| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (13) - Doctor
Friday, July 15, 2016



"Hafiz. Kau yang bunuh dia, kan?" Soal Mikhail Iman kepada Hazirah yang masih bersandar di dinding batu itu. Wajah wanita itu dipandang tajam. 

"Kalau ya pun aku bunuh dia, kau nak buat apa? Kau nak report polis ke?" Mikhail Iman terperanjat mendengar jawapan Hazirah itu. Amir Hamzah juga tidak sangka dengan jawapan yang keluar dari mulut Hazirah. Tangannya digenggam serapat-rapatnya dan matanya tajam memandang senyuman sinis Hazirah. Dengan perlahan, Mikhail Iman mengangkat tangan dan mengusap rambut hitam milik Hazirah. Wajahnya menghampiri wajah Hazirah membuatkan wanita itu panik. Apa dia nak buat ni?

"I love you too much to do that," bisik Mikhail Iman. Dia terlalu mencintai wanita di hadapannya. Dia tidak akan biarkan Hazirah meringkup di penjara meski pun Hazirah seorang pembunuh. Hazirah ketawa besar serta-merta mendengar jawapan Mikhail Iman. Lelaki itu menjauhkan wajahnya sambil menunjukkan riak aneh apabila melihat Hazirah ketawa sebegitu rupa.

"So, I'm not that stupid to kill him too," jawab Hazirah sebelum menolak bahu Mikhail Iman supaya lelaki itu ke tepi. Rasa lemas apabila lelaki itu memerangkap laluannya dari tadi. Hazirah mencapai kembali beg tangan yang tadi dicampakkan di atas meja. Beg tangan itu digalas lalu wanita itu memandang Mikhail Iman yang terpinga-pinga.

"Hazirah," panggil Mikhail Iman. Hazirah mengangkat kening dan tersenyum manis. 

"Apa? Aku tak bunuh dia. Aku tak kisah pun pasal dia. Tapi bagi aku, orang yang gila talak macam dia memang tak sepatutnya hidup dalam dunia ni. Dah, jangan sebut nama dia depan aku. Benci tahu tak?"

"Jom, Amir. Kita pergi!" Ajak Hazirah sebelum berlalu pergi tanpa keizinan Mikhail Iman. Dia mahu keluar dari rumah Mikhail Iman yang sangat menyebalkan itu. Tanpa berkata apa-apa, Amir Hamzah mengekori langkah Hazirah ke luar rumah. Mikhail Iman hanya memerhati dari jauh kelibat Hazirah bersama Amir Hamzah menuju ke kereta untuk meninggalkan rumah itu. Tujuan dia mengajak Hazirah datang ke rumahnya hanyalah untuk luangkan masa bersama. Namun, temujanji mereka kali ini gagal kerana Aizat Farhan. Dan kini, Hazirah bukan sahaja pergi meninggalkannya malah dia pergi bersama dengan lelaki lain. Lelaki yang jauh lebih muda darinya. Rasa cemburu mula terbit dalam diri. Mata lelaki itu mula berkaca menahan rasa marah.


**Flashback**
Tarikh: 23 Ogos 2014
Tempat: Rumah

Seorang wanita bertubuh cantik duduk di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Rancangan Maharaja Lawak Mega itu langsung tidak mencuit hatinya. Remote TV dicapai dan wanita itu menukar ke siaran lain. Drama korea berjudul The Heirs disiarkan di KBS World. Nampak macam menarik. Alat kawalan itu dicampak ke tempat asal. Tubuhnya disandarkan pada sofa empuk itu sambil melayan drama tersebut.

"Hazirah!" Panggil satu suara membuatkan Hazirah memandang ke arah makhluk yang menyerunya itu. 

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal ni?" Soal jejaka itu, cuba untuk mengawal perasaan marahnya.

"Oh kau dah tahu? Baguslah. Tak perlu aku nak explain lagi," jawab Hazirah selamba. Tidak peduli dengan siapa dia bercakap.

"Enough, Hazirah! Aku dah tak tahan dengan semua ni!" Bentak lelaki itu dengan air mata yang cuba ditahan. Sungguh dia sakit hati dengan isterinya itu. Tergamak dia mengkhianati suami sendiri.

"Anak tu dah gugur dah pun. Apa yang kau nak lagi?"

"Apa yang aku nak? Apa kau cakap ni? Kau sendiri yang buat hal lepas tu kau tuding jari kat aku pula. Kenapa kau jadi macam ni, Hazirah? Apa salah aku?" Soal suami Hazirah bertubi-tubi. Hazirah mengambil alat kawalan televisyen dan butang 'off' dipicit lalu televisyen itu menjadi gelap. Hazirah bangun dari duduknya dan mendekati suaminya itu. Alat kawalan itu masih dipegang dan digenggam kuat.

"Ini semua salah kau. Kau tak bagi aku kasih sayang. Kalau kau tak selalu sibuk dengan kerja kau, tak mungkin benda-benda macam ni boleh jadi," tuduh Hazirah secara melulu. Menuding jari sepenuhnya pada Hafiz. Tapi memang betul apa yang dia katakan. Suaminya terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan isteri di rumah. Kadang-kadang suaminya itu pulang terlalu lewat tanpa memberitahu sehingga Hazirah terpaksa menunggu seperti orang bodoh. 

"Okay, baiklah. Woman always right. Semua salah aku. Aku suami dayus. Aku tak layak jadi suami. Aku tak pernah teringin nak sentuh kau. Itu yang kau nak aku cakap, bukan?" Balas suaminya dengan nada menyindir. 

"Bukan itu maksud aku,"

"Sudahlah, Hazirah. Pergilah kau cari orang lain yang boleh bagi kau kasih sayang," potong suaminya sebelum sempat Hazirah menghabiskan kata-katanya. Hazirah mula tersentap setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut suaminya sendiri. Seolah-olah suaminya sudah tidak mahu ambil kisah mengenainya.

"Malam ini, HAZIRAH BINTI JOHARY, aku ceraikan kau dengan talak satu. Aku taknak tengok muka kau lagi," 

Alat kawalan yang dipegang Hazirah itu terlepas dari tangan setelah mendengar lafaz cerai dari Hafiz. Alat kawalan yang terhempas di atas lantai itu pecah, sama seperti hati dua insan yang turut berada di situ. Air mata Hazirah menitis. Sayu hatinya kerana begitu mudah sekali Hafiz melafazkan cerai. Mata Hafiz kelihatan merah kerana air matanya ditahan dalam mata. Tidak mahu menangis kerana perempuan murahan seperti Hazirah. Suami mana tak marah jika isteri mengandung anak orang lain? 


**Flashback end**



Kesejukan pagi subuh yang tenang pada bulan Ogos itu dipecahkan dengan serak suara tangisan bayi. Bayi berjantina lelaki itu dihantar ke dalam bilik khas bayi untuk pemeriksaan penyakit kuning. Seorang wanita yang kini merupakan seorang ibu terbaring kepenatan di atas katil ward. Bayi yang selama ini dikandung sudah pun selamat dilahirkan. Namun, wanita itu masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Rasa bersyukur? Tidak. Rasa takut? Mungkin ya.  Dr. Yunus datang kembali ke ward nombor 15 itu dengan stetoskop digantung pada leher. Wajah Anis Nabilah dipandang sayu.

"Anis, kau okay ke?" Soal Dr. Yunus dengan lembut. Ubun-ubun Anis Nabilah diusap perlahan dengan menggunakan ibu jarinya.

"Bagaimana keadaan anak saya?" Soal Anis Nabilah dengan wajah pucat. Rambutnya seperti tidak terurus. Bibirnya pula kering kerana terlalu banyak kehilangan darah. Air muka Dr. Yunus kian berubah apabila mendengar soalan yang dianjurkan itu.

"Jangan risau. Anak kau baik-baik je. Tak ada apa yang kau perlu takut. Aku cuma risau pasal kau je ni."

"Saya tak okay. Jangan bagitahu sesiapa yang anak tu dah lahir. Terutamanya pada keluarga Hafiz."

"Itu mengarut, Anis. Dia orang mesti tahu punya yang anak kau dah lahir. Takkan diaorang tak boleh tahu yang kau dah beranak ke belum," terang Dr. Yunus yang membangkang idea Anis Nabilah yang tak masuk akal itu. Memang benar apa yang doktor itu kata. Mustahil perut Anis Nabilah boleh kempis begitu sahaja melainkan anak itu telah dilahirkan.

"Doktor jangan banyak bunyi boleh tak? Cakap je bayi tu dah meninggal. Tak dapat diselamatkan. Mak mertua dengan adik ipar saya tu takkan la tak percaya cakap doktor. Dia orang tu bodoh!" 

"Sudahlah, doktor. Saya dah tak tahan dengan semua ni. Buang anak tu! Jangan sampai orang tahu itu anak saya. Buang dia jauh-jauh. Anak tu cuma akan bawa sial pada hidup saya!"

Dr. Yunus menghela nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar dalam hati. Tidak tahu sejak bila Anis Nabilah berperangai seperti itu. 

"Anis, aku tahu kau trauma. Tapi bukan ini caranya. Selama ni aku bagi semua kemudahan pada kau. Semua permintaan kau, aku tunaikan. Tapi untuk ini, aku tak boleh," pujuk Dr. Yunus masih dalam nada lembut. Dia sangat faham dengan keadaan wanita itu. Sama seperti arwah ibunya, Khadijah. 

"Doktor jangan nak buat drama kat sini boleh tak? Dia bukan anak doktor pun. Saya yang lahirkan dia. Jadi saya tahu la apa yang saya nak buat. Buang dia! Saya taknak tengok muka dia. Kalau boleh, jangan bagi dia hidup." Anis Nabilah masih lagi keras kepala dan tetap dengan keputusannya. Dia tak peduli. Asalkan rahsia dia selama ini tak terbongkar. Air mata Dr. Yunus mula menitis. Tidak tahu apa lagi yang dia perlu nasihat pada Anis Nabilah. Wanita degil! Memang patut Farez Edrin marah padanya. Dr. Yunus tiada pilihan lain lagi. Walaupun berat baginya, dia terpaksa lakukan.
***



Aizat Farhan memarkir kereta Bentley miliknya dengan cermat di tempat parkir kereta hospital itu. Pintu kereta dibuka dan enjin kereta dimatikan. Aizat Farhan mengatur langkah ke arah pintu utama hospital itu dan terus ke kaunter pertanyaan. Jelas kelihatan Aida sedang sibuk mengemas fail-fail hospital di kaunter tersebut. Good timing. Bagus sangat kalau Aida yang bertugas sekarang!

"Hai, Aida!" Tegur Aizat Farhan dengan senyuman manis di bibirnya. Aida yang dari tadi sibuk mengemas, matanya melirik pula pada lelaki itu.

"Eh, Farhan! Hai," tegur Aida kembali seperti begitu teruja dapat bertemu dengan sahabatnya itu. Kerja yang dari tadi disibukkan itu ditolak ke tepi sebentar

"Kau seorang je ke jaga kaunter ni?" 

"Ha'ah. Sepatutnya berdua hari ni. Tapi kawan aku ambil cuti pula. Terpaksalah jaga seorang."

"Oh, yeke? Kalaulah kawan kau tu ada, boleh aku ngorat," gurau Aizat Farhan selamba sambil tersenyum nakal. Tiada rasa kekok langsung dengan Aida. Aida menunjukkan muka jengkel setelah mendengar kata-kata Aizat Farhan itu.

"Ish kau ni. Sejak bila pandai menggatal ni?" Aizat Farhan menghamburkan tawa, begitu juga dengan Aida.

"Aida, cuba tengok. Dulu ada tak pesakit nama Hazirah Johary?" Aizat Farhan berbalik semula pada motif utama lelaki tersebut datang ke tempat itu. Bukan untuk berfoya-foya dengan perempuan, tetapi untuk mencari maklumat mengenai Hazirah.

"Tunggu sekejap." Aizat Farhan memerhati kelibat Aida yang menekan papan kekunci komputer dengan lincah. Cekap betul dia ni. Mesti dah pakar buat kerja.

"Ada! Tapi last record tahun 2014. Tahun lepas dengan tahun ni punya tiada," jawab Aida dengan tangkas. Aizat Farhan mengangguk kepalanya berkali-kali dan berfikir sejenak. 2014 tu dia masih isteri Hafiz ke? Tak tahu pula aku.

"Hm, Aida. Kalau kau tak kisah, boleh tak bagi kat aku fail dia? Sebab ada benda yang aku kena selesaikan," minta Aizat Farhan dengan muka serius. Aida yang sudah biasa dengan Aizat Farhan itu hanya mengangguk. Dia percaya sangat pada Aizat Farhan. Lelaki ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan kerjanya. Rak fail yang berlabel 'H' itu digeledah. Fail Hazirah dicari sampai jumpa. Setelah menemukan fail yang sudah berhabuk itu, Aida menyerahkan kepada Aizat Farhan.

"Maaflah. Dah berhabuk. Dah dua tahun ada dekat rak tu," Aizat Farhan mengangguk perlahan. Sedikit habuk pada fail itu ditepis perlahan. Fail itu dibuka. Tulisan doktor yang majoritinya ramai tidak faham itu diperhati. Aizat Farhan mengeluh perlahan.

"Huh, I wish I were a doctor.

"Kenapa ni? Tak faham tulisan doktor ke?" Soal Aida apabila melihat reaksi Aizat Farhan setelah memandang tulisan itu.

"Ya. Satu apa pun tak faham," Aida ketawa kecil mendengarnya. Geli hati memerhati gelagat Aizat Farhan.

"Tak apa. Aku faham. Meh sini aku bacakan." Fail itu diserahkan semula pada Aida. Aida mula meneliti tulisan itu dan dibaca satu persatu. Wajah Aida yang dari tadi riang dan ceria, kini mula berubah apabila membaca rekod dari doktor itu. Kening Aizat Farhan berkerut melihat reaksi Aida. 

"Kenapa, Aida?"

"Aida, apa yang kamu buat ni?!" Terbit satu suara yang memeranjatkan Aida. Fail Hazirah itu segera ditutup dan diketepikan apabila susuk tubuh itu mendekati mereka berdua.

"Doktor Fuzairy, maaf. Saya cuma nak tolong kawan saya." 

"Bukan ke saya dah pesan supaya jangan bagitahu orang luar soal masalah peribadi pesakit?" Marah Dr. Fuzairy sebelum memandang muka Aizat Farhan. Doktor itu mula terpana melihat lelaki itu. Doktor tersebut mula teringat sesuatu. Ya, dia lelaki yang berjumpa dengannya bersama-sama dengan seorang perempuan. Dia bertanya soal Hafiz pada waktu itu. 

"Encik Farhan?" 

Aizat Farhan duduk di atas kerusi bertentangan dengan Dr. Fuzairy. Bilik konsultan privasi itu dipandang sekelilingnya. Dr. Fuzairy yang memakai baju seragam doktor itu sedang sibuk membelek fail Hazirah. Sesekali itu Dr. Fuzairy mengangguk sendiri dan mulutnya terkumat-kamit membacanya.  

"Dia gugurkan kandungan berusia 4 bulan," kata Dr. Fuzairy ringkas. 

"Dia ada sebarang penyakit ke waktu itu? Suami dia ada bersama ke?" Soal Aizat Farhan seperti betul-betul ingin tahu tentang Hazirah. Dia tidak peduli. Dia mesti pastikan yang Hazirah tidak menipu. 

"Dalam rekod ni, tiada penyakit. Tapi saya ada ingat serba sedikit mengenai Hazirah ni. Selama saya merawat ribuan pesakit di hospital ini, dia wanita paling keras kepala." Ya, itu semua orang sudah tahu. Hazirah dengan sikap keras kepalanya berpisah tiada. 

"Kenapa doktor cakap macam tu?" Namun, Aizat Farhan bertanya juga walaupun dia sudah tahu itu memang perangai Hazirah.

"Baiklah. Kami sebagai doktor, memang sepatutnya ada prinsip. Dan kami tak akan benarkan pesakit melakukan perkara yang bercanggah dengan hukum syariah. Menggugurkan kandungan tanpa sebab yang kukuh adalah salah sama sekali di sisi undang-undang."

"Hazirah gugurkannya tanpa sebab?" Soal Aizat Farhan. Matanya melirik pada fail rekod milik Hazirah itu. 

"Ada sebab. Tapi atas salahnya sendiri. Dia mengandung anak hasil dari hubungan dengan orang lain. Bukan dengan suaminya." Aizat Farhan mula terperanjat mendengarnya. 

"Astaghfirullahal'azim," sebut Aizat Farhan sambil memegang dadanya. Sungguh dia terkejut seorang wanita yang kini seorang guru dan pendidik, dahulu merupakan seorang wanita yang teruk seperti itu. Dia curang dengan Hafiz? Sebab itu mereka bercerai?

"Doktor tahu tak tu anak siapa?" Soala Aizat Farhan itu membuatkan Dr. Fuzairy mula tersenyum lebar sampai ke telinga. Inilah masanya untuk doktor itu mendedahkan rahsia musuh ketatnya. Sungguh dia berdendam dengan orang itu dari dulu sampai sekarang! Ini merupakan masa terbaik untuk membalas dendam. Dia akan beritahu lelaki di hadapannya ini apa yang musuhnya telah lakukan pada isteri orang suatu ketika dahulu. Jelas kelihatan api kebencian membara dalam mata Dr. Fuzairy.
***

Image result for ryan mcpartlin

Azalea Zahra terbaring di atas katil bujang empuk miliknya sambil dibuai mimpi. Sesekali gadis itu menggeliat dan bertukar posisi tidurnya. Pendingin hawa yang terpasang dalam bilik kecil itu membuatkan gadis itu selesa. Lebih-lebih lagi apabila selimut tebal bercorak vintage menutupi tubuh menyebabkan tidurnya semakin lena. 

Di sebelah katil itu terdapat meja sederhana kecil yang ada bingkai gambar di atasnya. Gambar berbingkai itu ialah potret keluarganya. Puan Hanifah, Encik Azman, Hafiz dan Azalea Zahra. Sengaja Azalea Zahra meletakkan potret itu berdekatan dengan tempat tidur. Potret itu akan menjadi objek pertama yang dia lihat setiap kali bangun dari tidur. Di sebelah bingkai gambar itu terdapat jam loceng kecil yang menunjukkan waktu jam 12 tengah malam. 

Tanpa diduga, potret keluarga tersebut dicapai oleh seseorang yang tidak tahu mana datangnya. Potret itu diperhati dan disentuh perlahan. Wajah Hafiz dalam potret itu dibelek dengan ibu jari manusia itu. Lantas, potret itu dicium halus. Azalea Zahra yang sedang tidur itu ditenung lama. 

"Aza Lea," sebut lelaki yang dari tadi sudah ada dalam bilik Azalea Zahra dengan jelas. Dari mana dia masuk bilik itu pun tidak tahu. Azalea Zahra yang terdengar seseorang memanggil namanya itu akhirnya membuka mata dengan perlahan. Matanya terbuntang kerana terkejut apabila melihat orang yang sudah mati itu sedang berdiri sambil memegang potret keluarga yang pada asalnya ditempatkan di atas meja kecil.

"ABANG HAFIZ?!"

"Azalea, tolong aku," sambung lelaki itu lagi dan tidak semena-mena, air matanya jatuh. Azalea Zahra yang masih mamai itu terpinga-pinga. Terkejut dan takutnya masih lagi bersisa membuatkan suaranya tidak dapat dikeluarkan.

"Tolong selamatkan anak aku. Selamatkan anak aku, Azalea." Potret keluarga Azalea Zahra itu akhirnya terlepas juga dari tangan lelaki yang sepatutnya sudah tiada dalam dunia ini. 

Prang! Bunyi kaca berderaian di atas lantai mula kedengaran membuatkan Azalea Zahra terjaga dari lenanya. Tubuhnya didudukkan dan matanya digosok berkali-kali. Kepalanya ditoleh ke arah potret keluarganya. Potret itu masih berbingkai dalam keadaan elok dan masih lagi berada di atas meja kecil bersebelahannya. Azalea Zahra menghela nafas berat. Kenapa aku mimpi benda-benda macam ni? Soal Azalea Zahra dalam hati. Dia yakin, mimpi yang baru sahaja bermain dalam tidurnya itu bukan hanya mainan semata-mata. Azalea Zahra membaringkan kepala di atas bantal kembali dan matanya cuba dipejamkan serapat-rapatnya.

To be continue...

Labels:



7:47 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar