| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (2) - Villain or Hero?
Friday, June 17, 2016


Image result for elizabeth gillies

Anis Nabilah terbaring di atas katil hospital memandang siling . Bilik pesakit VIP itu terasa sunyi tanpa suami di sisi. Anis Nabilah yang mengandung tujuh bulan itu mengeluh. Rasa bersalah yang menggunung pada Hafiz. Tak sempat dia minta maaf pada Hafiz sebelum dia pergi. Sudah 3 bulan berlalu, dia masih tidak dapat lupakan insiden itu. Matanya kembali berair dan air mata jatuh lagi untuk kali ke berapa pun dia tak pasti. Sedih! Sedih hidupnya begini.

Pintu bilik pesakit itu dikuak perlahan. Anis Nabilah terus menyeka air mata yang sudah membasahi pipi mulusnya lantas menoleh ke arah doktor. Dr. Yunus melangkah masuk dengan stetoskop digantung pada lehernya. Lantas doktor itu mengambil tempat di kerusi sebelah katil pesakit.

"Anis okay tak ni? Nangis ke?" Soal Dr. Yunus yang berumur separuh abad itu.

"Saya okay, doktor. Bila saya boleh balik?" Soal Anis Nabilah dengan nada perlahan. Cuba diusir rasa sedih itu di hadapan orang lain.

"Harini dah boleh balik. Tapi yakin ke yang Anis nak drive sendiri? Ke Anis nak saya hantarkan?" Tawar Dr. Yunus yang sangat mengambil berat tentang Anis Nabilah.

"Takpelah doktor. Saya dah banyak susahkan doktor. Saya yakin saya boleh hidup tanpa suami di sisi," kata Anis Nabilah dengan wajah redup. Jelas kelihatan riak sedih dalam wajah muda itu.

"Jangan cakap macam tu, Anis. Saya faham perasaan kamu. Lagi-lagi bila dapat tahu benda-benda yang sepatutnya mustahil terjadi. Aku harap kau tabah. Kau muda lagi. Teruskan hidup kau," pesan Dr. Yunus. Nyata sungguh kasih sayang seorang ayah dalam diri Dr. Yunus walaupun Anis Nabilah bukan anaknya. 

"Ya, doktor. Saya cuba lupakan perkara tu. Demi kebahagiaan anak dalam kandungan ini," air mata Anis Nabilah kembali bercucuran. Dr. Yunus mengusap bahu Anis Nabilah supaya gadis itu tenang dan berhenti menangis untuk benda yang sudah lepas. 

"Jangan nangis, Anis. Saya yakin Hafiz di Los Angeles tu baik-baik sahaja. " Pujuk Dr. Yunus penuh kasih dan lembut. Anis Nabilah mengangguk kepala berkali-kali. Setelah memastikan Anis Nabilah dalam keadaan sedikit tenang, Dr. Yunus melangkah keluar dari bilik tersebut 
***

Dr. Yunus berjalan menuju ke bilik konsultan doktor miliknya dan memutarkan tombol pintu bilik tersebut. Sebaik sahaja pintu dikuak, kelihatan kelibat anak lelakinya yang sedang duduk di atas sofa dengan pakaian uniform sekolah. 

"Zayn, kau tak pergi sekolah ke?" Tanya Dr. Yunus sebaik sahaja melihat anaknya yang bernama Zayn itu.

"Zayn baru balik ni, ayah. Penat tahu tak?"

"Kau bukan ada kelas tambahan ke harini? Kenapa tak pergi? Dah pukul berapa dah ni. Apa kau ingat ayah ni kerja tak penat ke?" Bebel Dr. Yunus kepada anaknya itu. 

"Malaslah nak pergi kelas tambahan. Cikgu Hazirah ajar tak best!" Jawab Zayn sambil menjeling Dr. Yunus. Dr. Yunus menggeleng kepala melihat anaknya itu. Apa nak jadilah dengan anak bertuah ni.
***

Image result for zac efron sunglasses

Sebuah mansion yang besar, cantik seperti istana dan dua tingkat terletak jauh dari pekan. Kiri kanan hutan. Seperti mansion itu terlalu privasi. Halaman pula luas siap dengan sculpture yang nampak mahal, pokok bunga saffron dan bermacam-macam jenis hiasan yang cukup untuk membuktikan tuan punya rumah ini sangat kaya. Kereta Audi R8 bewarna merah meluncur laju mengambil tempat betul-betul di hadapan pintu utama mansion itu. Sedar sahaja akan ketibaan pemandu kereta tersebut, pengawal pintu utama cepat-cepat membuka pintu untuk lelaki itu.


Seorang pemuda segak berkaca mata hitam, berkasut kulit mahal, berseluar slack hitam dengan kemeja putih bersama-sama dengan jaket blazer hitam diluarnya, keluar dari kereta mahal itu dan berjalan masuk ke dalam mansion tinggalan bapanya. Pengawal itu menutup pintu utama setelah memastikan tuan rumah selamat masuk ke dalam rumah.

"Encik Aizat Farhan, kami dah tangkap dia," lapor salah seorang dari lima orang lelaki yang menculik Azalea Zahra sebentar tadi. Pemuda segak yang bernama Aizat Farhan itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan mengangkat kening.

"Mana dia?" Soal Aizat Farhan kepada mereka.

"Ada di guest room."

***

Azalea Zahra duduk di atas sofa yang disediakan dalam bilik tetamu itu. Cuba menenangkan diri. Sesekali dia memerhati ruangan bilik itu. Terdapat meja solek, meja hiasan dengan pasu bunga kecil di atasnya dan katil saiz king. Matanya tertarik melihat gambar besar berbingkai dan digantung pada dinding. Terdapat dua orang lelaki segak dalam gambar itu. Dua-dua tampak hot dan mewah. Namun, matanya lebih terpegun melihat tingkap besar yang terbuka luas.

Ketenangan Azalea Zahra lesap apabila tombol pintu diputar dan daun pintu dikuak dengan kasar. Terkejut separuh mati sehingga bahunya terangkat! Dia menoleh ke arah pintu tersebut dengan perlahan dan tergamam melihat pemuda yang sama seperti salah seorang lelaki dalam gambar tadi.
 Mungkin dialah tuan mansion ini. 

Aizat Farhan agak terpaku melihat gadis di hadapannya. Dia ke adik Hafiz? Tak mungkin Hafiz ada adik secantik ni. Kata Aizat Farhan dalam hati kerana terpegun melihat Azalea Zahra yang nampak ketara yang dia dalam ketakutan saat itu. Dengan wajahnya pucat dan rambut panjangnya sudah serabai. Aizat Farhan terpaksa menolak ke tepi rasa terpegun itu kerana teringat sesuatu masalah yang perlu dia selesaikan secepat mungkin.

"Kau takut ke?" Aizat Farhan bertanya juga soalan yang dia sendiri sudah tahu.

"Tak. Aku cuma terkejut. Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Azalea Zahra memberanikan diri. Macam-macam benda yang boleh terjadi. Masih tidak faham mengapa dia dibawa ke tempat seperti itu.

"Betul ke kau adik Hafiz?" Soal Aizat Farhan untuk kepastian sambil meletakkan remote keretanya di atas meja hiasan bersebelahan dengan pasu bunga kecil. Perbuatan lelaki itu diperhati oleh Azalea Zahra.

"Ya, aku adik dia. Kenapa dengan abang Hafiz?" Jawab Azalea Zahra dengan tenang. Cuba mengawal perasaan yang sebenarnya tidak stabil. Tak mahu nampak takut di hadapan lelaki yang tidak dia kenali.

"Mana abang kau?" Soal Aizat Farhan tanpa membuang masa. Aizat Farhan berjalan mendekati Azalea Zahra yang duduk di sofa empuk miliknya itu. Seperti mahu gugur jantung Azalea Zahra dengan air liurnya yang tak tertelan.

"Abang aku ada kat Los Angeles sekarang,"

Aizat Farhan ketawa besar mendengar jawapan Azalea Zahra. Apa yang kelakar? Dia cuma beritahu perkara sebenar. Lantas Aizat Farhan merentap dan mencengkam kuat muka Azalea Zahra dan memaksa gadis itu menatap wajahnya. Wajah Aizat Farhan berubah menjadi bengis. Semakin takut Azalea Zahra dibuatnya. Menggigil seluruh tubuhnya. Sakit rahang rasa seperti mahu patah. Dia dapat rasakan setiap peluh yang mengalir di atas kulit mulusnya.

"Jangan tipu aku! Kau fikir aku bodoh? Aku dah jumpa pegawai imigresen semalam. Dia bagitahu aku yang nombor passport abang kau langsung tak ada dalam rekod baru-baru ni. Maksudnya dia masih ada kat sini. Mana dia?!" Tengking Aizat Farhan dengan wajah bengis dan muka Azalea Zahra terus dilepaskan dengan kasar. Merah muka Azalea Zahra akibat cengkaman kuat dari lelaki tegap itu.

"Aku tak tahu. Aku betul-betul tak tahu. Hafiz pergi Los Angeles tiga bulan lepas. Macam mana pula nombor passport dia takde dalam rekod?" Jawab Azalea Zahra dengan suara sedikit mengeras.

"Stop lying. Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak bagitahu aku di mana dia. Kau nak mati ke?" Ugut Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra menggeleng-geleng kepalanya dan rambutnya semakin kusut.

"Aku tak tipu. Yang aku tahu dah tiga bulan  dia duduk sana. Aku tak tahu kalau dia dah balik sini," kata Azalea Zahra dengan sedikit getaran. Aizat Farhan menggeleng kepalanya mendengar alasan tak muhasabah dari perempuan itu.

"Sudah-sudahlah tipu aku. Baik kau cakap je mana dia pergi. Kan senang. Aku pun taknak simpan kau lama-lama kat sini. Buat busuk rumah aku," kata-kata Aizat Farhan yang penuh selamba itu mengundang kemarahan Azalea Zahra. Azalea Zahra yang dari tadi duduk atas sofa, kini sudah berdiri sama dengan Aizat Farhan. Namun, Azalea Zahra terpaksa mendongak kepala untuk memandang Aizat Farhan yang tinggi itu.

"Apa masalah kau ha?! Aku dah cakap aku tak tahu. Tak faham bahasa?" Tergamam Aizat Farhan mendengarnya. Jelas kelihatan air mata Azalea Zahra yang sudah bertakung dalam matanya.

"Kenapa kau nak sangat jumpa dia ha? Jangan libatkan aku dalam hal antara kau dengan dia. Kau fikir aku perempuan, aku takut dengan kau? Heh, jangan mimpi. LEPASKAN AKU!" Jerit Azalea Zahra yang sudah hilang sabar menampakkan urat lehernya. Sakit tekaknya menjerit dan hampir satu mansion itu mendengar jelas suaranya. Pengawal-pengawal dan lima orang lelaki yang menculiknya tadi yang kini berada di luar bilik juga turut mendengar. Hal ini menyebabkan kemarahan dan ego Aizat Farhan tercabar.

Aizat Farhan mengeluarkan pistol Desert Eagle miliknya yang dari tadi disorok di sebalik blazer. Hujung pistol itu dihalakan ke arah dahi gadis tersebut. Berani betul gadis ini meninggikan suara. Dia sudah tak peduli soal Azalea Zahra. Perkara yang lebih penting masih belum selesai dan dia tidak takut untuk menembak gadis ini jika urusannya disulitkan.

Azalea Zahra semakin takut dan matanya ditutup rapat. Badannya kembali menggigil dan membatu. Lelaki tu ada pistol? Siapa dia ni? Soal Azalea Zahra dalam hati kerana masih sukar untuk percaya apa yang sedang berlaku. Dia dapat rasa nyawanya kini akan berakhir dan air mata jatuh jua akhirnya.

"Aku takkan lepaskan kau. Kalau kau berani buat perangai, kau buatlah!" Amaran maut dari Aizat Farhan itu membuatkan Azalea Zahra diam tak terkata. Seolah-olah lelaki itu langsung tiada belas kasihan dalam diri.

"Aku memang tak tahu apa-apa. Kenapa kau tak percaya aku?" Terusik hati Aizat Farhan mendengar kata-kata dari mulut Azalea Zahra. Kasihan pula tengok dia ni. Tapi nak buat macam mana. Apa dia nak jawab dengan abangnya kalau dia lepaskan gadis ini tanpa mengetahui keberadaan Hafiz. Aizat Farhan menurunkan pistol itu dan memandang Azalea Zahra dengan pandangan tajam.

"Kau nak tahu kenapa aku cari abang kau?" Azalea Zahra mengangkat wajah memandang Aizat Farhan dan mata mereka saat ini saling bertentangan. Gadis itu mengangguk tanda dia ingin tahu.

"Dia hutang abang aku RM18 ribu. Aku tak tahu sebab apa dia pinjam.  Tapi aku dapat tahu dia sebenarnya tipu je pasal dia pergi Los Angeles tu. Dia cuma nak lari sebab mengelat taknak bayar. Sebenarnya dia ada kat sini. Kalau kau taknak bagitahu mana dia, sampai mati kau akan duduk sini. Faham?" Terang Aizat Farhan dicampurkan dengan kata ugutan kepada Azalea Zahra. Rasa kasihan sebentar tadi sudah hilang. Dia harus bertegas kali ini.

"Aku tak tahu. Kalau betul pun dia ada kat sini, pergilah cari kat rumah dia. Tanya isteri dia sebab isteri dia ada kat rumah," kata Azalea Zahra memberi cadangan. Sekali lagi, Aizat Farhan ketawa besar. Kelakar ke cadangan dia tu?

"Hahahaha. Aku dah pergi rumah dia yang buruk tu. Takde orang. Bini dia tu dah pindah tah ke mana. Licik betul abang kesayangan kau tu," ulas Aizat Farhan sambil membelek kuku tangannya.

" Apa? Kak Anis takde kat rumah?" Terkejut Azalea mendengarnya. Aizat Farhan mengukir senyuman sinis lagi lalu menampar pipi mulus Azalea Zahra. Sakit! Terserlah kelihatan kesan bewarna merah menyala di pipi. Air mata mengalir laju di atas kesan merah di pipinya. 

"Tak payah buat-buat terkejut boleh tak? Kalau kau nak aku lepaskan kau, baik cakap je mana Hafiz. Ataupun, apa kata kau je yang bayar RM18 ribu tu. Sanggup?" Kata Aizat Farhan dengan selamba. Sedih pula Azalea Zahra mendengarnya. Sudahlah dagunya dicengkam kuat, hampir ditembak, dan baru tadi dia ditampar lelaki tersebut. Apa yang dia harapkan sekarang adalah keluar dari situ. Aizat Farhan membuka pintu bilik tersebut.

"Pak Ayub, jaga perempuan ni. Jangan sampai dia lari," pesan Aizat Farhan kepada pengawal yang dari tadi berdiri di luar bilik. Pengawal yang bernama Pak Ayub itu mengangguk tanda faham dan lelaki durjana itu hilang dari pandangan Azalea Zahra. Aku harap lelaki macam tu takkan muncul depan aku lagi!

***
Image result for emma stone serious

Kini, hanya Azalea Zahra dan Pak Ayub berada dalam bilik itu. Gadis itu membelek-belek pipi yang ditampar sebentar tadi. Tergamaknya lelaki tersebut mengasarinya. Rasa sedih mula terbit. Selama 20 tahun dia hidup, tak pernah sekalipun manusia apatah lagi seorang lelaki memukulnya. Arwah bapanya juga tidak pernah memukul anak-anak.

Aku harus lari dari lelaki tak guna tu! Tekad Azalea Zahra dalam hati. Matanya melilau memerhati ruangan bilik itu. Mencari idea macam mana nak keluar dari mansion Aizat Farhan. Dia melihat meja hiasan dan pasu bunga kecil di atasnya. Sebelah pasu bunga itu ada remote kereta Aizat Farhan. Matanya memerhati tingkap yang terbuka luas dengan langsir bilik yang berterbangan akibat angin kuat dari luar. Dia memandang Pak Ayub yang menjaganya itu. Apa yang dia perasan, terdapat sarung pistol yang dililitkan di pinggangnya. Pak Ayub memang sedang memerhatikannya dari tadi.

Ah, matilah aku! Orang tua tu ada pistol juga. Aku memang takkan dapat keluar dari sini. Azalea Zahra putus asa dan menyandarkan tubuhnya di atas sofa. Sedih mengenangkan nasibnya kini. Dia mahu abang Hafiz ada di sini dan selamatkan dia. Azalea Zahra mula menangis semahu-mahunya. Bahunya terhenjut-henjut dan pipinya diusap berkali-kali kerana masih terasa bisanya. Rambutnya dibiarkan serabai. Dia mengalah. Apa yang nak jadi, jadilah. Biarlah Tuhan yang melindunginya sekarang. Pak Ayub yang dari tadi berdiri memandang Azalea Zahra itu mula panik dan mendekati gadis itu.

"Miss, miss okay ke?" Tanya pengawal itu dengan lembut. Azalea Zahra tidak menghiraukan orang tua itu dan teruskan menangis. Wujud rasa kasihan dalam diri Pak Ayub. Rasa bersalah yang menggunung kerana terpaksa mengurung gadis ini. Tapi itu arahan Aizat Farhan, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

"Miss?" Tanya Pak Ayub lagi yang sudah duduk mendapatkan Azalea Zahra, cuba menenangkan gadis itu. Bahu Azalea Zahra diusap-usap. Risau memikirkan nasib gadis ini yang tak tahu berapa lama akan dikurung.

Azalea Zahra menggigit bibir. Terukir pula senyuman sinis dibibirnya tetapi senyuman itu ditutupi oleh rambut-rambutnya yang sudah tak terurus. Tanpa membuang masa, Azalea Zahra menolak orang tua itu sehingga jatuh terdampar di atas lantai. Dada Pak Ayub terasa sakit
 sehingga terbatuk-batuk di atas lantai. Di kesempatan itu, Azalea Zahra merampas pistol dari sarung pistol Pak Ayub dengan kasar. 

Azalea Zahra berdiri tegak. Kedua-dua belah tangannya memegang pistol itu dengan kuat dan menghalakan pistol ke arah pengawal tua yang terbatuk-batuk itu. Ya, pertama kali dia memegang pistol yang agak berat baginya. Memang pistol yang betul. Jika dia tembak orang tua ini, pasti mati!

"Pakcik, jangan bergerak kalau pakcik nak hidup!" Pesan Azalea Zahra berunsurkan ugutan. Rasa kasihan langsung tiada untuk orang tua yang tidak bersalah itu. Padahal dalang yang sebenar adalah Aizat Farhan. Pak Ayub cuma menurut arahan. Dia akan bunuh Aizat Farhan!

Perlahan-lahan gadis itu mendekati meja hiasan dan mengambil remote kereta milik lelaki itu. Dia mendekati pula tingkap bilik itu dan mengintai ke luar tingkap. Dari tingkat dua itu, dia dapat lihat kereta Audi R8 milik Aizat Farhan di halaman rumah.

"PAK AYUB? Kenapa niii?!" Jerit Aizat Farhan tiba-tiba masuk ke dalam ruangan itu bersama-sama dengan sahabatnya, Alif. Azalea Zahra sekali lagi terkejut separuh mati! Kali ini dia rasa dia betul-betul akan mati apabila Aizat Farhan dan Alif juga mengeluarkan pistolnya dan halakan ke arah Azalea Zahra. Azalea Zahra tidak mahu kalah! Dia menghalakan pistol yang dicuri dari Pak Ayub itu ke arah mereka berdua.

"Drop your gun!" Arah Azalea Zahra. Aizat Farhan tersenyum sinis.

"I will never bow down to my enemy," jawab Aizat Farhan dengan santai. Seolah-olah lelaki itu sudah biasa dengan situasi ini.

Azalea Zahra menekan picu pistol sekuat hati dan bunyi tembakan bergema. Pasu bunga di atas meja hiasan itu berkecai membuatkan Aizat Farhan, Alif dan Pak Ayub mengalihkan pandangan ke arah objek itu. Di kesempatan ini juga, Azalea Zahra terus terjun ke luar tingkap tanpa memikirkan kesan buruk berbuat demikian. Asalkan dia dapat lari. Dia memang sudah gila! Aizat Farhan terasa bodoh kerana ditipu gadis itu. Dia lihat di sebelah pasu berkecai itu. KUNCI KERETANYA TIADA!

"CATCH THE BITCH!!" Jerit Aizat Farhan sekuat hati cukup membuatkan satu mansion itu dapat arahan itu dengan jelas. Kelima-lima orang bawahan Aizat Farhan berlari dan meluru ke luar mansion beramai-ramai untuk mengejar Azalea Zahra. Gadis itu selamat mendarat di atas halaman mansion itu tetapi kaki sebelah kanannya terasa sakit kerana tekanan terlalu tinggi. Tanpa hiraukan kesakitan itu, Azalea Zahra meluru masuk ke dalam perut kereta Audi R8 merah dan terus keluar dari halaman mansion itu. Aku akan pastikan aku tak masuk lagi tempat tu. Aku taknak jumpa lelaki tak guna tu lagi!


To be continue....

Labels:



6:59 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar