Living Death (22) - Suspects
Saturday, October 29, 2016
"Apa? Mak kau taknak? Kau tahu tak hal macam ni bukan boleh buat main?!" Maki Hazirah yang sedang berhubung dengan Amir Hamzah melalui telefon bimbit. Emosinya kini tidak dapat dikawal. Afiq yang sedang tidur itu tidak dipedulikan.
"I'm sorry, Hazirah. Dah kau pun tak cakap apa masalah kau. Macam mana aku nak explain dekat mak aku? Kau ingat mak aku tu apa? Kerbau yang nak ikut je apa orang suruh?" Amir Hamzah menjawab membuatkan Hazirah semakin berang.
"Hei, sejak bila kau berani menjawab ni ha?! Kalau kau ada kat tempat aku pun kau akan buat benda yang sama!! Ish, kau ni memang tak boleh harap!" Hazirah terus memutuskan talian tersebut. Telefon bimbitnya diletak kasar di atas meja perabot. Jari-jemarinya mencengkam kuat rambut panjangnya.
"SEMUA ORANG TAK BOLEH HARAP!" Jerit Hazirah sekuat hati. Nafasnya tercungap-cungap menahan amarah. Orang yang selama ini dianggap sebagai kawan baik, langsung tidak membantu saat dia kesusahan. Nampaknya dia terpaksa ponteng kerja esok. Diharapnya tiada siapa yang akan curiga. Sial! Carut Hazirah dalam hati. Tidak semena-mena, telefon bimbitnya berdering. Matanya melirik pada skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali itu dipandang beberapa saat.
Azalea Zahra mengerling jam di tangan. Hampir setengah jam dia menunggu. Balai polis itu dipandang dari luar. Mengapa dia tidak dibenarkan masuk? Azalea Zahra mengeluh perlahan. Sabar menanti ketibaan Aizat Farhan. Diharapnya lelaki tersebut bakal membawa khabar baik untuknya.
Telapak tangan Azalea Zahra mula menyentuh saku seluar. Ada sesuatu di dalamnya. Perlahan-lahan tangannya menyeluk, mendapatkan objek itu. Cincin bersadur emas itu dipandang sepi di atas tapak tangannya. Rambut gadis tersebut yang berterbangan akibat angin kencang di kawasan hadapan balai polis itu dibiarkan. Air matanya menitis secara tiba-tiba. Cincin ini...
Bunyi telapak kasut mematikan sayu dalam hati Azalea Zahra. Kepalanya diangkat. Lantas air mata di pipi diseka setelah melihat Aizat Farhan keluar dari balai tersebut. Senyuman mula terbit di bibir.
"Farhan? Is everything okay?!" Azalea Zahra seolah-olah teruja dan tidak sabar mendengar berita dari Aizat Farhan. Namun, rasa terujanya hanya bertahan sekejap apabila Rahman juga keluar dari balai polis tersebut. Cincin yang dari tadi dipegang disimpan semula ke dalam saku seluarnya.
"Zahra," seru Aizat Farhan setelah berdiri betul-betul di hadapan Azalea Zahra. Wajah Aizat Farhan dipandang lama. Menanti penjelasan dari lelaki itu.
"Maafkan aku. Bukti tak cukup. Bukan sebab dia tak bersalah. Cuma tak cukup bukti." Sedikit kecewa mendengar penjelasan dari Aizat Farhan, Azalea Zahra hanya mendiamkan diri. Matanya tertumpu pada jalan yang bertar hitam. Aizat Farhan mengusap perlahan belakang badan Azalea Zahra bagi mengurangkan rasa pilu dalam hati gadis tersebut.
"See? I've told you before. Kau patut malu dengan diri sendiri, Azalea." Suara Rahman yang muncul berdekatan dengan mereka kini mula kedengaran. Terperanjat gadis itu mendengarnya membuatkan kakinya berundur tiga langkah ke belakang.
"Don't touch her," ucap Aizat Farhan, bersedia melindungi Azalea Zahra dari lelaki tua gila itu. Rahman mengangkat kening memandang Aizat Farhan.
"Kau dengar kan apa yang pihak polis cakap tadi? Kalau kau berani laporkan berita palsu, kau yang akan terima hukuman."
"Pakcik... saya tak tuduh pakcik. Cuma..."
"Habis tu apa? Kau ingat aku bodoh sampai nak bunuh anak aku sendiri? Listen here both of you. Jangan masuk campur hal keluarga aku. Abang kau tu, anak kandung aku. Aku lebih kenal dia. Kau tu bukan siapa-siapa."
"Pakcik, mana ada pembunuh yang bersalah akan mengaku dia pembunuh."
"Eh, perempuan. Budak tu dah mati dah pun. Sibuk nak cari pembunuh tu kenapa? Apa motif kau, ha?" Azalea Zahra beristighfar dalam hati. Sedikit tersentap dengan kata-kata Rahman yang agak kurang adab itu.
"Watch your mouth, uncle. Kau buat kami semakin curiga dengan kau." Mendengar kata-kata Aizat Farhan itu membuatkan Rahman tergelak besar.
"Hahahahahaha. Jadi? Apa yang kau boleh buat, anak muda?" Azalea Zahra menggenggam kemas jari-jemarinya sehingga memutih. Matanya tepat memandang Rahman. Terasa mahu ditumbuk-tumbuk wajah orang tua itu. Namun, apabila terfikir manusia di hadapannya ini merupakan ayah kepada abang Hafiz niatnya terpaksa dibatalkan.
"Pakcik," Rahman mengalih pandangan pada Azalea Zahra. Tentangan mata gadis cantik itu dibalas serta-merta.
"Saya akan usaha cari bukti dan pembunuh tu. Motif saya? Selagi pembunuh tu masih ada di luar sana, nyawa keluarga saya akan terancam. So, no matter what the killer MUST be caught."
"Dan jika 100% terbukti pakciklah pembunuh tu, saya takkan teragak-agak untuk lapor pada polis. Walaupun pakcik merupakan bapa mangsa. Once you're a killer, always a killer. Dan penjara akan jadi tempat tinggal pakcik." Panjang penjelasan Azalea Zahra beralaskan ugutan yang mampu membuatkan Rahman sedikit tersentak.
Tanpa membuang masa, Azalea Zahra terus meluru masuk ke dalam kereta meninggalkan Rahman dan Aizat Farhan di luar. Gadis tersebut menekup wajah dan menghamburkan tangisnya sepuas hati. 'Budak tu dah mati dah pun. Sibuk nak cari pembunuh tu kenapa?' Kata-kata yang keluar dari mulut bapa abang Hafiz sendiri itu membuatkan hati Azalea Zahra terguris. Bukan sahaja terguris, malah terluka berdarah. Sungguh dia tidak sangka, lelaki sebaik abang Hafiz akan dianggap kematiannya sebagai sesuatu yang remeh di mata orang lain. Lebih-lebih lagi oleh bapa kandung sendiri.
Azalea Zahra mengalihkan tangannya dari wajah yang sudah dibanjiri air mata. Hujung lengan baju panjang milik gadis tersebut digunakan untuk menyeka air mata. Dadanya turun naik melawan esakan tangis dan kini dia cuba untuk bertenang. Tiada gunanya jika dia menangis. Azalea Zahra menghela nafas berat. Matanya milirik pada cermin pandang belakang kereta. Terbuntang luas matanya melihat seseorang sedang duduk di seat penumpang melalui cermin tersebut. Dan makhluk itu sedang memandang tepat ke arah Azalea Zahra, juga melalui cermin yang sama. Azalea Zahra meneguk air liur, teragak-agak untuk menoleh ke belakang.
"Abang Hafiz..."
"Lea,"
****
"Hello?" Sapa Hazirah setelah menjawab panggilan telefon.
"Cikgu Hazirah, ini saya, Zayn." Hazirah menelan air liurnya. Bebola matanya melirik pada Afiq. Wanita tersebut cuba mengawal perasaan gementarnya saat itu.
"Nak apa?"
"Saya nak beritahu yang esok saya tak dapat datang ke sekolah," beritahu Zayn secara formal. Hazirah menghembus nafas lega.
"Oh. Kenapa?" Soal Hazirah lagak seorang guru kelas. Namun, belum sempat Zayn menjawab soalan tersebut, bunyi bayi menangis kedengaran serta-merta. Kedua-dua mereka terbeliak mata mendengarnya.
Akibat terlalu panik, telefon bimbit Hazirah terlepas dari tangan menyebabkannya tercampak ke bawah meja. Baru sedar mengenai kejadian itu, Hazirah memerhati jari-jemarinya. Semuanya menggigil! Kepalanya ditoleh pula ke arah Afiq yang sedang menangis. Tanpa menghiraukan telefon bimbitnya, Hazirah mendekati Afiq. Perlahan-lahan anak kecil itu diambil dari tempat tidur.
"Kenapa menangis ni, sayang?" Belakang badan Afiq yang masih menangis itu ditepuk perlahan. Jarinya yang dari tadi menggigil, kini semakin baik. Kehadiran Afiq seolah-olah menenangkan fikirannya walau hanya sesaat. Secara jujurnya, dia langsung tidak menganggap Afiq sebagai satu bebanan. Sebolehnya, dia mahu menjaga anak itu sehingga berjaya seperti anak-anak muridnya yang lain.
Tanpa diduga, pintu utama rumah Hazirah diketuk. wanita itu mencebik kasar. Mikhail Iman? Kenapa dia datang sini pada waku begini? Afiq yang sudah berhenti menangis dipeluk erat lalu kakinya melangkah menuju ke pintu utama. Tombol pintu diputar dan daun pintu dibuka serta-merta.
****
Suasana di gerai makan yang dihuni ramai pelanggan itu agak riuh. Tetapi bukan untuk meja yang diduduki oleh dua insan itu. Aizat Farhan dan Azalea Zahra hanya mendiamkan diri tanpa sebarang kata sejak peristiwa tadi. Masing-masing buat-buat sibuk memandang telefon bimbit. Sungguh kecewa kerana polis tidak dapat mendakwa Rahman sebagai suspek hanya kerana tiada bukti yang kukuh. Memang benar tiada bukti, bukan niat Azalea Zahra mahu menuduh Rahman sebagai pembunuh. Gadis tersebut hanya menganggap Rahman sebagai suspek sahaja.
"Zahra," sapa Aizat Farhan bagi memulakan bicara. Azalea Zahra yang dari tadi tunduk memandang telefon bimbit mula mengangkat wajah sebagai respon sapaan lelaki tersebut.
"Kau okay?" Tanya Aizat Farhan.
"Mestilah tak. Rasa bersalah pun ada."
"Rasa bersalah, sebab...?"
"Aku dah tuduh dia." Aizat Farhan menghela nafas berat.
"Tak perlu rasa bersalah. Boleh sebutkan tak suspek dalam kes pembunuhan abang kau ni?" Pinta Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra meneguk air liur. Gadis tersebut berfikir sejenak sebelum menjawab. Aplikasi nota dalam telefon bimbit Oppo Neo 7 miliknya dibuka. Azalea Zahra mula membaca apa yang telah ditaip dalam nota tersebut.
"Hmm. Yang pertama, abang kau. Sebabnya, mungkin dia masih ada perasaan dendam pada abang aku sebab berkahwin dengan Kak Anis. Second, Mikhail. Orang terakhir yang bergaduh dengan abang aku. Punca masih belum jelas. Tapi ada kena mengena dengan Kak Hazirah." Aizat Farhan menghirup air kopi panas yang baru sahaja dihantar oleh pelayan restoran. Telinganya masih khusyuk mendengar penjelasan dari Azalea Zahra.
"Dan yang ketiga, aku rasa Kak Hazirah sendiri. Dia mungkin terasa hati dengan penceraiannya dan perkahwinan abang dengan Kak Anis. Kak Hazirah selalu buat perkara di luar jangkaan bila dia marah. Jadi, tak mustahil dia mampu bunuh bekas suami dia sendiri." Aizat Farhan mengangguk kepala mendengar penjelasan mengenai Hazirah itu. Tidak semena-mena, peristiwa mengenai gambar imbas fetus terbayang dalam fikirannya. Masih menjadi tragedi yang misteri mengenai fetus yang pernah gugur dari rahim Hazirah. Fetus itu anak siapa?
"Keempat, Pakcik Rahman. Antara sebab kenapa dia termasuk dalam suspek, dia merupakan keluarga kandung abang Hafiz. Menurut keputusan DNA darah yang abang kau buat tempoh hari, darah itu milik ahli keluarga Hafiz. Sama ada Pakcik Rahman atau Hariz."
"Hariz?" Soal Aizat Farhan dengan sedikit kemusykilan.
"Ya. Dia dan abang Hafiz adik beradik. Dia panggil Pakcik Rahman dengan panggilan 'ayah'. Sama ada adik beradik kandung, atau bukan tu aku tak pasti."
"Kau perlu cari lagi salasilah keluarga Hafiz. Aku yakin tentang darah tu betul. Memang darah keluarga dia sendiri."
"Tapi, Farhan. Ada betul juga apa yang dia cakap tu. Mana ada mak ayah yang sanggup nak bunuh anak."
"Are you sure? How about Anis?" Tersentak Azalea Zahra mendengar nama itu.
"Kenapa dengan dia? Dia cuma berniat je. Dia tak buat betul-betul pun."
"Kau pasti yang bayi tu meninggal sebab sakit? Kau percaya apa yang Dr. Yunus bagitahu?" Soal Aizat Farhan, membangkitkan satu lagi isu yang tidak akan selesai. Kening Azalea Zahra berkerut mendengar soalan pelik dari Aizat Farhan.
"Maksud kau apa ni? Dia kan doktor. Takkan dia nak menipu."
"You know what, Zahra. I had a bad feeling about this. A really bad feeling. Aku tak rasa yang anak dia dah meninggal."
****
"Hey lady. Long time no see." Hampir gugur jantung Hazirah memandang tetamunya kali ini. Kini, wanita itu betul-betul dapat rasakan yang dia akan mati saat itu. Air liurnya diteguk kuat, nafas pula mula tercungap-cungap. Peluh yang mengalir dalam seluruh badan dapat dirasakan oleh Hazirah sendiri.
"Macam mana kau tahu rumah aku?" Soal Hazirah, dikuatkan diri juga untuk berbicara kepada Anis Nabilah yang tersenyum sinis di hadapan rumahnya.
"Everyone knows already," jawab Anis Nabilah bersahaja. Matanya memandang tajam ke arah bayi yang didukung Hazirah, lantas sebelah keningnya diangkat.
"KAU NAK APA HA PEREMPUAN?!" Tempelak Hazirah yang jelas dalam keadaan separuh gila. Merah padam wajahnya akibat terlalu takut. Semakin lama semakin kejap tangannya menampung Afiq ke dada. Tidak mahu anak itu terlepas ke tangan wanita yang berniat jahat terhadapnya.
"Hm? Good question. Aku nak ambil anak aku." Hazirah menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali.
"Kau fikir aku tak tahu apa rancangan kau? Doktor Yunus dah beritahu aku segalanya!"
"Oh ya? Jadi kau dah tahu? Aku minta dengan cara baik. Aku harap kau akan serahkan anak aku dengan cara baik juga."
"Tak. Aku tak percaya kau. Kau nak bunuh budak ni, kan? Aku tak benarkan. Aku takkan benarkan budak ni disentuh perempuan busuk macam kau!" Tergelak besar Anis Nabilah mendengarnya.
"Hahahahaha. Bukan kau ke yang bagi cadangan kat aku supaya bunuh budak tu? Tak ingat? Lepas tu sekarang kau nak pura-pura baik pula? Dah pandai berlagak macam heroin pula? Kau memang kelakar, Hazirah," ujar Anis Nabilah dengan ketawa sinisnya yang masih bersisa.
"Aku dah sayang kat budak ni. Boleh tak sekali je kau jangan menyusahkan hidup aku? Cukuplah kau dah rampas bekas suami aku dulu. Cukuplah, Anis. Apa kau nak lagi?!" Tanpa diduga, air mata milik Hazirah jatuh di hadapan Anis Nabilah.
"AKU NAK ANAK AKU! Dia anak aku, bukan anak kau!" Sekali lagi, Hazirah menggeleng kepalanya.
"Aku yang susukan dia. Aku yang jaga dia sejak dia baru keluar dari perut kau lagi. Kalau budak ni ada di tangan kau, dia takkan hidup sampai sekarang. Kau masih nak mengaku dia ni anak kau?? No, aku tak izinkan kau ambil dia. BERAMBUS DARI RUMAH AKU!!"
Dengan serta-merta, Hazirah menutup pintu dengan kuat. Pintu itu dikunci dengan selamat dari dalam. Mengharapkan Anis Nabilah tidak akan kembali mengganggu hidupnya. Dahi Afiq yang ada kecil dikucup lembut. Air matanya dibiarkan mengalir dan membasahi wajah merahnya.
"AKU AKAN PASTIKAN KAU MENYESAL DENGAN APA YANG KAU BUAT, HAZIRAH."
To be continue...
Hello readers, thank you for readingggg!!! First of all, I wanna ask a very deep apologize sebab dah lamaaaaa sangat tak update. Sampai berhabuk blog nii. Sampai aku sendiri terlupa macam mana jalan cerita. Dah lama tak menulis so bab ni pun macam pendek & boring & penulisan pun makin low class nampaknya. Sebab bulan ni, memang aku sangat-sangat busy. In a week ada dua quiz, ada test, kena buat lab report, training futsal & presentation. Dan alhamdulillah, aku masih hidup lagi walaupun ada pernah satu hari tu aku skip makan sampai demam. Next week ada lab pharm prac & i feel so excited sebab first time dapat buat ubat. Yeayyyyyy!!! Sudah semestinya aku makin busy. Tapi jangan risau, aku cuba juga update cerita ni sampai last episode supaya tak berlaku cerita tergantung hahahaha. Kang bengang semua orang. Last but not least, happy deepavali to all my Indian friends!!! Lots of love, muahh x
Labels: Living Death
9:47 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|