Living Death (5) - The Untold Story
Wednesday, June 22, 2016
Aizat Farhan
memandu masuk ke dalam halaman mansion besar miliknya. Azalea Zahra
memerhati mansion itu. Di sinilah tempat mereka pertama kali bertemu.
Tak sangka dia rela menjejakkan kaki semula ke sini. Demi Hafiz, dia
sanggup melupakan
kejadian
semalam.
Aizat Farhan memarkir keretanya betul-betul di hadapan pintu utama.
Seperti biasa, pengawal yang menjaga pintu utama mansion itu terus
membuka pintu untuk memberi laluan kepada Aizat Farhan.
"Turun,"
arah Aizat Farhan ringkas dan Azalea Zahra mengangguk dan menurut.
Aizat Farhan juga turun dari kereta itu dan mendekati pengawal di
tepi pintu utama itu.
"Alif
dah datang ke?" Tanya Aizat Farhan kepada pengawal itu.
"Dah,"
jawab pengawal tersebut ringkas dengan senyum manis. Aizat Farhan
membalas senyuman dan terus melangkah masuk ke dalam mansion. Azalea
Zahra juga menghadiahkan senyuman manis kepada orang itu dan
mengekori Aizat Farhan.
"Hai
Farhan! Hai Lea!" sapa Alif yang sudah pun duduk di atas sofa
yang terletak di ruang tamu. Dia sudah terlebih selesa dengan Aizat
Farhan sehingga mansion sahabatnya itu dia buat seperti rumah
sendiri. Maklumlah, berkawan sejak kecil.
"Hai!"
balas Azalea Zahra dan Aizat Farhan serentak. Tidak sangka pula akan
jawab serentak. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Rasa
janggal pula. Tanpa membuang masa, Aizat Farhan mengambil tempat di
sebelah Alif manakala Azalea Zahra duduk di sofa bertentangan dengan
mereka.
"Ada
maklumat apa-apa lagi ke, Alif?" Tanya Azalea Zahra dengan
lembut. Sangat tak sabar mendengar khabar berita mengenai abangnya
itu.
"Lea,
aku ada check dompet abang kau. Aku jumpa ni." Alif menghulurkan
sekeping kad bewarna putih kepada Azalea Zahra. Gadis itu menyambut
huluran Alif dan melihat apa yang tertulis pada kad tersebut.
"Hospital
business card?" Monolog gadis itu. Tapi siapa yang sakit?
Azalea Zahra membelek-belek kad tersebut. SpiralGene Hospital? Kenapa dengan hospital ni?
"Ada
tahu apa-apa pasal tu?" Tanya Alif dan Azalea Zahra
terus menggeleng. Aizat Farhan hanya mendengar perbincangan mereka.
Nak kata ini kad hospital untuk kak Anis pergi check up, kak Anis
buat di Hospital Exultia.
"Tak.
Abang Hafiz takde pernah cakap pun dia sakit. Kak Anis pula selalu
buat check up di hospital lain. Bukan hospital ni," jawab Azalea
Zahra dengan yakin. Alif yang mendengar jawapan gadis itu lantas
saling berpandangan dengan Aizat Farhan di sebelahnya. Mereka mungkin
mempunyai firasat yang sama. Pasti ada sesuatu yang Hafiz sembunyikan
sepanjang hidupnya.
***
Kereta Bentley
bewarna biru itu meluncur laju ke dalam sebuah hospital yang agak
besar. Terdapat banyak kereta mewah milik doktor-doktor pakar
hospital tersebut dan ada juga kereta kepunyaan keluarga pesakit yang
sedang menjalani rawatan. Aizat Farhan memarkir keretanya di tempat
parkir dengan cermat. Sejurus itu, Azalea Zahra terus membuka pintu
kereta dan berjalan masuk menuju ke pintu utama hospital itu tanpa
menunggu Aizat Farhan. Lelaki itu hairan melihatnya. Minta tolong aku
hantar pergi sini bukan main baik lagi. Lepas dah sampai terus
tinggalkan aku tanpa berkata apa-apa. Dah kenapa taknak tunggu pula?
Azalea Zahra meneruskan langkah ke pintu utama hospital besar
itu dan terus menuju ke kaunter pertanyaan.
"Ya
cik, boleh saya bantu?" soal seorang jururawat yang bertugas di
kaunter tersebut dengan sebaris senyuman. Azalea Zahra membalas
senyuman itu.
"Erm,
boleh saya tahu ada tak pesakit nama Abdul Hafiz bin Abdul Rahman
pernah datang sini?" Tanya Azalea Zahra.
"Jap,
cik. Saya periksa," kata jururawat itu sebelum jarinya laju
menari di papan kekunci komputer di hadapannya. Azalea Zahra menunggu
dengan tidak sabar. Sesekali dia mengintai jam tangan miliknya.
"Ada,
cik. Kenapa ya?" Azalea Zahra terus tersentak mendengarnya.
Gadis itu mendekatkan diri pada jururawat itu.
"Boleh
saya tahu doktor mana yang beri konsultan pada dia?" Minta
Azalea Zahra dengan lembut.
"Maaf
cik. Saya tak boleh dedahkan sebarang maklumat pesakit kepada orang
asing." Azalea Zahra mula berasa kecewa mendengar kata-kata
jururawat tersebut.
"Tapi
puan, saya adik dia.” Boleh atau tidak dia tetap mahu berjumpa
doktor itu. Mahu tahu apa rahsia yang Hafiz simpan selama ni.
"Boleh
bagi IC cik?" minta jururawat itu. Azalea Zahra mengeluarkan
dompet dari beg kuliah dan mendapatkan kad pengenalan dari dompet
tersebut. Lantas gadis itu menghulurkan kepada jururawat itu.
Jururawat tersebut mengerut kening melihat nama gadis itu.
"Azalea
Zahra binti Azman?" Soal jururawat itu. Azalea Zahra mengangguk.
"Kenapa
nama bapa tak sama?" Tanya jururawat itu. Eh dia ni. Dah macam
wartawan pula nak tanya lebih-lebih. Buat macam Azalea Zahra orang
jahat pula. Takkan wajah suci itu pun dia masih meragui.
"Erm,
kami adik beradik tak sama ayah," jujur Azalea Zahra.
"Macam
mana saya boleh percaya cik?" Bengang Azalea Zahra mendengar
jawapan jururawat itu. Macam manalah boleh jadi nurse?
Macam ni ke cara nurse layan pelawat? Azalea Zahra
kekosongan idea untuk membuktikan yang dia dan Hafiz adalah adik
beradik. Takkan tiba-tiba nak buat ujian DNA pula.
"Aida,
dia Azalea Zahra. Adik Hafiz." Terbit satu suara dari belakang
membuatkan mata Azalea Zahra terbeliak.
"Eh,
Farhan! What brings you here?" Kata jururawat
yang bernama Aida itu dengan senyuman lebar kepada Aizat Farhan yang
berada di belakang Azalea Zahra. Azalea Zahra menoleh ke belakang dan
memerhati lelaki itu.
"Aku
teman kawan aku ni jumpa doktor sekejap. Nak tanya pasal abang dia.
Boleh tahu tak doktor mana yang bertanggungjawab?" Kata Aizat
Farhan straight to the point. Azalea Zahra mengerut
kening. Gaya lelaki itu dengan jururawat ni macam dah 10 tahun
berkawan baik pula.
"Ohh
kawan Farhan rupanya. Maaf ya cik Azalea. Saya tak tahu. Sekejap ya
saya check," kata Aida dan terus mencari fail Hafiz di rak buku
bawah meja kaunter itu.
"Lain
kali jangan sombong sangat dengan aku," bisik Aizat Farhan di
telinga Azalea Zahra. Tidak berkenan dengan sikap Azalea Zahra yang
berlagak meninggalkannya di dalam kereta tanpa mengucap terima kasih.
Azalea Zahra menjeling lelaki itu. Malas mahu cari gaduh. Hal yang
lebih penting harus diselesaikan. Aida sudah mendapatkan fail Hafiz
dari rak buku itu. Lantas jururawat itu memeriksa jadual doktor
tersebut dalam komputer.
"Doktor
Fuzairy, cik. Kebetulan dia free, jadi cik boleh jumpa sekarang.
Bilik doktor semua ada di sebelah sana. Nanti carilah bilik Dr.
Fuzairy kat mana, tengok signboard," terang Aida dengan
tangannya menunjuk ke sebelah kanan Azalea Zahra. Azalea Zahra
mengangguk dan menggariskan senyuman.
"Terima
kasih ya," ucap Azalea Zahra dan terus bergerak mencari bilik
doktor. Aizat Farhan mengekori Azalea Zahra dari belakang.
"Eh,
berterima kasih dengan Aida je ke? Dengan aku takde?" Sakat
Aizat Farhan. Azalea Zahra mula mencebik.
"Jangan
buang masa aku lah!" Jawab Azalea Zahra dengan kasar.
"Wah,
garangnya," kata Aizat Farhan sambil ketawa. Entah kenapa dia
suka tengok gadis itu marah. Dia sombong betul dengan lelaki itu.
Padahal gadis itu takkan boleh tahu tentang Hafiz tanpa bantuan dan
kuasa Aizat Farhan yang membuatkan semua orang baik dengannya.
***
Semua pelajar tingkatan 5 Pirus di SMK Saujana Utama senyap dan berasa gerun apabila seorang pelajar lelaki yang gagah perkasa itu masuk ke dalam kelas dengan wajah bengis. Sungguh tak dapat dinafikan semua pelajar takut pada dia. Mira yang berada di tempatnya hanya duduk diam sambil menyiapkan kerja yang Cikgu Adlin berikan. Tidak peduli apa yang berlaku pada kelas itu. Pelajar lelaki tersebut mendekati Mira lantas bekas alat tulis milik Mira yang tidak berzip ditolak jatuh ke lantai. Habis berselerak semua alat tulis Mira. Semua orang dalam kelas itu memandang mereka. Mujur sahaja cikgu belum masuk kelas waktu itu. Gadis itu terkejut dan memandang wajah pelajar itu. Zayn!
"Kau kenapa?" Soal Mira yang tidak tahu apa masalah Zayn sampai begitu marah pada pagi itu.
"Aku dengar cerita engkau yang bagitahu cikgu Hazirah yang aku ponteng semalam. Betul ke?" Marah Zayn pada gadis di hadapannya itu. Mira sudah mula berasa takut. Rasa menyesal pula kerana terlepas cakap pada Cikgu Hazirah. Mira hanya mengangguk dengan perlahan kerana takut Zayn mengapa-apakan dirinya. Siapa tahu Zayn yang gagah ini mampu membunuh seorang gadis lemah sepertinya. Meja Mira diketuk membuatkan Mira tersentak dan bahunya terangkat.
"Kau tahu tak cikgu tu nak report bapa aku? Kau sengaja nak cari gaduh dengan aku kan?" Soal Zayn yang masih bengis. Mira menggeleng-geleng kepalanya.
"Tak, Zayn. Aku...,"
"KAU APA? Aku tahu yang kau sebenarnya dah lama dengki dengan aku. Aku tahu la kau tak sekaya aku, kan?" Tuduh Zayn tidak semena-mena. Semua orang dalam kelas itu kasihan melihat Mira diserang tetapi malangnya mereka tak boleh berbuat apa-apa.
"Aku minta maaf. Aku cuma terlepas cakap. Tolong maafkan aku," jelas Mira takut-takut sambil menundukkan kepalanya di hadapan Zayn yang masih berdiri di hadapan mejanya. Zayn tersenyum sinis mendengar alasan Mira yang langsung tak munasabah. Terlepas cakap? Heh!
"Maaf? You think you deserve apologize? Hell no! Aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Kau ingat tu." Dush! Amaran keras dari Zayn kepada Mira itu cukup membuat jantung Mira terasa mahu tercabut. Ya Allah, jauhkan perkara buruk berlaku pada aku.
"Zayn, kenapa ni?!" Tegur Cikgu Adlin yang baru sahaja masuk ke kelas 5 Pirus itu. Zayn menoleh ke arah Cikgu Adlin. Cis!
"Nasib kau baik kali ni," bisik Zayn pada Mira yang masih terkulat-kulat di atas kerusi. Lelaki itu terus duduk di tempatnya dengan perasaan berang. Mira terus berdiri dari duduk dan mengutip barang-barangnya yang terjatuh atas lantai. Tingkah lakunya itu diperhati oleh Zayn. Khusyuk betul Zayn berfikir apa yang dia nak lakukan pada Mira supaya perempuan itu menyesal seumur hidup.
Azalea Zahra
menghamburkan tangisan di dalam kereta Aizat Farhan. Kata-kata Dr.
Fuzairy sebentar tadi sangat membuatkan hatinya luluh. Aizat Farhan
di sebelahnya hanya diam membiarkan gadis itu dan teruskan memandu
menghantar Azalea Zahra ke kolej semula.
"Abang
kamu menghidap kanser limfoma tahap 3. Dia jumpa saya sejak bulan
Februari lagi. Tapi dia ada cakap kat saya yang dia nak rahsiakan
perkara ni pada family dia. Terutamanya pada isteri dia. Saya pun tak
tahu macam mana dia boleh tahan sembunyikan rasa sakit depan keluarga
sendiri. Kanser limfoma juga boleh bawa maut. Disebabkan dia dah
takde, jadi saya dedahkan,"
"Dia
dah bayar dah pun RM30 ribu untuk kos rawatan kimoterapi dan
radioterapi. Malangnya, dia dah pergi sebelum menjalani rawatan itu,"
Setiap
perkataan yang keluar dari mulut Dr. Fuzairy masih membuat Azalea
Zahra terngiang-ngiang dalam kepala otaknya. Tersedu-sedu Azalea
Zahra cuba menahan sebak di dada namun dia gagal. Jadi adakah itu
tujuan abang Hafiz meminjam wang dari abang Aizat Farhan sebanyak
RM18 ribu? Untuk menjalani rawatan? Sanggup pinjam pada orang lain
kerana nak rahsiakan pada keluarga sendiri? Azalea Zahra menoleh ke
sebelah kanan di mana Aizat Farhan sudah menghulurkan sapu tangan
padanya. Kening perempuan comel itu berkerut. Dengan air mata masih
lagi belum kering di pipinya.
"Nah,
lap air mata kau tu. Tak sanggup aku tengok." Azalea Zahra
tersedar yang kereta itu sudah pun berhenti. Azalea Zahra melihat
keluar tingkap. Kereta Bentley Aizat Farhan betul-betul di hadapan
perhentian bas yang bertentangan dengan tempat parkir kenderaan
pelajar. Eh, dah sampai kolej?
"Dah
lama dah sampai sebenarnya. Aku cuma tunggu kau berhenti nangis je
yang lama sangat," terang Aizat Farhan seolah-olah mengerti apa
yang Azalea Zahra bicara dalam hati. Azalea Zahra tunduk dan
mengambil sapu tangan bewarna putih milik Aizat Farhan itu lantas
menyapu air mata di pipinya menggunakan sapu tangan tersebut.
"Aku
tak tahu nak cakap apa. Tapi, aku tak rasa yang abang aku tak salah,"
ujar Aizat Farhan tiba-tiba membuatkan Azalea Zahra memandang tepat
ke wajah lelaki itu. Sapu tangan putih itu digenggam.
"Maksud
kau?" Soal Azalea Zahra. Aizat Farhan menarik dan menghembus
nafas sedalam-dalamnya.
"Bila
kau nak bayar kereta aku?" Soal Aizat Farhan. Azalea Zahra
mencebik. Tadi cakap pasal lain, tiba-tiba buka cerita pasal kereta
dia tu.
"Kalau
aku ada duit nanti aku bayar," jawab Azalea Zahra. Jelas
kelihatan matanya bengkak akibat menangis terlalu lama. Bengkak dan
merah cukup membuatkan Aizat Farhan simpati melihatnya.
"Betul
ni?" Tanya Aizat Farhan untuk kepastian.
"Ya,
betul. Aku janji. Aku bayar sikit-sikit nanti," kata Azalea
Zahra lantas membuka pintu kereta milik Aizat Farhan. Lebih baik dia
balik cepat. Sekarang sudah pukul satu petang. Risau pula Puan
Hanifah nanti anak perempuannya tak balik-balik. Aizat Farhan
memegang tangan Azalea Zahra membuatkan gadis itu terkejut dan
terdiam. Gadis tersebut menoleh ke arah lelaki itu dengan persoalan
di hati.
"You
don't have to pay it back."
"Kenapa?"
Soal Azalea Zahra yang aneh dengan kelakuan Aizat Farhan itu. Tadi
cakap dia kena bayar. Sekarang cakap tak perlu pula. Cakap serupa
orang tak siuman!
"Just
do what I say. Then you don't need to pay and I will forgive
you." Azalea Zahra menelan air liur setelah mendengar
kata-kata Aizat Farhan itu. Dia nak aku buat apa ni? Dah kenapa
nak speaking English pula dengan aku ni? Ujar gadis
itu dalam hati.
"Kau
nak apa?"
"Please.
Please let me help you," pinta Aizat Farhan. Azalea Zahra
terpaku mendengarnya. Pintu kereta yang sudah dibuka itu dibiarkan.
Sapu tangan putih itu masih digenggam. Tanggannya yang dipegang oleh
lelaki itu juga masih belum dilepaskan.
"Farhan?"
Pertama kalinya Azalea Zahra menyebut nama itu di hadapan orangnya.
Bergetar tulang rusuk Aizat Farhan mendengar Azalea Zahra memanggil
namanya.
"Apa
yang kau perlu? Tolong bagi aku tolong kau." Tangan Azalea Zahra
dilepaskan perlahan-lahan. Gadis itu tunduk memikirkan apa yang harus
dia katakan. Aizat Farhan dari tadi memandang tetap ke arah Azalea
Zahra. Setia menunggu jawapan gadis itu. Dia ikhlas dengan apa yang
dia kata. Dia benar-benar mahu bantu gadis itu.
"Boleh
kau tolong aku.." kata Azalea Zahra dengan perlahan.
"Cari
pembunuh abang aku?" Sambung gadis itu dengan dadanya turun
naik. Sungguh dia sangat berdendam pada manusia yang melakukan hal
keji seperti itu pada Hafiz! Dia akan bunuh orang itu dengan
tangannya sendiri. Aizat Farhan tersenyum mendengarnya.
"Kalau
itu yang kau nak, mestilah boleh." Azalea Zahra hanya mampu
mengangguk mendengar respon Aizat Farhan.
"Aku
tak rasa abang aku tak terlibat dalam pembunuhan abang kau. Mungkin
dia tahu sikit-sikit pasal abang kau yang kau dan aku tak tahu,"
terang Aizat Farhan.
"Boleh
aku jumpa abang kau?" Pinta Azalea Zahra dengan matanya masih
lagi merah. Aizat Farhan memandang tepat ke dalam mata gadis itu.
"Bila
kau nak jumpa dia?"
"Esok,
boleh?"
"Boleh
je. Nanti aku call kau."
"Tapi
pastikan kau dah bersedia fizikal dan mental sebelum jumpa dia. Abang
aku bukan calang-calang orang," pesan Aizat Farhan membuatkan
perasaan takut mula terbit sedikit dalam hatinya. Tapi dia perlu
berjumpa juga dengan abang Aizat Farhan.
"Dan
aku minta maaf, aku cuma boleh hantar je kau dekat tempat dia nanti.
Kau kena jumpa dia seorang. Jangan sampai dia tahu yang aku tolong
kau. Nahas aku nanti. Faham?" Azalea Zahra mengangguk lemah
tanda faham. Terus gadis itu keluar dari kereta Bentley milik Aizat
Farhan.
"Terima
kasih." terus Azalea Zahra menuju ke tempat parkir kereta
pelajar setelah mengucapkan terima kasih kepada Aizat Farhan.
Azalea
Zahra mendapatkan kereta Swift miliknya. Memang tinggal kereta dia
sahaja di tempat parkir itu. Semua pelajar sudah pulang ke rumah
masing-masing. Azalea Zahra tersedar sesuatu di tangannya. Sapu
tangan putih milik Aizat Farhan. Ya Allah. Macam mana dia boleh
terlupa pasal ni? Azalea Zahra menoleh ke arah perhentian bas tadi.
Aizat Farhan sudah pergi. Baru dia nak pulangkan sapu tangan ni.
Takpelah, esok dia boleh bagi.
***
Makmal kimia yang sama itu masih lagi dalam keadaan yang sama seperti sebelumnya. Cuma kali ini makmal itu dipenuhi dengan asap putih hasil dari pendidihan bahan kimia baru. Cecair yang dididihkan kali ini ialah cecair bewarna jingga yang juga tidak diketahui identitinya. Buku setebal 5 cm di atas meja itu dibelek lalu seorang ahli kimia mengambil serbuk Kalium,K yang sudah ditimbang di atas weighing boat menggunakan spatula. Serbuk itu dimasukkan ke dalam cecair jingga yang sudah menggelegak itu. 'Hisssss', itulah bunyi yang terhasil apabila serbuk Kalium, K bertindakbalas dengan cecair itu. Cecair itu kemudiannya berubah menjadi warna jernih. Seperti biasa, tabung didih itu diletakkan ke dalam rak tabung uji dengan menggunakan penyepit. Ahli kimia yang tidak memakai mask dan goggle kali ini itu tersenyum lebar setelah bahan kimia sudah selamat disediakan.
"I need my lab rats,"
Pemuda itu berjalan ke arah suatu pintu yang menghubungkan makmal dengan bilik persediaan. Matanya terkejut apabila melihat tikus-tikus makmal di dalam bilik tersebut sudah lari dan tiada dalam sangkar. Silapnya juga kerana tidak mengunci sangkar itu semasa hari terakhir eksperimen. Takpe, dia akan cari tikus makmal lagi lain kali.
To be continue..
Labels: Living Death
4:04 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|