Kau nak nama kau busuk seorang aku tak kisah. Tapi jangan libatkan aku!"
Dr. Yunus segera beredar dari situ. Dr. Fuzairy menyentuh pipinya yang lebam akibat ditumbuk. Bibirnya diketap kuat. Kau tunggu, Yunus. Tak perlu nak jaga nama baik kau sangat. Hidup kau tak lama pun. Ujar Dr. Fuzairy dalam hati dengan penuh hasad dengki dan dendam.
***
Banglo kecil satu tingkat itu diperhati dari dalam kereta. Mata Farez Edrin dipejamkan sementara menunggu dua manusia itu menggeledah rumah milik Hafiz. Fikirannya serabut memikir tentang Anis Nabilah. Sungguh dia tidak sangka bayi itu betul-betul sudah meninggal.
"Bukan aku yang bunuh dia. Dia meninggal lima jam selepas dia dilahirkan."
"Anak itu selamat dilahirkan. Tapi, selepas beberapa jam, dia meninggal. Pada awalnya dia sesak nafas. Kami pun cuba pasangkan oxygen mask pada dia. Namun, tidak berjaya. Saya harap kamu semua dapat beri kerjasama pada Anis. Bukan mudah untuk seorang ibu terima yang anaknya dah tiada."
Matanya dibuka seluasnya dan stereng kereta ditumbuk kasar. Wajahnya merah menahan geram. Kata-kata Anis Nabilah dan Dr Yunus semalam memberi kesan pada hati kosong Farez Edrin. Terbit rasa curiga pada kedua-dua manusia itu. Dia pasti, mesti ada sesuatu yang tak kena. Namun, sesuatu perkara terlintas dalam fikirannya lantas senyuman terukir di bibir. Poket seluarnya diseluk sesuatu seperti botol kecil yang berisi cecair di dalamnya. Botol kecil yang tertulis 'AZALEA' pada sticker itu diperhati sambil tersenyum sendiri.
Tidak semena-mena, matanya terpandang pada sebuah rumah banglo yang tidak jauh dari situ. Apa yang memeranjatkan Farez Edrin adalah seorang wanita berumur yang dia kenali sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah banglo tersebut. Mereka berjiran?
Fail nipis bewarna biru yang dijumpai di sebalik buku-buku lama itu dibelek perlahan. Nampaknya itu merupakan fail milik Hafiz sewaktu sekolah. Yes, akhirnya Aizat Farhan berjaya! Terdapat biodata Hafiz sewaktu zaman persekolahan. Alamat rumah lama Hafiz juga tertera di situ. 'Alor Gajah, Melaka'. Aizat Farhan tersenyum kemenangan. Tidaklah susah mana nak siasat soal hal ini.
Kepalanya ditoleh ke arah Azalea Zahra yang senyap dari tadi. Senyuman jejaka itu mati setelah melihat gadis pujaannya sedang menangis menahan esak sambil memegang beberapa keping foto di tangannya. Aizat Farhan merapati Azalea Zahra yang wajahnya sudah penuh dengan air mata. Sungguh hati jantannya lemah melihat air mata itu. Aizat Farhan melihat foto yang dipegang Azalea Zahra. Gambar selfie Azalea Zahra bersama Hafiz dihiasi dengan senyuman manis dari kedua-duanya. Mungkin gambar itu diambil sewaktu Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun yang lepas.
"Zahra, bawa sapu tangan aku tak?" Azalea Zahra hanya menggeleng perlahan. Esakan tangisnya masih cuba ditahan. Bahu gadis tersebut diusap supaya dia tenang.
"Jangan risau. Kita cari pembunuh dia sampai jumpa. Okay?" Sejurus itu, Azalea Zahra mengangguk berkali-kali dan air matanya diseka. Aizat Farhan menggariskan senyuman lalu mengintai dalam laci yang masih terbuka. Banyak lagi rupanya kepingan foto yang disimpan dalam laci itu.
"Aku nak bawa balik semua gambar tu," kata Azalea Zahra dengan esakan masih berbekas.
"Bawalah. Takde siapa halang pun. Kalau boleh, bawa sekali dengan yang dalam laci tu," cadang Aizat Farhan. Seperti biasa, Azalea Zahra akan setuju dengan cadangan bernas dari lelaki tersebut. Perlahan-lahan foto-foto dalam laci disusun kemas.
Sementara itu, naluri Aizat Farhan mula berasa curiga dengan sesuatu dalam bilik itu. Katil saiz king milik Hafiz dan Anis Nabilah itu diperhati. Katil tersebut masih bercadar putih dengan dua buah bantal yang disusun kemas. Apa yang membuat lelaki itu bertambah curiga, mengapa Anis Nabilah langsung tidak usik barang dalam bilik ini? Kenapa tidak angkut sekali ke rumah baru?
Aizat Farhan menghampiri katil tersebut. Manakala Azalea Zahra sibuk menyusun foto untuk dibawa pulang. Aizat Farhan memerhati cadar katil. Matanya melirik pula pada lantai bilik. Namun, matanya terbuntang apabila ternampak sesuatu di bawah katil di sebalik cadar. Perlahan-lahan lelaki itu duduk di atas lantai dan menyelak cadar untuk mengintai apa yang ada di bawah katil.
"Farhan, ada apa kat situ?" Soal Azalea Zahra yang sudah pun memasukkan foto dalam beg tangannya dengan baik. Gadis itu turut duduk di atas lantai untuk melihat apa yang Aizat Farhan cari. Aizat Farhan tergamam melihat timbunan majalah di bawah katil. Tanpa menghiraukan soalan Azalea Zahra, perlahan-lahan tangan sasa itu cuba mencapai timbunan majalah itu untuk ditarik keluar.
Zrap! Majalah-majalah tersebut akhirnya terdampar di atas lantai membuatkan Aizat Farhan dan Azalea Zahra ternganga melihatnya. Majalah berunsur pornografi dengan gambar wanita seksi dijadikan cover pada setiap majalah yang berada di situ. Model seksi itu juga menggayakan posing yang mengancam dengan tajuk artikel yang mampu menghairahkan. Dengan penuh perasaan malu, Azalea Zahra menjerit menggegarkan ruangan itu.
"AHHHHHHHH!!!! Apa ni apa ni apa niiiii???" Rungut Azalea Zahra membuatkan wajah Aizat Farhan berubah kemerah-merahan. Dengan pantas, tangan sasanya menutup kedua-dua belah mata gadis itu.
"Jom kita keluar dari sini!" Aizat Farhan memegang fail milik Hafiz dengan kemas di tangan sebelah kiri manakala tangan sebelah kanannya menutup mata Azalea Zahra serapat yang mungkin.
"Kau nak bawa aku ke mana??!" Bentak Azalea Zahra apabila pandangannya digelapkan dan langkahnya dipimpin oleh Aizat Farhan.
Apabila mereka selamat keluar dari rumah itu, Aizat Farhan membuka mata gadis itu semula. Masing-masing tercungap-cungap kerana terlalu cemas. Cemas untuk apa pun mereka tidak tahu.
"Kau ni pervert! Dalam banyak-banyak benda dalam bilik tu, majalah macam tu yang kau cari!" Marah Azalea Zahra dengan rambutnya yang sudah serabai bak pontianak.
"Eh, kau ingat aku sengaja cari ke apa? Manalah aku tahu abang kau simpan majalah macam tu kat bawah katil!" Balas Aizat Farhan, mempertahankan egonya.
"Habis yang kau gatal pergi intai bawah katil tu kenapa? Kan banyak lagi ruang yang kau boleh cari. Lelaki aneh!"
"Ini semua sebab kau lah ni. Emosional sangat sampai nangis-nangis. Kalau tak tadi lepas kau simpan gambar tu kita boleh terus balik!"
"Kau nak salahkan aku pula? Eleh, kau pun mesti ada pengalaman juga kan? Maksud aku pasal majalah tu. Kau mesti dah tahu memang sah-sah lelaki suka simpan majalah macam tu bawah katil. Sebab tu kau pun nak tengok ada apa kat bawah katil," kata Azalea Zahra penuh sinis.
"Hei, tak semua lelaki sama okay!" Bantah Aizat Farhan yang mula geram dengan Azalea Zahra. Bukan geram kerana marah. Tetapi kerana Azalea Zahra terlalu comel untuk berbahas mengenai hal itu.
"Maksud kau, tak semua lelaki simpan bawah katil? Macam tu? Oh, yelah mungkin lelaki simpan bawah almari, bawah peti sejuk, dalam oven, atas siling. Macam tu?"
"Ehem."
Azalea Zahra dan Aizat Farhan terpana dan menoleh ke arah Farez Edrin yang sudah pun berada dengan mereka sejak tadi. Perbualan mereka berdua sejak tadi tanpa disedari telah didengari oleh Farez Edrin. Wajah Azalea Zahra mula menjadi merah menahan malu.
"I'm sorry, Farez."
"Tak perlu sopan sangat," ujar Aizat Farhan dengan nada dingin.
"Azalea, who is the owner of the house?" Soal Farez Edrin tanpa menghiraukan permohonan maaf dari Azalea Zahra. Matanya melirik pada rumah banglo kecil berdekatan dengan rumah Hafiz itu.
"Oh, itu... my friend's house," jawab Azalea Zahra ringkas sambil menyisir rambutnya yang serabai.
"Amir Hamzah is your friend?" Azalea Zahra tergamam mendengar soalan itu. Gadis itu hanya mengangguk perlahan. Tidak mahu jawab lebih-lebih.
"Oh I see."
"Farez, esok aku dengan dia mungkin nak pergi cari family Hafiz. Kau nak ikut?" Pelawa Aizat Farhan, masih dengan nada dingin. Dia sangat mengharapkan jawapan 'tidak' dari mulut Farez Edrin.
"No. I have a lot of things to do. So you guys wanna stay here or follow me back to home? I'm not here to hear both of you arguing," Soal Farez Edrin lebih pada sindiran.
"Ha okay. Jom, Zahra. Kita orang hantar kau balik Hospital." Sekali lagi, Azalea Zahra hanya mengangguk.
****
Hari sudah pun menginjak ke malam, Dr. Yunus baru sahaja dapat keluar dari hospital. Terlalu banyak kerja yang harus dia siapkan sebelum pulang. Jalan yang gelap itu diterangi oleh lampu jalan bewarna oren. Dr. Yunus menuju ke arah kenderaannya untuk pulang.
Sesekali doktor itu memerhati tangan kanan sendiri. Sungguh dia tidak menyangka akhirnya tangan itu nekad menumbuk Dr Fuzairy. Dr Yunus menghela nafas berat seberat-beratnya. Rasa bersalah mula terbit. Poket seluarnya diseluk untuk mendapatkan telefon bimbitnya. Dia harus memohon maaf atas keterlanjurannya petang tadi. Memang dia tidak sengaja menumbuk lelaki itu. Malangnya, telefon bimbitnya tiada dalam poket seluar. Aduh, dia tertinggal dalam office. Office Dr Yunus pula sudah dikunci rapat dan kemungkinan juga pintu utama hospital itu juga telah dikunci oleh pihak berkuasa. Tidak mengapalah. Dia akan mohon maaf lain kali.
Tanpa diduga, terdetik sesuatu bunyi yang mencurigakan dalam rongga telinganya. Seperti bunyi detik masa. Doktor tersebut tercari-cari mana datangnya bunyi tersebut. Bebola matanya melirik pada bumbung kereta. Tiada apa-apa di situ. Dr Yunus duduk di atas jalan untuk mengintai bawah kereta. Alangkah terkejutnya orang tua itu melihat bom jangka yang diletakkan betul-betul di bahagian bawah keretanya. Detik masa itu tinggal dua saat menandakan ia akan meletup.
BOM!!! Terasa bagai bumi bergegar pada ketika itu. Hancur lebur badan Dr. Yunus kerana api bahang membakar tubuh. Mata seorang doktor itu sudah memutih menandakan ajalnya sudah pun tiba.
To be continue...
Labels: Living Death
6:06 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|