| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (1) - Fly Away
Tuesday, June 14, 2016



Image result for ryan mcpartlin

**Flashback**
Tarikh: Mac 2016
Tempat: Hafiz's House

Matahari sudah tegak berdiri. Jam juga sudah menunjukkan jam 7 pagi. Seorang gadis masih lena tidur di atas katil bujang miliknya berbungkuskan selimut tebal bewarna merah. Mujur sahaja dia diberi 'lampu merah' untuk solat. Gadis comel berambut panjang itu dikejutkan dengan penggera dari telefon bimbit Oppo Neo 7 miliknya. Dendangan lagu rancak 'Me and My Broken Heart' dari Rixton itu mematikan buaian mimpi gadis itu. Perlahan-lahan telefonnya dicapai dan terus matikan penggera.

"Azalea Zahra!" Nama penuh gadis itu diseru. Gadis yang bernama Azalea Zahra itu menoleh ke arah makhluk yang menyerunya. Seorang lelaki berdiri tegak memegang beg kerjanya.

"Ya, abang Hafiz? Ada apa?" Sahut Azalea Zahra dengan suara seperti nak tak nak keluar. Nampaknya gadis comel ini masih mamai.

"Kau ada kuliah pukul 8.30 kan? Tak reti nak mandi ke?" Soal Hafiz yang sudah berkemeja lengan panjang. Azalea Zahra menggaru lehernya. Malas betul dia mahu bergerak. Rasa macam dirinya ditindih benda berat sehingga susah nak bangun.


"Baik kau siap cepat, kalau tak aku tinggal je kau," sakat Hafiz membuatkan Azalea Zahra menggagahkan diri juga mencecah kaki ke lantai dan mencapai tuala mandi di tepi pintu bilik mandi. 


Tanpa diduga, dada lelaki itu terasa amat sakit. Dada bidangnya dipegang dan diusap perlahan. Mujur sahaja Azalea Zahra sudah masuk ke dalam bilik air. Hafiz membuka butang lengan baju kemeja miliknya. Dia melihat tompok merah di lengannya semakin banyak dan teruk. 

Hafiz membutang semula baju tersebut lalu mengatur langkah ke dapur dan memerhati Anis Nabilah menyediakan sarapan. Terasa semakin sakit dadanya melihat perempuan itu. Terus Hafiz mendekati wanita yang hamil tiga bulan itu.

"Masak apa, sayang?" Soal Hafiz pada isteri tercinta.

"Mee goreng dengan ayam je," jawab Anis Nabilah bersahaja sambil meneruskan tugasnya menyusun cawan di meja makan. Hafiz mendekatkan wajahnya ke telinga Anis Nabilah secara tiba-tiba.

"I have found something nonsense," bisik Hafiz.

Prang!
Cawan yang dipegang oleh Anis Nabilah sebentar tadi terlepas dari pegangannya. Terkejut, takut, gementar dan segala macam perasaan bercampur baur yang dia cuba sembunyikan saat itu.


"Kak Anis? Kak Anis okay ke?" Tanya Azalea Zahra yang sudah siap dengan baju kemeja denim dan seluar slack hitam. Rambutnya yang agak panjang itu disikat kemas dan rapi, sedia juga dengan beg kuliah yang sederhana kecil miliknya. Azalea Zahra membantu Anis Nabilah membersihkan serpihan kaca tersebut


"Lea, aku tunggu kat luar. Jangan lambat. Aku tak lalu nak makan pagi ni. Tak payah tolong dia, biar dia yang buat," kata Hafiz dengan selamba sambil membetulkan jam tangan di tangan kirinya dan terus meninggalkan mereka berdua.

"Apa kena dengan dia tu? Lain macam je," soal Azalea Zahra. Rasa aneh dengan perangai Hafiz pagi ini. Anis Nabilah menelan air liurnya. Wajahnya kelat dan pucat seperti orang sakit.

"Kak Anis okay ke ni? Akak kena jaga kesihatan. Bayi dalam kandungan akak ni dah tiga bulan. Kalau akak tak jaga, kesihatan bayi ni pun boleh terjejas," nasihat Azalea Zahra dengan lembut.

"Akak okay. Pergilah Lea. Dah pukul 8. Takut kau lambat pula," jawab Anis Nabilah. Azalea Zahra memegang lembut bahu Anis Nabilah menyebabkan wanita hamil itu semakin sedih.

"Kak, harini hari terakhir Lea tumpang rumah akak. Esok mak dah balik Malaysia. Lea kena duduk dengan dia. Jadi Lea tak dapat nak tengok-tengokkan akak lepas ni kalau jadi apa-apa. Jaga diri tau akak," pesan Azalea Zahra membuatkan Anis Nabilah mengangguk lemah dan terus menuju ke biliknya. Terbit rasa risau dalam diri Azalea Zahra terhadap kakak ipar sendiri. Dengan rasa berat hati, Azalea Zahra berjalan ke halaman rumah. Melihat Hafiz berada di dalam kereta dengan wajah sayu membuatkan Azalea Zahra tertanya-tanya. Apa yang berlaku? Ada apa dengan hubungan Anis Nabilah dan Hafiz? 
***

Anis Nabilah menutup rapat pintu biliknya. Wanita itu menekup wajah melepaskan tangis sepuas-puas hati. Bahunya terhinjut-hinjut melawan esak. Bahagia yang dia peroleh kini akan ditarik begitu saja. Tiada lagi Hafiz yang romantik. Pasti tiada lagi belaian cinta dan kasih sayang dari lelaki itu setelah tahu perkara sebenar. Tiada lagi ciuman manja dan usapan lembut di pipi mulus wanita itu. Tiada lagi. Semuanya akan hilang serta merta. 

Anis Nabilah mengusap lembut perutnya yang semakin membesar. Terfikir pula apa yang akan berlaku pada anak ini. 


**Flashback end**

Image result for emma stone beauty

Tarikh: Julai 2016


Azalea Zahra mempercepat langkahnya menuju ke kereta Suzuki Swift bewarna biru miliknya. Dia ingin pulang awal. Sudah tiga hari berturut-turut gadis ini terpaksa pulang lewat kerana banyak hal di kolej. Tapi hari ini dia dibenarkan pulang awal. Letih! Mudah urusannya sejak memiliki kereta sendiri. Kalau tak sebelum ni dia hanya menumpang Hafiz saja. Disebabkan Hafiz bekerja di Los Angeles sejak tiga bulan yang lalu, Puan Hanifah membelikan sebuah kereta baru khas untuk anak perempuannya itu.

Sedang asyik Azalea Zahra berjalan, tidak semena-mena tangannya dicengkam seseorang. Langkahnya mati, matanya membuntang kerana terperanjat. Dia menoleh ke arah manusia itu.

"Hi pretty girl. Long time no see," ucap seorang lelaki bertopi trucker yang masih mencengkam tangannya.

"Amir Hamzah?" Soal Azalea Zahra dengan menyebut nama penuh lelaki itu. Lelaki yang bernama Amir Hamzah itu mengangguk kepala. Tangan Azalea Zahra dilepaskan

"Yes?" soal Azalea Zahra dengan perlahan.

"You dah habis kelas ke? Nak I hantar you balik?" Tawar Amir Hamzah dihiasi dengan senyuman panjang lebar dibibirnya. Malangnya, Azalea Zahra menggeleng kepala berkali-kali. Menolak mentah-mentah membuatkan Amir Hamzah patah hati. Azalea Zahra terus meluru masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan terus memandu keluar dari tempat parkir pelajar.

***

Azalea Zahra memandu cermat di atas jalan. Tiba-tiba terbit rasa kasihan pada Amir Hamzah. Bukan dia tidak mahu terima tawaran lelaki tersebut. Tetapi dia sudah punya kereta dan boleh pandu sendiri. Takkan nak menyusahkan orang lain pula. 

Azalea Zahra sudah menghampiri kawasan rumahnya dan terus memandu. Kening gadis itu kian berkerut melihat di hadapan rumahnya terdapat sebuah kereta Pesona bewarna silver dan sekelompok lelaki berbaju hitam di sebelah kereta itu. Siapa mereka? Azalea Zahra keluar dari perut kereta dan lelaki seramai lima orang itu menghampiri Azalea Zahra.

"Erm, kenapa ya?" Tanya Azalea Zahra lembut, cukup melambangkan budi bahasa gadis tersebut pada orang yang tidak dia kenali.

"Kamu adik Hafiz ke?" Soal salah seorang dari mereka berlima. Azalea Zahra mengangguk berkali-kali.

"Ya, saya adik dia. Ada apa?"

Lelaki tersebut mengangguk sesama sendiri membuatkan Azalea Zahra kaku. Lantas tangan Azalea Zahra direntap dengan kasar dan gadis itu dipaksa masuk ke dalam kereta Pesona itu.

"Woi, apa niii?! Lepaskan aku!" Terkeluar suara jantan Azalea Zahra sambil meronta-ronta untuk dilepaskan. Dia menolak manusia-manusia aneh yang tidak dia kenali itu sekuat hati. Namun, tenaganya kini tidak setanding lelaki-lelaki itu. Mereka akhirnya berjaya menyumbat Azalea Zahra masuk ke dalam kereta dan membawa gadis itu ke tempat yang sudah semestinya dia tidak tahu. Azalea Zahra hanya diam dan tunduk sepanjang jalan. Nafasnya tercungap-cungap dari tadi kerana takut. Fikir sejenak apa yang bakal berlaku pada nasib dirinya hari ini.


***

Amir Hamzah melangkah masuk ke rumah dengan perasaan marah, kecewa dan macam-macam perasaan yang bercampur baur. Tubuhnya terus disandarkan pada sofa di ruang tamu manakala kakinya diluruskan dan diletakkan di atas meja. Letih! Seorang gadis mendekati Amir Hamzah yang kelihatan tidak tentu arah sejak pulang dari kolej.

"Abang Amir, kenapa ni?" Soal perempuan comel yang sudah duduk di sebelah Amir Hamzah itu.

"Eh, Mira. Takde apa. Abang penat tadi kelas berderet," jawab Amir Hamzah dengan baik dan cuba mengawal perasaannya di hadapan adiknya itu.

"Yeke? Ke abang kena reject lagi dengan kak Lea?" Teka gadis yang bernama Mira itu dengan wajah sinis. Dush! Apabila seorang adik betul-betul mengenali abang. Amir Hamzah mengeluh dan mengangguk.

"Mira tak faham la dengan kak Lea. Abang Amir dah cukup baik dah. Entah-entah dia dah ada boyfriend. Ye tak?" Kata Mira dengan penuh persoalan.

"Entahlah Mira. Dah lama abang tunggu dia. Apa kurangnya abang?" Jawab Amir Hamzah kepada Mira. Miralah yang menjadi peneman hidup lelaki itu. Dia ceritakan segala-galanya pada Mira kecuali pada satu hal yang dia tak boleh bongkarkan. Semua tentang Azalea Zahra diceritakan pada Mira.

"Kau tak kurang apa-apa pun. Cuba move on. Cari orang lain. Bunga bukannya sekuntum," kata Puan Aminah yang sedang menyediakan makanan di atas meja makan.

"Entahlah ma," Amir Hamzah terus bangun dari duduk dan naik ke tingkat atas. Puan Aminah hanya mampu menggeleng kepala melihat anak bujangnya itu. Mira pula hanya tersenyum kambing pada Puan Aminah kerana tiada idea yang ingin dikotakan saat itu.

"Ha, Mira! Kau bukan ada kelas tambahan ke petang ni? Pergi siap cepat. Kau jangan nak ponteng!" Arah Puan Aminah. Mira hanya akur sahaja dengan suruhan orang tuanya itu. 


***

Image result for jensen ackles lab

Di sebuah makmal kimia yang sederhana besar berselerak dengan botol-botol berisi cecair yang tidak diketahui fungsinya. Ada cecair bewarna merah, hijau, ungu dan jernih. Terdapat seorang ahli kimia bersarung tangan putih, t-shirt biru, seluar jeans, berkot makmal di luar serta memakai mask dan goggle makmal, sedang menjalankan suatu kajian dalam makmal tersebut. Jejaka itu membelek-belek buku setebal 5 cm sambil menunggu bahan kimia dalam tabung didih sedang dipanaskan. Tabung didih itu digantung pada kaki retort dan dipanaskan menggunakan penunu Bunsen yang terletak di bawahnya. Bahan kimia bewarna pink cair itu menggelegak dan berasap. Di meja tersebut terdapat beberapa bilah pisau sederhana besar yang sangat tajam.

Setelah warna cecair itu sudah berubah menjadi jernih, pemuda itu memadamkan api dari penunu Bunsen. Tabung didih itu disepit dengan penyepit tabung uji dan dilepaskan dari kaki retort. Pemuda itu meletakkan tabung didih itu ke dalam rak tabung uji dengan selamat. Seekor tikus makmal bewarna putih dan masih hidup di letakkan di dalam balang lutsinar.
 Mask dan goggle ditanggalkan menampakkan wajah kacak yang dimiliki oleh saintis muda itu.

"Hi, my pet. Today is your day," kata ahli kimia itu dengan senyuman sinis. Mangsa uji kajinya kali ni sudah pun berada di depan mata.

"Do I have to pass you out with chloroform? Hm, I don't think so. Are you okay with that?" Bicara ahli kimia tersebut kepada tikus makmal yang bakal menyerah diri padanya. Seolah-olah tikus itu faham apa yang dia bicarakan. Ahli kimia yang menakutkan itu melanggar peraturan uji kaji di mana tikus makmal sepatutnya dipengsankan dengan kloroform sebelum dijadikan mangsa. Namun, ahli kimia tersebut tidak mahu pengsankan tikus tersebut. Dia mahu lihat hasil yang lebih padu.

Jejaka tersebut mengambil jarum suntik. Dicecahkan jarum tersebut ke dalam cecair jernih yang dihangatkan tadi lalu pelocok jarum ditarik supaya cecair itu masuk ke dalam barrel. Saintis muda itu mengangkat tikus makmal itu keluar dari balang lalu tanpa membuang masa jarum itu dicucuk ke dalam perut tikus itu membuatkan tikus tersebut meronta-ronta kesakitan. Namun, pemuda itu tidak peduli dan pelocok terus ditolak untuk memasukkan cecair dalam badan.


Setelah semua cecair di dalam barrel sudah dimasukkan ke dalam badan tikus makmal, jarum suntik itu ditarik keluar. Tikus makmal itu diletakkan semua ke dalam balang lutsinar itu dan tikus yang sudah disuntik itu meronta-ronta di dalamnya. Saintis muda itu hanya tersenyum melihat tikus comel itu dan tidak lama selepas itu mulut tikus itu berbuih membuatkan pemuda itu menunjukkan kekecewaan pada wajahnya. Tikus itu tidak lagi bergerak. Sudah mati barangkali.

"Experiment failed!" Lelaki itu meninggikan suaranya. Dia bukan kecewa kerana tikus itu mati. Tetapi kerana eksperimennya tidak berjaya. Balang lutsinar yang berisi tikus mati itu di bawa mendekati tong sampah. Tikus tersebut dicampak ke dalam tong sampah lalu balang kosong itu diletak di atas meja . Tiba-tiba senyuman terbit di bibirnya.

"It's okay. I'll try again next time,"



To be continue...

Labels:



9:33 PM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar