| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (9) - The Child
Wednesday, June 29, 2016


Image result for emma stone


Puan Hanifah tersenyum gembira apabila keluarga kecilnya sudah bersama kembali. Anak perempuan dan menantu kesayangannya. Itu sahajalah yang dia tinggal sekarang setelah kehilangan anak lelakinya. Wajah Anis Nabilah yang sangat dia rindui itu ditatap dengan senyuman manis, lebih-lebih lagi apabila matanya melirik pada perut besar milik wanita itu. Tidak lama nanti wanita itu akan menimang seorang cucu. 

"Dr. Yunus tu siapa, Anis?" Soal Puan Hanifah. 

"Doktor yang banyak tolong Anis."

"Kenapa pindah tak bagitahu mak? Kamu pindah ke mana? Kenapa tak jemput mak datang rumah baru?" Soal Puan Hanifah bertubi-tubi. Anis Nabilah menelan air liur. Perlu ke dia jujur dengan orang tua ini tentang apa yang sudah berlaku? Untuk menjaga hati wanita tua itu, Anis Nabilah tersenyum kelat.

"Em, Anis sebenarnya nak bagitahu mak hari tu. Tapi sebab Anis sibuk asyik buat check up je, tu yang tak sempat nak telefon mak," bohong Anis Nabilah. Azalea Zahra berjalan sambil membawa dua gelas air lalu diletakkan di atas meja. Anis Nabilah hanya memerhati perempuan itu. Azalea Zahra duduk di sofa juga bersama-sama dengan mereka.

"Bila nak jemput mak datang rumah?"

"Rumah Anis tak siap lagi," bohong Anis Nabilah lagi.

"Kalau macam tu tinggal la dekat sini sementara waktu. Boleh mak jagakan Anis."

"Eh takpelah mak. Lagi pun Anis tak selalu duduk rumah pun. Anis banyak duduk di hospital je sekarang. Dr. Yunus yang jagakan." 

"Baik betul doktor tu. Mak tak sabar nak ada cucu. Mesti lepas tengok muka cucu pertama ni teringat arwah Hafiz," kata Puan Hanifah menunjukkan rasa bahagia walaupun dalam hatinya rasa sedih atas pemergian Hafiz. Anis Nabilah tersenyum manis mendengarnya.


"Jangan risau ya, mak? Anis okay je. Insha Allah anak ni baik-baik je. Anis akan jaga peninggalan Hafiz yang satu ni," ujar Anis Nabilah yang juga cuba menyembunyikan rasa sedih dalam hati. Perutnya yang besar itu diusap perlahan. Kasihan pada anak ini yang akan hidup tanpa bapa. Tanpa diduga, air matanya menitis. Azalea Zahra dan Puan Hanifah yang melihat Anis Nabilah itu mula rasa kasihan. Puan Hanifah terus memeluk Anis Nabilah lalu belakang badan wanita itu diusap perlahan. Air mata Puan Hanifah yang ditahan dari tadi jatuh jua akhirnya. Azalea Zahra yang melihat suasana itu juga turut menangis dengan perlahan. Rasa bersalah yang menggunung pada Anis Nabilah atas keterlanjuran kata semasa dalam kereta tadi. Air matanya diseka dan cuba menahan tangis namun tidak dapat juga. Pipinya terus basah dengan air mata walaupun sudah diseka sebentar tadi. Dia terasa sedih kerana ada juga manusia yang sanggup membunuh ayah kepada anak yang bakal lahir itu. Dia tak akan maafkan orang jahat itu begitu sahaja.




Farez Edrin keluar dari makmal sains lalu pintu makmal itu ditutup dengan rapat. Langkahnya dibuka menuju ke bilik rakaman CCTV yang agak jauh dari makmal sains itu. Kerusi di hadapan skrin DVR itu ditarik lantas lelaki itu melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Skrin itu dipandang lama. Menu utama sudah pun tertera di skrin.

Farez Edrin menekan butang 'log masuk' dan menaip nama pengguna dan kata laluan. Setelah berjaya log masuk, butang 'PLAYBACK' pula diklik. Lelaki itu mencari rakaman CCTV pada waktu mula-mula Azalea Zahra menjejakkan kaki ke rumahnya tempoh hari. Rakaman CCTV dalam makmal sains itu dimainkan semula. Wajah Azalea Zahra dari sudut atas makmal ditenung lama. 

"Very damn gorgeous.

Mata Farez Edrin terpandang pula pada pilihan rakaman CCTV di luar kawasan rumahnya. Farez Edrin klik pada rakaman itu untuk dimainkan semula. Matanya terbuntang melihat Aizat Farhan yang sedang menyandarkan tubuh pada kereta. Apa dia buat di situ? Sama waktu dengan kehadiran Azalea Zahra. Farez Edrin mula terfikir sesuatu. 

"So, this is how she found me out."
***

Aizat Farhan merebahkan tubuh di atas katil. Letih betul dengan aktiviti hari ini. Matanya tepat memandang siling. Terfikir pula tentang Azalea Zahra. Gadis itu ditemani oleh Farez Edrin untuk berjumpa dengan bekas isteri Hafiz. Nafasnya dihela perlahan. Rasa risau yang teramat sangat. Jika dia tak sibuk hari ni, pasti dia yang akan teman gadis itu.

"Apa yang kau menungkan tu?" Soal Alif yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik Aizat Farhan memecahkan lamunan lelaki itu.

"Eh, Alif. Bila kau sampai ni?" 

"Baru je tadi." Alif duduk di tepi katil saiz king milik Aizat Farhan itu.

"Kau ada jumpa apa-apa clue lagi tak pasal Hafiz?" Soal Aizat Farhan dengan wajah serius kerana betul-betul ingin tahu. Alif hanya menggelengkan kepala.

"Aku belum periksa betul-betul lagi badan dia tu," jawab Alif dengan jujur. Aizat Farhan mengeluh.

"Kau ni lambat betul lah."

"Kau ingat kerja dengan mayat ni boleh main suka-suka je ke? Sabarlah sikit," bantah Alif sebelum menjeling Aizat Farhan yang tak sabar-sabar itu.

"Alah, marah ke?"

"Tak marah. Cuma aku pelik. Dia kena cucuk dekat belakang badan, tapi sampai terkena jantung. Seolah-olah senjata yang pembunuh tu guna bukan calang-calang senjata."

"Maksud kau apa ni?" 

"Maksud aku..," Belum sempat Alif menerangkan pada Aizat Farhan tentang pendapatnya, telefon bimbit Aizat Farhan berdering kerana panggilan masuk. 

"Sekejap ya." Aizat Farhan mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja. Skrin telefon dipandang sebelum menjawab panggilan itu. Jelas tertera nama 'Farez Edrin' pada skrin. Aizat Farhan mula panik. Dikuatkan hati juga untuk menjawab panggilan itu.

"Hello?" Sapa Aizat Farhan terlebih dahulu. 

"Hello, my beloved brother! How are you doing?" Kata Farez Edrin di dalam talian. 

"Ada apa call aku ni?" Tanya Aizat Farhan terus tanpa membuang masa. Dia sudah masak dengan perangai abangnya itu. Dia yakin, Farez Edrin menelefonnya itu pasti ada sebab-sebab tertentu.

"Oh why? An elder brother can't call his younger sibling?"

"Kenapa ni? Baik cakap je. Cepat sikit. Aku nak cepat ni." Farez Edrin ketawa sinis mendengarnya. Entah apa yang lucu sangat pun dia tak tahu.

"I've found something, my dear," kata Farez Edrin membuatkan Aizat Farhan terpana. 

"Apa?" Aizat Farhan cuba berpura-pura tak panik. Alif yang juga berada dalam bilik itu hanya memandang Aizat Farhan yang wajahnya cemas itu.

"About Azalea. Did you help her?" Aizat Farhan menelan air liurnya. Matilah aku. Macam mana dia boleh tahu ni? Aizat Farhan teringat sesuatu yang dia terlupa lantas dahinya ditepuk. Aduh, macam mana aku boleh terlupa yang abangnya itu memasang CCTV di setiap kawasan.

"Yes. I did. Ada masalah apa?"

"How could you do that to me? But, thanks to you. Without you, I wouldn't meet the pretty girl."

"Don't you dare to touch her!! I will pay Hafiz's debt for her if you want." Aizat Farhan mula memberi amaran pada Farez Edrin. Rasa takut pada abangnya itu hilang serta-merta. Farez Edrin ketawa kecil mendengarnya.

"Nevermind. I know what I'm doing." Talian terus dimatikan. Dada Aizat Farhan turun naik cuba mengawal kemarahan. Jangan sampai abangnya sentuh Azalea Zahra. Dia harus lindungi gadis itu dari Farez Edrin. Azalea Zahra tak sama macam tikus makmal!
***


Hazirah turun dari kereta Axia bewarna merah miliknya. Wanita itu memandang sekilas hospital besar itu lalu diperhati fail peribadi milik Zayn. Butiran mengenai bapa Zayn dibaca sekali lagi untuk memastikan yang dia tidak salah tempat. Nama bapa Zayn dibaca berkali. Yunus? Macam pernah dengar nama itu. Walau apa pun yang terjadi, dia mesti jumpa ayah Zayn. Apa yang budak tu dah buat pada Mira memang sudah keterlaluan. Hazirah terus berjalan masuk ke dalam hospital dan menuju ke kaunter pertanyaan.

"Boleh saya bantu, puan?"

"Saya nak jumpa dengan Dr. Yunus. Dia free tak?"

"Maaf. Doktor ada temujanji dengan pesakit sekarang. Selepas ni baru dia free. Puan tunggu sekejap boleh?" Hazirah hanya mengangguk dan mengambil tempat di kerusi menunggu. Fail peribadi Zayn itu dipegang erat. Sejurus itu, telefon bimbit wanita itu berdering lantas panggilan itu terus dijawab.

"Hello, siapa ni?" Soal Hazirah sebaik sahaja melihat nombor yang tidak dikenali memanggilnya.

"Hello, ni cikgu Hazirah kan?" Soal seseorang yang tidak diketahui. Hazirah mengerutkan keningnya.

"Ya, saya. Ada hal apa ya?" 

"Ini saya, Zayn." Hazirah terkejut mendengar nama itu. Kenapa budak ni telefon aku?

"Kenapa telefon ni?"

"Cikgu ada kat mana sekarang?"

"Kenapa cikgu kena bagitahu kamu pula?" 

"Saya tumpang kereta Kak Anis semalam. Dia orang ada sebut nama cikgu," beritahu Zayn. Hazirah tersentak mendengarnya. Anis Nabilah bercakap tentang dia pada Azalea Zahra ke?

"Apa? Diaorang cakap pasal apa?"

"Kalau cikgu betul-betul nak tahu, saya boleh bagi cikgu rakaman suara. Tapi cikgu kena batalkan niat cikgu untuk report pada ayah saya."

"Hei, kamu ingat cikgu ni apa?" Lantas panggilan itu Hazirah putuskan. Malas nak layan karenah budak-budak. Dia tetap seorang guru pada pelajar itu dan dia tak akan terpedaya pada anak murid sendiri. Berani betul dia main-main dengan aku. Hazirah terkejut melihat sekujur tubuh wanita yang baru sahaja keluar dari bilik pemeriksaan. Wanita itu mendekati Hazirah dengan keningnya masih berkerut.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Anis Nabilah pada Hazirah di kerusi menunggu.

"Kenapa aku perlu bagitahu kau?" Tanya Hazirah kembali.

"Kau intip aku ke?" Tuduh Anis Nabilah. Panas telinga Hazirah mendengarnya.

"Kau jangan nak perasan boleh? Buat apa aku nak intip budak macam kau?" 

"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat? Kau tu dah lama sakit hati dengan aku sebab bagi kau aku rampas Hafiz, kan?" Kata Anis Nabilah terlalu melulu. Hazirah tergelak kecil mendengarnya.

"Eh, kau ingat aku hadap dengan suami kau tu? Satu lagi, yang kau nak sebut-sebut nama orang dah mati ni kenapa?" 

"Suka hati aku lah. Dia suami aku. Kau mesti suka kan bila dapat tahu dia dah mati? Itu yang kau nak selama ni, kan?" 

"Aku dengan Hafiz tak ada kena mengena pun. Macam mana pula dengan kau? Kau sedih ke suami kau tu dah tak ada? Mesti tak, kan? Boleh kau korek semua harta dia."

"Kau jangan kurang ajar sangat. Jaga sikit mulut tu," marah Anis Nabilah apabila Hazirah menuduhnya seperti itu.

"Eh, budak. Kau patut contohi adik ipar kau. Dia cakap dengan aku pun lembut, ada adab. Dia tetap panggil kau 'akak', kan? Tapi kau? Ada kau reti nak hormat aku? Kau patut malu dengan Azalea." 

"Orang macam kau tak layak dihormati. Hati kau busuk."

"Habis kau tu baik sangat ke? Anak luar nikah macam kau ni layak dihormati ke?" Dengar sahaja perkataan dari mulut Hazirah yang membangkitkan isu sensitif itu membuatkan darah Anis Nabilah naik. Satu tamparan hinggap ke pipi wanita itu.

"Mulut longkang. Patutlah kena cerai!" Tengking Anis Nabilah yang sudah tidak kisah yang mereka berada di hospital.


"Kau sentuh aku?" Hazirah memegang lembut pipinya yang merah ditampar. Kemarahannya semakin membuak lantas tanpa berfikir, tubuh Anis Nabilah ditolak sehingga jatuh. Wanita muda mengandung tujuh bulan itu menjerit kesakitan membuatkan semua jururawat memandang mereka berdua. Hazirah mula panik dan rasa bersalah dengan apa yang dia telah lakukan.
***


Dr. Yunus keluar dari bilik pesakit VIP itu. Dia memandang Hazirah yang setia menunggu di tepi pintu bilik. Hazirah juga menoleh ke arah Dr. Yunus dengan pandangan kosong. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Dia ini ke bapa Zayn? Tak mungkin!  

"Hazirah?" panggil Dr. Yunus. Hazirah mengangkat keningnya.

"Puan Anis nak jumpa kat dalam." Hazirah tidak pula membalas kata-kata Dr. Yunus itu dan terus meluru masuk ke dalam bilik pesakit VIP. Dr. Yunus memerhati Hazirah. Terbit rasa bersalah yang menggunung terhadap wanita itu. Sungguh dia tidak sangka, dia merupakan bekas isteri Hafiz. 

Hazirah mendekati Anis Nabilah yang terbaring dengan wajah pucat. Wanita itu dipandang dengan penuh simpati. Anis Nabilah yang perasan dengan mata Hazirah itu mula berasa pelik dan tergelak sinis.

"Kau kenapa? Kesian kat aku ke? Tolonglah jangan buat muka baik. Nampak sangat palsu," kata Anis Nabilah dengan nada sedikit sinis. Riak wajah Hazirah berubah mendengar kata-kata itu lantas wajah Anis Nabilah dipandang tajam. Tiada lagi rasa simpati saat itu.

"Kau dah sakit, buat cara sakit ya? Jangan sampai aku buat anak kau gugur."

"Kau ugut aku ke? Aku tahu la kandungan kau dah lama gugur. Sudah-sudahlah dengki dengan aku," balas Anis Nabilah yang membuatkan Hazirah terbakar kembali. Hazirah cuba mengawal kemarahannya lalu dia ketawa kecil.

"Jadi kau bangga la kau boleh mengandung anak Hafiz ni sampai tujuh bulan?"

"Mestilah. Kenapa?" Kata Anis Nabilah penuh rasa bangga. Wanita di hadapannya ini pasti cemburu dengannya.

"Aku pasti, rasa bangga kau ni tahan sekejap je." Wajah Anis Nabilah mula berubah setelah mendengar ulasan Hazirah itu. Apa maksud perempuan ni?

"Kau pasti ke anak yang bakal lahir ni tak akan ada penyakit?" Soal Hazirah dengan wajah sinis. Anis Nabilah mengerutkan keningnya dengan wajah pucat.

"Apa kau merepek ni?"

"Relaks. Aku bukan nak cari gaduh. Cuma aku nak bagitahu kau, yang budak tu tahu sesuatu pasal anak."

"Budak tu?"

"Azalea Zahra." Nama gadis itu membuatkan Anis Nabilah tersentak. Apa semua ni? 

"Macam mana dia boleh tahu?"

"Mana aku tahu. Aku senyap je. Tapi aku sarankan kau, gugurkan jelah kandungan kau tu sebelum terlambat. Silap hari bulan, semuanya akan terbongkar." Anis Nabilah mula menggigil ketakutan. Dia akan kehilangan semuanya selepas ini. Bahagia yang datang setelah berkahwin  dengan Hafiz itu hanya bertahan sekejap. Hazirah menuju ke pintu bilik untuk mengangkat kaki keluar dari bilik itu.


"Jangan sampai Farez juga tahu. Ini nasihat. Bukan amaran." Hazirah mengemukakan kata-kata terakhir sebelum memboloskan diri. Anis Nabilah memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Ligat berfikir apa yang akan terjadi selepas ini. Takkan dia nak gugurkan kandungan tujuh bulan ni. Ia akan mengancam nyawanya sendiri. Ada betul juga kata-kata Hazirah tentang penyakit anak itu. Kenapa dia tak pernah terfikir sebelum ini? Sekarang dia sudah terlambat. Kepala Anis Nabilah mula rasa pening dan pandangan mula rasa kabur. Lama kelamaan, pandangannya menjadi gelap juga.

To be continue...

Labels:



7:17 PM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar