| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (20) - The Brothel
Saturday, September 10, 2016



Image result for zac efron action

Kereta selamat diparkir di tempat parkir kereta. Pintu utama hotel lima bintang yang merupakan pintu sensor automatik itu terbuka sendiri apabila Aizat Farhan menghampirinya. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Sudah jam 11 malam. Kaki Aizat Farhan memijak lantai mozek dengan kasut kulit mahal miliknya. Mata-mata pekerja dan pelanggan hotel yang berada di lobi itu masing-masing tidak mampu dijaga. Semuanya membuang pandangan pada lelaki kacak tersebut. 

Tanpa menghiraukan mata-mata liar, Aizat Farhan terus menuju ke lif untuk ke bilik. Butang nombor 8 ditekan menandakan aras 8 adalah destinasinya. Pintu lif bersedia untuk tutup dengan sendiri. Tidak semena-mena, pintu lif terbuka semula. Seorang lelaki masuk ke dalam lif dalam keadaan terhuyung-hayang. Aizat Farhan hanya memerhati lelaki mabuk itu. Lantas, matanya berkerut apabila lelaki itu membalas pandangannya.

"Kau tengok apa?!" Soal lelaki mabuk tersebut. Aizat Farhan mengalihkan pandangan. Ingin menjawab, dia tahu tiada guna kerana orang itu sedang mabuk. Tanpa diduga, jejaka mabuk itu muntah di dalam lif. Terpana Aizat Farhan melihatnya lalu menghampiri lelaki itu.

"Kau okay ke??" Aizat Farhan mula rasa tidak senang. Jejaka itu hanya diam sambil menggosok-gosok dada sendiri. Matanya masih lagi seperti orang mabuk.

"Bilik kau kat mana? Mari aku hantarkan," pelawa Aizat Farhan. 

"Aras 8, nombor 20." Mata Aizat Farhan terbuntang. Itu merupakan bilik berdekatan dengannya. 

Akhirnya, lif terbuka saat berada di tingkat 8. Tubuh lelaki mabuk itu dipapah perlahan-lahan. Muntah di lantai lif itu dibiarkan begitu sahaja kerana tiada pilihan lain. Dengan berhati-hati, Aizat Farhan membawa lelaki itu di hadapan bilik yang disebut tadi. 

"Minum banyak sangat ni. Itu pasal jadi macam ni." Tanpa menghiraukan kata-kata Aizat Farhan, lelaki tersebut terus meluru masuk ke dalam bilik. Dengan serta-merta, bunyi orang muntah bergema di telinga Aizat Farhan. Lantas lelaki kacak itu menggelengkan kepalanya. Kasihan pun ada juga. 

Kakinya diteruskan menuju ke biliknya. Apabila melangkah di hadapan bilik nombor 21, Aizat Farhan berpaling ke arah pintu tersebut. Goodnight, Zahra. Ucap Aizat Farhan dalam hati. Tentu gadis itu keletihan dan sudah tidur awal. Aizat Farhan terus menuju ke bilik sebelah, nombor 22. Pintu bilik tersebut dibuka. Aizat Farhan menanggalkan kasutnya lalu meletakkannya di atas rak kasut yang berada dalam bilik. 

"Hai sayang!" Mata Aizat Farhan terbuntang melihat tubuh itu berada di atas katil biliknya. Gadis cantik yang berbaju tidur kelawar itu sedang menongkat dagu di atas katil sambil tersenyum nakal.

"Woi, Zahra! Apa kau buat kat sini?!" Tengking Aizat Farhan kerana terkejut. Terasa mahu gugur jantungnya melihat Azalea Zahra menyelak rambut sendiri ke belakang seolah-olah mahu menggoda lelaki itu.

"Kenapa? Kita tak tidur sebilik ke?" Jejaka itu mencengkam rambutnya. Serabut! Tanpa membuang masa, tangan Azalea Zahra ditarik kasar, memaksa gadis itu bangun dari katil. Tubuh perempuan itu diheret keluar dari bilik.

"Eh, apa ni? Kenapa main heret-heret orang ni?!" Azalea Zahra cuba melepaskan tangan Aizat Farhan yang kuat menarik tangannya. Setelah berjaya mengheret gadis itu keluar, Aizat Farhan menghela nafas berat.

"Kau ni memang gila ke apa?!" Soal Aizat Farhan yang sudah tentu dalam keadaan marah saat itu. Wajah bengis lelaki itu dipandang tanpa perasaan. Langsung tiada rasa takut seperti sebelum ini.

"Kalau aku gila pun kenapa kau heret aku keluar macam tu sekali??" Azalea Zahra melawan. 

"Aku taknak kena tangkap basah dengan perempuan gila macam kau. Bilik kau sepatutnya kat sebelah. Ini bilik aku!" Tempelak Aizat Farhan, namun tidak mampu membuat Azalea Zahra takut. Gadis itu menjengil biji mata ke arah Aizat Farhan.

"Eleh buat-buat jual mahal pula. Kalau kena tangkap basah pun paling teruk kau kena kahwin dengan aku. Takkan kau tak rela nak kahwin dengan perempuan cantik macam aku?"

"Kau ingat ni drama ke, bodoh? Kalau boleh aku nak kahwin dengan cara baik. Bukan dengan cara ni. Faham? PERGI BALIK BILIK KAU!!!" Halau Aizat Farhan serta-merta membuatkan Azalea Zahra meluat. Pintu bilik nombor 22 itu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Azalea Zahra dibiarkan di luar bilik. Aizat Farhan menyandarkan tubuhnya pada pintu utama itu. Dada bidangnya diusap berkali-kali. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.

"Sampai hati kau reject aku!

***
Hazirah cuba memejamkan matanya dari tadi. Namun, hampa. Wanita itu langsung tidak mampu untuk tidur saat itu. Semalaman dia tidak boleh tidur memikir soal masalah yang dia hadapi. Pada siang hari juga tidak mampu tidur. Esok waktu persekolahan akan bermula. Wanita itu masih tidak dapat cari pengasuh sementara bayi tersebut. Hazirah menurunkan kaki mencecah lantai lalu bangun dari katil saiz king miliknya. 

Perlahan-lahan wanita itu berjalan ke luar bilik. Afiq yang sedang tidur lena dalam buaian itu dipandang sekilas. Eloklah dia tidur. Harap-harap tidak terjaga. Langkahnya diteruskan menuju ke dapur lantas mencapai satu gelas kosong. Gelas kosong itu diisi dengan air sejuk lalu diteguk dengan rakus. Sejurus itu, Hazirah berasa sedikit lega. Namun, rasa leganya tidak lama. Afiq tanpa diduga terjaga dari tidur lalu merengek seolah-olah menyeru Hazirah untuk mengambilnya dari buaian. Hazirah mengeluh. Baru dia tahu menjadi seorang ibu ini bukannya senang. Dengan segera, Hazirah mendukung Afiq supaya berhenti merengek. Belakang badan anak kecil itu ditepuk lembut. Mujur sahaja Afiq berhenti menangis.

Setelah selesai masalah mengenai anak itu, datang pula satu malapetaka.
Tidak semena-mena, pintu rumahnya diketuk pula oleh seseorang dari luar. Hazirah menghela nafas berat. Afiq yang didukungnya dipeluk erat. Siapa yang datang? Perlahan-lahan langkahnya dibuka menghampiri pintu utama rumah. Tombol pintu dipulas. Terlopong Hazirah melihat gerangan yang datang. 

Image result for emma stone

Alamat yang diberikan oleh doktor atas sekeping kertas itu dipandang dan dibaca berkali-kali. Mengharapkan yang mereka tidak salah tempat. Aizat Farhan menoleh ke arah Azalea Zahra. Terasa ingin bertinju dengan gadis tersebut yang dari tadi sibuk membuka kamera hadapan telefon bimbit untuk mengambil selfie. Azalea Zahra memanjangkan tangannya yang memegang telefon bimbit lalu membetulkan rambutnya supaya tampak kemas dalam gambar. Lantas bibirnya dimuncungkan.

"Hei, kau ni takkan baru terhantuk dekat dashboard kereta terus sewel? Kalau aku hentak kepala kau guna batu ni rasanya dah boleh masuk hospital bahagia."

"Eh engkau ni tahu membebel je dari tadi. Cepat senyum, aku nak ambil gambar ni," kata Azalea Zahra sebelum membuat 'peace' pada jarinya. Aizat Farhan menjeling gadis itu. 

"Sekarang bukan masa nak main-main tau. Ingat balik apa objektif kita datang sini." Aizat Farhan tetap tegas membuatkan Azalea Zahra mencebik. Telefon bimbitnya disimpan dalam beg tangan.

"Puas hati? Sekarang apa kita nak buat??" Aizat Farhan memerhati rumah pelacuran yang berada di hadapannya itu.

"Besar juga tempat ni. Aku tak tahu macam mana nak masuk ke pejabat dia," kata Aizat Farhan sambil berfikir apa yang patut dia lakukan.

"Eh jap. Bukan kau ada kuasa veto ke? Dulu bukan main lagi. Sebut je apa yang kau nak, dah ramai orang tolong. Takkan sekarang terus jadi lembik kot?" Azalea Zahra memandang lelaki itu dengan pandangan sinis.

"Zahra, itu dekat KL. Sini Melaka. Tak ada orang kenal aku kat sini," jawab Aizat Farhan. Azalea Zahra mengangguk beberapa kali yang mungkin. 

"Okay, kau tunggu sini sekejap. Jangan ke mana-mana. Faham?" Pesan Aizat Farhan dengan tegas pada Azalea Zahra. Kening gadis itu berkerut.

"Kau nak pergi mana?"

"Ada lah. Kau tunggu sini." 

Azalea Zahra memerhati tubuh sasa itu berlalu pergi. Gadis itu menghela nafas berat. Tanpa diduga, seseorang menyentuh bahu Azalea Zahra dari belakang secara sentap membuatkan gadis itu terperanjat. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan agak terpana melihat gerangan yang berada di belakangnya.

"Hi, pretty." Azalea Zahra tersenyum sedikit kelat. 

"Hai. Kenapa awak ada di sini? Kebetulan ke?" Lelaki yang tidak dia kenali itu tersenyum manis memandangnya.


**Flashback**
Tempat: Hotel
Masa: 11 malam

Pintu yang dihempas kuat dari dalam itu dipandang lama. Azalea Zahra yang masih berdiri tegak di hadapan pintu memuncungkan bibir. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke paras dada.

"Sampai hati kau reject aku!" Azalea Zahra mula bermonolog sendiri apabila Aizat Farhan menghalaunya keluar dari bilik. Matanya digosok-gosok perlahan kerana menahan rasa mengantuk. 

Tidak semena-mena, gadis itu terasa dirinya seolah-olah diperhati oleh seseorang. Air liurnya diteguk berat. Bebola matanya melirik ke sebelah kanan lantas kepala ditoleh ke belakang. Matanya terbuntang melihat seorang lelaki yang dia langsung tidak tahu siapa. 

"Hai," tegur lelaki itu secara tiba-tiba. Azalea Zahra mula rasa cemas. Pintu yang berlabel nombor 22 itu dipandang sekilas. Mahu panggil Aizat Farhan? 

"Jangan takut. Saya cuma sesat. Boleh tahu kafe di tingkat berapa?" Mendengar sahaja soalan itu, Azalea Zahra kembali memandang lelaki itu. Tubuh itu dipandang dari atas ke bawah. Wajah itu diamati sedalam-dalamnya. Wajahnya mirip seseorang. Ujar Azalea Zahra dalam hati.

"Em, kafe? Tingkat empat. Hujung sekali, belah kanan," jawab Azalea Zahra dengan jelas. Lelaki tersebut mengangguk kepala berkali-kali tanda mesej yang disampaikan oleh gadis itu difahami sepenuhnya.

"Terima kasih. Kalau awak tak ada kat sini, saya tak tahu nak cari di mana. Bye, selamat malam."

"Okay. Selamat malam."

Tubuh yang berlalu pergi ke arah lif itu dipandang sepi. Buat apa pergi kafe jam 11 malam? Azalea Zahra tertanya-tanya dalam fikiran. Tanpa membuang masa, gadis itu meluru masuk ke dalam bilik bersebelahan dengan bilik Aizat Farhan. Mahu berehat secukup-cukupnya. Esok dia harus bertemu dengan keluarga abang Hafiz. Semoga urusannya dipermudahkan.
**Flashback end**

Lelaki tersebut ketawa kecil mendengar kata-kata dari Azalea Zahra itu.

"Kebetulan? Saya tak sangka awak akan datang di tempat macam ni," ujar lelaki tersebut. 

Azalea Zahra mula mendapat satu idea untuk masuk ke dalam pejabat rumah pelacuran itu. Senyuman sinis mula terbit di bibir. Kali ini dia akan buktikan yang dia lebih hebat dan pantas dari Aizat Farhan. Dia akan buktikan yang dia boleh lakukan tanpa bantuan lelaki bengis itu. 

"Saya datang nak kerja sini." Mendengar pengakuan dari Azalea Zahra itu membuatkan senyuman lelaki tersebut mati. Kali ini, tubuh Azalea Zahra pula diperhati dari atas hingga bawah. Gadis itu hanya tersenyum riang seolah-olah tiada apa yang berlaku. 

"Betul ke awak nak kerja sini?" Azalea Zahra mengangguk berkali-kali.

"Saya boleh bawa awak jumpa pengarah." Senyuman terbit kembali di bibir lelaki tersebut. Hati Azalea Zahra mula berbunga-bunga. Yes! Dia berjaya.

"Betul ni?! Awak ni siapa?" Soal Azalea Zahra dengan nada teruja yang berlebih-lebihan. 

"Saya pengurus di sini. Nama saya Hariz. Sebab tu saya betul-betul tak sangka yang awak akan datang tempat ni. Mari ikut saya," jemput lelaki yang bernama Hariz itu dengan ramah sekali. Azalea Zahra hanya akur dan mengekori langkah lelaki tersebut.
***

Image result for anne hathaway

"Hazirah, jomlah kita pergi memanah. Dah lama kau tak join aku," ajak Amir Hamzah sebelum menghirup air teh buatan Hazirah khas untuknya. 

"Tak boleh kot. Aku sibuk. Tak ada siapa nak jaga budak tu kalau aku tak ada." Bebola mata Amir Hamzah melirik pada Afiq yang sedang tidur dalam buaian. 

"Kawan kau pergi mana? Kenapa tinggalkan budak ni dengan kau?" Hazirah meneguk air liurnya. Dia harus cari jalan untuk berbohong. Jangan sampai ada sebarang kecurigaan pun yang timbul dari Amir Hamzah.

"Susah aku nak terangkan. Kalau aku free nanti aku cerita. Buat masa ni kau kena tolong aku cari pengasuh."

"Aku bersimpati dengan apa yang berlaku," ujar Amir Hamzah membuatkan Hazirah mengangkat kepala memandang tepat ke arah lelaki tersebut.

"Jangan simpati je. Tolong budak ni. Esok sekolah dah nak buka. Aku tak tahu nak minta tolong siapa untuk jaga dia. Nak hantar pergi taska pun takut sebab dia ni kecil lagi. Sensitif dengan persekitaran."

"Nanti aku cuba tanya mak aku. Manalah tahu dia berminat nak jaga budak kecil. Kalau ada apa-apa nanti aku whatsapp kau. Okay?" Cadang Amir Hamzah, cuba mengkhabarkan berita gembira buat Hazirah yang seperti mengalami masalah besar itu.

"Kenapa nak kena susahkan mak kau pula?"

"Habis tu? Kalau dah tiada pilihan lain, apa boleh buat? Itu pun belum tentu mak aku nak jaga lagi. Kalau tak, terpaksa kau hantar taska." Terdiam Hazirah mendengarnya.  

"Hm entahlah. Aku tak tahu kenapa aku yang kena tanggung semua ni," rungut Hazirah dengan wajah meluat. Tekanan dengan apa yang berlaku.

"Apa yang dah berlaku, Hazirah. Boleh tak cerita dekat aku? Mana tahu aku boleh selesaikan masalah ni." Sejurus itu, mata Hazirah terbeliak lalu menerkam biji mata Amir Hamzah secara mengejut. Wajah bengis Hazirah itu mampu membuatkan Amir Hamzah goyang.

"MASALAH NI TAKKAN SELESAI! Tak perlu aku cerita dekat kau. Kau pun takkan boleh buat apa-apa melainkan masalah juga untuk aku. Jadi lebih baik kau tak perlu tahu." Nafasnya dihela berat. Rambut panjangnya diselak ke belakang. Dadanya turun naik menahan amarah. Amir Hamzah mengeluh mendengarnya.

"Aku bukan apa, Hazirah. Dah lama tak memanah dengan kau. Rasa rindu pula. Kalaulah boleh berkumpul macam dulu. Aku cuma nak kau yang dulu. Bukan yang banyak masalah macam ni," pujuk Amir Hamzah dengan perlahan. Cuba memadamkan api menggunakan air.

"Tak, sekarang ni kau faham tak masalah aku apa? Aku bukan taknak memanah ke apa. Masalahnya sekarang ni, esok sekolah dah nak mula. Pengasuh budak ni pun aku tak jumpa lagi. Mana aku nak campak dia?"

"Ya, sebab tu aku cadangkan biar mak aku yang jaga. Itu pun kalau dia nak. Faham? Kalau dia taknak, minta maaf. Aku memang tak boleh tolong."

"Tak kira. Kau pujuk juga mak kau sampai dia nak. Aku dah tak ada pilihan lain. Aku bukan suruh jaga full time pun. Aku balik sekolah, aku ambil lah dia. Bukan susah pun. Kalau mak kau nak duit, aku boleh bagi lebih dari tu."

"Okay, Hazirah. Jangan fikir lagi pasal masalah ni. Aku cuba pujuk dia nanti, okay?" Hazirah hanya menganggukkan kepalanya. Cuba menenangkan diri walau seketika. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

***

Apabila kakinya melangkah masuk ke pejabat, matanya meliar memandang perabot dan hiasan di dalamnya. Dinding pejabat itu juga diperbuat dari kaca yang membolehkan hanya orang di dalam sahaja mampu melihat objek di luar. Azalea Zahra berjalan laju menghampiri dinding kaca tersebut. Melihat keindahan bandar Melaka dari situ. Bibirnya mengukir senyuman. Pengarah yang berada di meja besar itu tidak dihiraukan buat seketika. Pintu pejabat itu ditutup rapat oleh Hariz yang membawa Azalea Zahra datang ke tempat tersebut. Kini, hanya Azalea Zahra dan pengarah itu sahaja yang berada dalam bilik.

"Cik? Betul ke cik nak kerja sini?" Soalan dari orang itu memecahkan lamunan Azalea Zahra. Kepala Azalea Zahra ditoleh ke arah lelaki berumur tersebut lalu tanda nama milik orang itu dibaca. Jelas tertulis nama 'RAHMAN' pada tanda nama tersebut.

"Tak. Saya tipu je yang saya nak kerja. Saya datang sini nak cari keluarga abang saya." Azalea Zahra berani mati berterus terang dengan tujuannya datang ke tempat itu. Fikirannya yang masih belum waras seperti sebelum ini seolah-olah cuba mengancam nyawa sendiri. Terkejut setengah mati Rahman mendengarnya. Dadanya diusap perlahan bagi mengurangkan sakit pada jantung. Keningnya dikerutkan dan mula mengamati wajah Azalea Zahra dengan teliti.

"Siapa...siapa kamu? Abang kamu siapa? Apa kena mengena dengan saya?" Rahman mula teringat mengenai info yang diberi oleh Hariz semalam. 'Seseorang akan datang menemuinya dari keluarga sana'. Adakah orang itu adalah gadis cantik di hadapannya ini?

"Saya? Azalea Zahra binti Azman. Awak Pakcik Rahman, bukan? Ayah kepada abang saya?" Mendengar pengakuan Azalea Zahra itu membuatkan Rahman mati kata-kata. Tangannya dikepalkan serapat-rapatnya sehingga memutih. Peluh yang mengalir di kepalanya tidak mampu diusap. Lantas, air liurnya diteguk berat.

"Pakcik? Pakcik okay ke? Saya memang tak nak kerja sini pun. Saya cuma nak jumpa pakcik," ujar Azalea Zahra apabila Rahman hanya mendiamkan diri. 

"Kau tak dibenarkan masuk atas urusan peribadi."

Rahman memerhati Azalea Zahra dari atas hingga bawah. Dengan blaus bewarna peach, dipadankan dengan seluar jeans bewarna biru cair. Rambut gadis itu yang diikat ekor kuda juga diperhati. Azalea Zahra yang mula kurang senang dengan pandangan Rahman mula berdehem.

"Ehem. Kenapa? Salah ke?" 

"Memang salah. Sini tempat untuk bekerja. Bukan untuk berbual tentang keluarga."

"Oh, jadi betul lah pakcik ni ayah abang Hafiz?"

"Kau anak Hanifah?" Azalea Zahra tersenyum kemenangan. Ternyata objektif misi mereka tercapai dengan tangannya sendiri. Tidak memerlukan bantuan Aizat Farhan! Lantas gadis itu mengangguk untuk soalan orang tua tersebut. Sejurus itu, Rahman bangun dari duduk lalu menghampiri Azalea Zahra.

"Aku tak sangka Azman mampu buat Hanifah lahirkan anak perempuan." Berkerut dahi Azalea Zahra mendengarnya. Apa orang tua ni merepek?

"Apa pakcik cakap ni? Mampu apa? Pakcik ni sihat ke tak?"

"Aku dah lama nak anak perempuan. Faham sekarang?" Azalea Zahra menggeleng-geleng kepalanya.

"Tak faham." Rahman menarik dan menghembus nafas sedalam-dalamnya. Kemudian pergelangan tangan Azalea Zahra dicengkam kuat. Terbeliak biji mata gadis itu setelah diperlakukan seperti itu.

"Pakcik nak apa ni?"

"Aku nak kau." Cengkaman tangan itu semakin lama semakin kuat membuatkan tangan Azalea Zahra menjadi pucat. Begitu juga dengan wajahnya. Mula timbul rasa takut pada saat itu. Aizat Farhan, mana kau? Seru Azalea Zahra dalam hati. 

"Pakcik merepek apa ni?"

"Aku bukan nak kau layan aku pun. Cuma layan pelanggan aku. Kau boleh buat aku jadi kaya balik ni." Meremang bulu roma Azalea Zahra mendengarnya. Namun, tangannya yang seolah-olah digari itu terasa tidak berfungsi. Tidak mampu berbuat apa-apa. Rahman tersenyum sinis melihat perempuan muda di hadapannya itu. Kali ini, giliran Rahman pula yang tersenyum kemenangan. Akhirnya dia dapat gadis darah muda. Sudah terang lagi bersuluh, Azalea Zahra masih dara dan bergetah. Itulah yang dia impikan selama ini. Kini, gadis impiannya berada di hadapan mata. Hanifah, aku akan buat kau menyesal atas apa yang kau dah buat! Anak perempuan kau sekarang berada dalam tangan aku. Ujar Rahman dengan penuh dendam di hati.

To be continue...

Labels:



7:56 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar