| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (21) - Them
Thursday, September 29, 2016


Image result for elizabeth gillies beautiful\

Azalea Zahra masih lagi dipegang tangannya kejap oleh Rahman. Senyuman di bibir Rahman mampu membunuh jiwa wanita miliknya. Terasa mahu ditampar-tampar orang tua itu namun tiada kekuatan yang membuatkannya mampu berbuat demikian. Nafasnya dihela berat. Air liurnya juga diteguk kuat menahan rasa takut. 

"Kau faham tak apa maksud aku?" Akhirnya Rahman bersuara sekali lagi setelah tiada respon dari Azalea Zahra. Gadis itu lantas menggeleng kepala berkali-kali. Tidak tahu kerana apa.

"Aku nak kau layan pelanggan aku. Kau sendiri yang datang sini sebab nak kerja, bukan?"

"TAK. Itu saya tipu. Saya datang sini nak jumpa pakcik!" Bentak Azalea Zahra, menegakkan kebenaran.

"Jumpa aku sebab nak layan aku?" Loya tekak Azalea Zahra mendengarnya. Terasa mahu muntah di hadapan Rahman juga pada waktu itu.

"Boleh tak pakcik sedar diri sikit? Dah nak mati pun masih berperangai macam ni?" Azalea Zahra yang menyangka tubuhnya akan dilepaskan mula tersentak apabila tangan orang tua mencengkam kuat rambutnya. Wajah bengis Rahman dipandang dengan perasaan takut.

"APA KAU CAKAP TADI?!" Perlahan-lahan Azalea Zahra cuba melepaskan cengkaman orang tua tersebut. Tetapi tidak berjaya. Secara sentap, baju Azalea Zahra dikoyak pada bahagian kolar sehingga menampakkan dada. Mujur sahaja gadis tersebut mengenakan singlet putih di dalam. Jeritan Azalea Zahra memenuhi ruang pejabat itu. Namun, tidak dipedulikan oleh Rahman. Tidak semena-mena, air mata mula mengalir di pipi mulusnya. Lelah memikirkan nasibnya pada hari itu. Terasa bagai nyawanya akan berakhir pada saat itu. 
***

Anis Nabilah memandang sayu wajah Puan Hanifah yang masih dalam keadaan koma. Gambar keluarga yang terletak bersebelahan dengan wanita tersebut dibiarkan. Sesekali tangannya menyentuh bahagian leher yang dicekik tempoh hari. Sampai hati Puan Sarimah berbuat begitu padanya. Dia sedar siapa dirinya. Walaupun rasa sakit pada jasad sudah tidak terasa, sungguh hati Anis Nabilah terluka. 

Bukan salahnya menjadi anak luar nikah. Semuanya salah manusia yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang bapa. Mata Anis Nabilah jatuh pada jari manis di tangan sebelah kirinya. Cincin perkahwinan dia dan Hafiz sudah hilang. Keluhan berat keluar dari bibir wanita tersebut. Lamunan wanita itu terhenti apabila pintu wad ditolak dari luar. Farez Edrin menghampiri bersama-sama dengan air kopi dalam tin. Lantas air tin itu dihulurkan pada Anis Nabilah.

"Have some coffee?" Pelawa Farez Edrin. Anis Nabilah memandang huluran itu beberapa saat lalu menyambutnya tanpa sebarang senyuman. Matanya melirik pada air tersebut. Sudah dibuka. Tanpa membuang masa, Anis Nabilah meneguk air tersebut sehingga tin menjadi kosong serta-merta. 

"Feeling better?" Anis Nabilah mengangguk perlahan untuk pertanyaan Farez Edrin itu. Sungguh dia terharu lelaki tersebut masih mengambil berat tentangnya walaupun banyak salah faham yang berlaku.

"Terima kasih. Kalau kau takde, mungkin aku dah mati kena cekik. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa baik kau," ucap Anis Nabilah seikhlas hati. Tidak semena-mena, Farez Edrin ketawa besar mendengarnya membuatkan Anis Nabilah terasa aneh. Keningnya berkerut dan matanya tepat memandang Farez Edrin.

"Anis, I have to take care of you. Azalea asked me to do that." Menyirap Anis Nabilah mendengar nama itu. 

"She said, she will reward me if I take a good care of you and her mother. Get it?" Air tin di tangan Anis Nabilah dicengkam kuat sehingga hampir kemik. Terasa mahu simbah air tersebut ke arah Farez Edrin. Giginya diketap kuat apabila melihat wajah Farez Edrin yang masih selamba tersenyum sinis. Rasa seperti dirinya dipermainkan.

"Kau buat ni sebab budak tu suruh?" Farez Edrin mengangguk tanpa berfikir panjang.

"Definitely." 

"Mana dia pergi?" Soal Anis Nabilah dengan wajah serius. Farez Edrin menghela nafas. Masih kekal dengan sikap selambanya itu.

"None of your business."

"Hei, dia tu adik ipar aku kau tahu tak? Aku berhak tahu dia pergi mana. Adik kau mana? Kenapa dia pun takde? Mana mereka berdua pergi?"

"They absolutely never need your permission to go anywhere. So just sit here silently. I'll take care of you."

"Aku tak perlukan kau pun. Aku boleh jaga diri sendiri! Kau dah boleh balik. Biar aku je yang jaga mak mertua aku. Kau bukan siapa-siapa!"

"Are you deaf? Azalea told me to do that. I don't really care about you." Air tin yang dari tadi dipegang Anis Nabilah diletak kuat di atas meja. 

***




Image result for emma stone sad

BUM! Pintu pejabat itu ditendang kuat dari luar. Hariz dicampak kasar ke dalam pejabat tersebut membuatkan Azalea Zahra dan Rahman tersentak melihatnya. Tubuh Hariz yang seperti baru sahaja dibelasah teruk dengan lebam di wajah dan hidung yang penuh dengan darah itu diperhati lama. Rahman melepaskan rambut Azalea Zahra lalu meluru mendapatkan Hariz. Azalea Zahra yang mula terasa bebas menyandarkan tubuh pada dinding. Pakaiannya yang telah terbelah itu ditutup menggunakan kedua-dua belah tangannya. Tercungap-cungap nafasnya melayan rasa cemas yang ditahan dari tadi.

"Hariz, kau okay ke?" Soal Rahman dengan perasaan cemas melihat Hariz seolah-olah separuh mati. Bebola mata Hariz melirik ke arah Rahman.

"Ayah." Tergamam Azalea Zahra mendengar panggilan Hariz kepada Rahman. 

"Jadi kau memang dah plan semua ni, ya?" 

Terbit satu suara yang amat familiar bagi Azalea Zahra. Bebola matanya melirik pada manusia tersebut. Aizat Farhan menghampiri tempat kejadian. Jaket kulit miliknya masih tersarung elok pada tubuh seperti sebelum ini. Riak wajah yang tenang dan selamba itu dipandang tajam oleh Rahman.

"Aku tak faham kenapa kau gigih sangat pura-pura mabuk malam tadi. Lakonan kau memang hebat sampai aku pun tak perasan," ujar Aizat Farhan dengan biji matanya tepat memandang Hariz yang kini dalam kesakitan. 

"Apa kau dah buat pada anak aku?!" Bentak Rahman dengan biji mata terbeliak. Namun, tidak mampu menggerunkan hati jantan Aizat Farhan yang hanya bersahaja.

"Kau dah sentuh Zahra. Kau fikir aku akan duduk diam?" 

Azalea Zahra terdiam kaku memerhati mereka. Tidak berani bersuara walau sesaat pun. Wajah Hariz dipandang sekilas. Patutlah wajahnya ada iras Hafiz. Mereka adik beradik. Tubuhnya masih tidak kuat kerana tenaganya sudah diragut separuh oleh kekuatan Rahman sebentar tadi. Dibiarkan posisinya dalam keadaan terduduk dan bersandar di dinding. Namun, matanya ternampak sesuatu di atas lantai, di mana berhampiran dengan tempat dia duduk sekarang. Keningnya dikerutkan  dan mata dikecilkan bagi melihat objek itu dengan jelas. Tanpa membuang masa, Azalea Zahra mencapai objek itu dari lantai lalu memerhatinya lama. 


**Flashback**
Masa: Waktu petang
Tempat: Hospital

Kelibat Azalea Zahra dan Aizat Farhan yang pergi meninggalkan ruang bilik pesakit itu dipandang sehingga hilang. Doktor Muiz mengepal genggaman tangan lalu mengetap keras giginya. Sungguh rasa terkejutnya masih belum hilang sejak tadi. Tidak lama selepas itu, tangannya menyeluk poket baju seragam doktor, mendapatkan telefon bimbit. Suatu nombor didail dengan tangkas untuk menyampaikan maklumat yang teramat penting pada seseorang.

'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi' Mendengar respon yang diterima membuatkan Dr. Muiz resah. Namun, dia tiada pilihan lain. Dia harus beritahu orang itu akan kedatangan manusia yang tidak diundang. Nombor yang lain pula dipanggil. Dr. Muiz meletakkan telefon bimbit pada telinga, menunggu respon seterusnya. 

"Hello, doktor?" 

"Hariz!"

"Kenapa ni?" Soal Hariz yang mula berasa aneh doktor tersebut menghubunginya.

"Mana bapa kau? Aku nak bercakap dengan dia sekejap." Hariz mencebik dengan kasar.

"Bagitahu je aku. Nanti aku bagitahu dia," saran Hariz dengan nada mendatar. Dr. Muiz meneguk air liur sebelum bicara. Nafasnya masih tercungap-cungap menahan rasa gementar.

"Doktor? Cepat cakap! Aku tak banyak masa ni," desak Hariz apabila Dr. Muiz masih belum memberitahu tujuan sebenar beliau menghubungi Hariz.

"Aku ada rawat seorang patient ni. Dia accident. Dari semalam lagi aku rawat dia..."

"Habis tu apa kena mengena dengan hidup kita orang? Siapa patient tu?" Belum sempat Dr. Muiz menghabiskan bicara, Hariz tanpa adab memotongnya. Sekali lagi, Dr. Muiz meneguk air liur.

"Aku tak tahu siapa dia tapi dia kata dia nak cari keluarga abang dia. Dia ada tunjuk satu gambar lama, orang yang dia cari tu sebiji macam muka ayah kau." Terpana Hariz mendengar penjelasan dari doktor tersebut. 

"Jap jap. Dia adik Hafiz ke? Kenapa kau bodoh sangat? Kau sepatutnya tak perlu rawat pesakit macam tu. Biar jelah dia mati!"

"Aku... aku tak tahu pada awalnya. Aku dah rawat dia dulu sebelum tahu yang dia adik lelaki tu. Aku bagi dia alamat tempat kauorang. Dia pun ada tanya pasal suatu hotel. Aku rasa yang dia nak menetap kat situ malam ni." Hariz mengeluh sedikit berat. Bibirnya digigit sedikit, berfikir apa yang dia perlu lakukan sekarang.

"Okay. Tak apa. Kau buat benda yang betul. Biar aku je yang selesaikan dia. Boleh bagitahu aku hotel yang mana?"


**Flashback end**

"Farhan, aku takut. Jom kita balik," kata Azalea Zahra perlahan. 

Aizat Farhan menoleh kepala ke arah gadis tersebut. Entah bila masa Azalea Zahra sudah berdiri tegak di sebelahnya dengan kedua-dua belah tangan masih lagi cuba menutup bajunya yang sudah terkoyak. Tanpa membuang masa, lelaki tersebut membuka jaket kulit yang dipakainya dari tadi lalu dihulurkan pada Azalea Zahra. Azalea Zahra menyambut huluran itu dan menyarung tubuhnya. Jaket besar lengan panjang itu mampu mengurangkan rasa 'seksi' baginya, lantas keluhan berat muncul dari nafas gadis tersebut. Aizat Farhan kini hanya bersinglet, menampakkan lengan sasa yang berotot.

"Saya bersyukur sebab saya bukan anak pakcik." Ayat yang keluar dari mulut Azalea Zahra tanpa diduga itu membuatkan Aizat Farhan, Rahman dan Hariz  juga tergamam seketika.

"Saya bersyukur, pakcik bercerai dengan mak suatu ketika dulu. Mak buat pilihan yang baik untuk tinggalkan pakcik. Pakcik tak layak dengan perempuan baik macam mak." Tergelak besar Rahman mendengar luahan hati Azalea Zahra pada saat itu. 

"Kau ingat aku nak sangat dengan mak kau?" Aizat Farhan memandang tajam mata Rahman dengan mata helangnya. 

"Hei, orang tua. Sekarang kau jawab soalan aku. Kau ke yang bunuh Hafiz?" 
***

"Apa? Jaga budak?" Soal Puan Aminah sebelum menghirup air teh di hadapannya. Amir Hamzah hanya tersenyum kelat lalu mengangguk perlahan.

"Budak tu anak kawan kau yang mana satu ni?" 

"Hazirah. Mama kenal, bukan?" Puan Aminah tergamam mendengar nama itu. 

"Dia bukan bekas isteri Hafiz tu ke? Macam mana boleh beranak tiba-tiba pula?"

"Tak, ma. Amir pun tak faham kenapa dan apa yang berlaku. Tapi tu bukan anak dia."

"Habis tu anak siapa? Eh, mama taknak la jaga budak yang mama tak tahu pun anak siapa. Takut apa-apa nanti mama yang kena bertanggungjawab." Amir Hamzah mengeluh setelah menerima jawapan dari Puan Aminah.

"Tapi ma, Hazirah betul-betul perlukan pertolongan. Esok sekolah dah nak mula. Kesian la tengok dia. Nampak macam orang bermasalah betul," kata Amir Hamzah separuh merayu. Namun, kata-kata dari lelaki itu disambut dengan penolakan.

"Mama taknak. Tak ada hujan, tak ada ribut tiba-tiba nak suruh mama jagakan budak tu. Siapa budak tu pun kau sendiri tak tahu. Kau tahu ke kalau-kalau budak tu anak luar nikah?" Tergamam Amir Hamzah mendengarnya. Teringat pula pada seseorang yang kehilangan anak baru-baru ini. Anis Nabilah. Tapi dengar khabar, anak dia sudah meninggal. Amir Hamzah menggeleng-geleng kepalanya. Tak, tak mungkin itu anak Anis Nabilah. Hazirah dan Anis Nabilah takkan bersatu walau apa jua keadaan. Lagi pun tak mungkin bayi yang sudah mati boleh hidup semula. Amir Hamzah mengeluh perlahan.

"Tak apalah, mama. Amir tak boleh nak paksa," jawab Amir Hamzah perlahan lalu terus berlalu dari situ. Puan Aminah hanya memerhati anak lelakinya.

Mira yang dari tadi mendengar perbualan Amir Hamzah dan Puan Aminah itu mula rasa aneh. Kenapa nama Cikgu Hazirah disebut-sebut? Matanya tertumpu pada televisyen yang menayangkan drama cinta. Malas mahu ambil tahu soal masalah orang tua. Tanpa diduga, telefon bimbit miliknya berbunyi menandakan panggilan masuk. Telefon bimbit tersebut dicapai lalu panggilan itu dijawab serta-merta.

"Hello, Zayn?"

"Mira..."

"Kenapa ni, Zayn? Kau okay ke? Kalau ada masalah, berilah tahu aku," pelawa Mira dengan lembut, seolah-olah dia dan Zayn tidak pernah bermusuh. 

"Mira. Aku nak minta maaf untuk semua yang aku dah buat pada kau." Tergamam Mira seketika. Nafasnya dihela perlahan.

"Zayn, aku dah lama maafkan kau. Aku faham kau baru je kehilangan ayah kau. Lagi pun tak elok kita bermusuh selalu," jawab Mira, menyusun ayatnya dengan rapi. Untuk apa mengungkit kejadian lama? Elok dilupakan sahaja kejadian dulu.

"Aku bukan apa. Aku terasa kosong tanpa ayah aku." Air mata Zayn mengalir untuk kali ke berapa pun dia tidak tahu. Mira hanya mendiamkan diri, menunggu kata-kata dari Zayn yang seterusnya.

"Selama ni aku bangga dengan ayah aku. Aku sombong dengan orang lain. Tapi bila dia tiada, baru aku tahu yang aku ni tak ada apa-apa."

"Zayn, kau jangan cakap macam tu. Esok dah mula sekolah, bukan? Kita jumpa kat sana, ya?"

"Aku mungkin tak dapat datang. Aku masih belum sedia nak hadap semua orang. Aku harap kau faham, Mira."

"Okay, aku faham. Kalau kau rasa kau dah bersedia, kau datanglah."

"Ya. Terima kasih, Mira." Panggilan mereka ditamatkan dengan serta-merta. Mira merenung telefon bimbitnya lalu senyuman manis terbit di bibir.

****

Image result for zac efron movies

Azalea Zahra dan Aizat Farhan berjalan bersama tanpa hala tuju. Pemakaian mereka masih sama seperti tadi. Azalea Zahra berjaket besar, manakala Aizat Farhan kelihatan seksi dengan hanya mengenakan singlet. Semua ini gara-gara perempuan gila di sebelahnya itu. 

"Kenapa kita lepaskan orang tua tu? Dah terang-terang dia yang bunuh abang Hafiz. Kenapa kau tak bagi aku report polis??" Ujar Azalea Zahra dengan mata dijengilkan pada Aizat Farhan. Jejaka tersebut hanya diam menahan rasa.

"Hish, sumpah aku takut gila masa dia koyakkan baju aku tadi. Rasa macam aku dah nak kena rogol dengan orang tua tu. Aku geli kau tahu tak? Dia ingat aku ni apa? Perempuan kotor? Pelacur? Yang senang-senang dia nak sentuh!" Sambung Azalea Zahra lagi dengan penuh perasaan. Rasa mahu ditumbuk-tumbuk muka Rahman sehingga pecah. Malangnya, gadis ini hanya mampu berbicara di sebalik tabir sahaja. Di hadapan orang tua itu hanya terdiam seribu bahasa. Azalea Zahra melirikkan matanya ke arah jejaka di sebelahnya.

"Eh, kau ni dengar ke tidak? Dari tadi asyik aku je cakap seorang diri macam orang gila! Eh, kau tahu tak tadi dia kata dia nak rogol aku. Kau ni takde perasaan betul lah," bebel Azalea Zahra lagi setelah tiada respon dari Aizat Farhan. Tidak semena-mena, langkah lelaki tersebut terhenti membuatkan Azalea Zahra juga berhenti berjalan.

"Kenapa berhenti? Kita kena cari baju."

"Boleh tak kau diam sekejap?"

"Mana boleh diam. Dia hampir rogol aku kau tahu tak?"

"Semua ni salah kau! Kau punca semua ni!" Bentak Aizat Farhan, menunjukkan wajah bengis miliknya.

"Kenapa pula salah aku? Salah aku sebab cantik sangat sampai dia rasa nak sentuh aku. Macam tu?"

"Siapa yang suruh kau masuk pejabat dia tanpa kebenaran aku?" Soal Aizat Farhan. Kali ini dia harus bertegas dengan perempuan itu. Azalea Zahra terpana seketika lalu berfikir apa yang harus dijawab untuk soalan lelaki tersebut.

"Hariz tu yang nak bawa aku ke tempat tu. Bukan aku yang nak."

"Kau jangan tipu boleh? Apa yang kau dah cakap kat dia sampai dia nak bawa kau?"

"Aku cakap yang aku nak kerja situ. Tapi mana ada! Itu cuma taktik je sebab nak masuk dalam tempat tu. Kau ingat senang ke?" Tanpa diduga, dagu milik Azalea Zahra dicengkam kuat oleh lelaki tersebut. Terperanjat dia diperlaku seperti itu. Wajahnya dipaksa angkat menatap mata bengis milik Aizat Farhan.

"Kau ni memang tak ada otak ke? Muka cantik tapi tak ada otak pun tak guna kau faham tak? Aku dah suruh kau tunggu situ, kan? Kenapa kau degil? Kau tengok apa yang kau sendiri dah buat?! Kau menyusahkan semua orang!!" Kali ini, wajah bengis itu mampu menakutkan Azalea Zahra. Sama seperti apa yang berlaku sewaktu mereka pertama kali berjumpa. Menggigil badan gadis itu menahan rasa sakit apabila dagu dicengkam sebegitu. Sejurus itu, Aizat Farhan melepaskan cengkamannya. 

"Maaf. Aku tak bermaksud nak sakitkan kau. Tapi memang betul. Punca sebenar masalah ni adalah kau. Kalau kau dengar cakap aku benda ni takkan jadi," tegas Aizat Farhan dengan nada mendatar. Nafas Azalea Zahra tercungap-cungap menahan sentapan tadi. Tangannya terus mendapatkan dagu lembut miliknya. Masih terasa kebas akibat dicengkam begitu kuat.

"Okay. Aku minta maaf sebab dah menyusahkan kau. Memang dari awal lagi aku menyusahkan kau. Semua salah aku. Kau takkan ada kat sini kalau bukan sebab aku yang mengada-ngada nak jumpa dia." 

"Sebenarnya aku bukan nak kau minta maaf. Cuma lain kali boleh tak kau tolong dengar cakap aku. Please. Itu je yang aku nak. Kalau tadi aku tak datang, mungkin kau dah kena dengan dia orang. Kau tahu tak aku risau pasal kau?" Terang Aizat Farhan, ikhlas dari hati. Bebola mata Azalea Zahra melirik pada lelaki sasa tersebut. 

"Kau tahu tak aku sayang kau? Aku tak boleh biarkan orang lain cederakan kau. Jadi kau pun kena jaga diri kau. Boleh tolong aku lepas ni?" Kata-kata yang keluar dari mulut Aizat Farhan itu hampir menggugurkan jantung Azalea Zahra. Mata mereka berdua bertentangan saat itu. Manusia yang lalu lalang di lokasi tersebut tidak diendahkan. Azalea Zahra merenung dalam-dalam mata milik Aizat Farhan. Tidak lama selepas itu, bibirnya mengukir senyuman manis buat lelaki tersebut. Melihat senyuman manis gadis pujaannya membuatkan wajah Aizat Farhan merah tersipu malu.

"Farhan, aku nampak muka aku dalam mata kau. Hahahaha!" Ujar Azalea Zahra sebelum ketawa terbahak-bahak seperti sesuatu mencuit hatinya. Aizat Farhan berkerut kening kerana aneh dengan perangai Azalea Zahra itu. Oh, dia terlupa. Gadis itu belum waras sepenuhnya. 

"Apa yang lawak sangat? Menjengkelkan!" Azalea Zahra masih tidak mampu berhenti ketawa, sehinggakan air mata terbit di hujung matanya. Bukan kerana sedih, tetapi kerana seksa menahan ketawa dari tadi tidak dapat-dapat. 

"Tunggu kau habis gelak memang buang masa. Kalau macam tu kau tinggal sini, ya? Biar aku beli baju seorang diri," kata Aizat Farhan separuh mengugut. Secara tiba-tiba, tawa Azalea Zahra terus mati.

"Eh, kau jangan nak tinggalkan aku sorang sorang. Kalau orang tua gila tu datang culik aku macam mana?" Tidak semena-mena, jari jemari Aizat Farhan dipegang lalu lelaki tersebut ditarik menuju ke pusat membeli belah yang berdekatan.

"Ah, takde! Biar aku ikut kau pergi cari baju. Kau tu bukan reti beli baju pun. Tahu pakai singlet je. Ingat seksi sangat lengan kau tu? Meh sini aku carikan baju untuk kau!" Bebel Azalea Zahra lagi, sedikit mencuit hati jantan Aizat Farhan. 

'Mujur sahaja dia tidak berapa waras. Kurang sikit rasa malu aku sebab terlalu berterus terang tadi. Aku betul-betul cinta kau, Azalea Zahra.' Aizat Farhan bermonolog dalam hati.


To be continue...












Labels:



6:41 PM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar