| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (3) - The Man
Monday, June 20, 2016


Image result for emma stone wallpaper

Azalea Zahra memecut dengan laju lebih-lebih lagi apabila dia sedar melalui side mirror, dua buah kereta hitam mengejarnya dari tadi. Siapa lagi kalau bukan Aizat Farhan! Orang yang telah merosakkan harinya. Azalea Zahra menekan minyak, melanggar lampu merah dan menghentam bonggol jalan tanpa memikirkan risiko melalukan seperti itu. Dia tak mengendahkan pemandu lain membunyikan hon kepada Azalea Zahra yang kini merupakan pemandu gila. Buat seperti jalan itu bapa dia yang punya. Langsung lupa tentang undang-undang jalan raya, asalkan dia lepas dari masalah negara. 

"Kenapa kau nak sangat tangkap dia?" Tanya Alif, sahabat baik Aizat Farhan yang dari tadi fokus memandu dan mengejar Audi R8 yang dipandu oleh Azalea Zahra itu. Aizat Farhan yang duduk di seat sebelah Alif itu mendengus kasar.

"Kau tak nampak ke dia dah curi kereta aku? Kalau rosak kereta tu macam mana? Ingat aku beli kereta tu murah ke? Aku takkan bagi muka kat perempuan tu lagi lepas ni," kata Aizat Farhan penuh dendam. Dia harus selesaikan misinya. Walau bagaimanapun dia harus dapatkan Hafiz! Aizat Farhan mengeluarkan GPS tracker miliknya lalu senyuman sinis terbit di bibirnya.

"Berani betul dia lari. Dia fikir aku siapa?" 


***
Pistol kepunyaan Pak Ayub yang dicuri tadi ditempatkan di seat sebelah. Dari tadi kaki Azalea Zahra tak lepas dari menekan pedal minyak dengan kuat sehingga hampir mencecah kelajuan 180 km/j. Sudah tidak terasa sakit kaki kanannya selepas terjun mansion dua tingkat sebentar tadi. Apa yang dia fikir sekarang adalah lari. Tetapi dia rasa mustahil kerana orang-orang durjana itu seperti sudah dapat agak ke mana dia akan tuju selepas ini. 

Matanya melirik pula pada tolok suhu enjin kereta. Suhu kereta naik hampir ke tahap maksimum! Gadis itu panik dan air liurnya ditelan sedalam-dalamnya. Kereta itu berasap di bahagian bonet hadapan, memaksa Azalea Zahra berhentikan kereta di tengan jalan. Malas mahu berfikir panjang, Azalea Zahra mencapai pistol di seat sebelah dan terus keluar meninggalkan kereta berasap itu. 

Bom! Kereta milik Aizat Farhan itu tidak semena-mena meletup juga. Terlalu kuat membuatkan Azalea Zahra terperanjat. Api yang membakar kereta Audi R8 itu dapat dirasakan hangatnya di pipi Azalea Zahra membuatkan peluh menitik di wajahnya. Fuh, mujur dia sempat keluar dan tiada kenderaan lain pada waktu itu. Alif yang melihat kejadian itu langsung memberhentikan kereta. Lantas Aizat Farhan keluar dari perut kereta dan perasaan marahnya kian membuak apabila melihat kereta Audi miliknya terbakar dan hangus.

"SHIT!!!" Carut Aizat Farhan itu membuatkan Azalea Zahra dapat mendengar dari jarak yang agak jauh. Dendamnya pada gadis itu semakin membuak. 

Tanpa membuang masa, Azalea Zahra terus berlari bersama pistol di tangannya melintas jalan ke seberang. Dia tak peduli. Dia mesti lari dari lelaki itu. Kereta-kereta yang sedang dipandu, terpaksa break mengejut melihat gadis itu berlari tidak tentu arah di hadapan mereka. Bertubi-tubi bunyi hon muncul tanda kemarahan pemandu terhadap Azalea Zahra dan bermacam-macam jenis makian yang dilemparkan pada gadis gila itu kerana melakukan sesuatu yang tak masuk akal. 

"Lea?" Anis Nabilah yang hampir langgar Azalea Zahra tadi terkejut. Matanya tidak berkelip melihat Azalea Zahra berlari tidak tentu arah ke seberang pekan. Anis Nabilah menggenggam stereng keretanya. Dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena bakal berlaku!

Azalea Zahra berlari laju ke sebuah lorong yang sedikit sempit dan bersembunyi di situ. Dia tercungap-cungap kepenatan. Terasa mahu sesak nafasnya berlari selaju itu. Mujur sahaja dia selamat, cuma kaki kanannya cedera sikit. Tanpa diduga, tangan Azalea Zahra yang masih memegang pistol itu dicengkam kuat oleh seseorang dari belakang. Azalea Zahra terkejut dan matanya terbuntang. Siapa di belakang aku ni? Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang dan jantungnya terasa bagai nak gugur.



"Berani kau lari dari aku. Kau ingat kau bijak? Kau takkan dapat lari, perempuan jahanam," 

"Macam mana... kau tahu aku ada kat sini?" Soal Azalea Zahra gagap. Matilah dia kali ni. Lelaki itu betul-betul licik. Aizat Farhan tersenyum sinis dan menunjukkan suatu teknologi skrin pada Azalea Zahra. Azalea Zahra mengerut kening. Tidak tahu apa yang ditunjuk oleh lelaki itu.

"Apa tu?" 

"Kau ni memang sah bodoh. Ini namanya GPS tracker. Benda ni akan tunjuk mana tracking chip tu pergi. Faham?" Terang Aizat Farhan. Azalea Zahra masih tak mengerti.

"Tracking chip?" 

Aizat Farhan tergelak besar mendengar perkataan yang keluar dari mulut Azalea Zahra. Bodohnya perempuan ni, benda simple pun tak tahu. Aizat Farhan melepaskan tangan Azalea Zahra lalu tangannya meluru ke belakang telinga Azalea Zahra. Gadis itu menepis tangan lelaki itu.

"Apa ni sentuh sentuh aku? Kau ingat kau siapa?"

"Tracking chip tu, ada kat belakang telinga kau!" Terkejut Azalea Zahra mendengarnya. Dia menyentuh belakang telinganya. Ya, memang ada tracking chip di situ. Rupanya-rupanya Aizat Farhan sudah melekatkan chip itu sewaktu wajahnya dicengkam di dalam mansion tadi! Azalea Zahra cuba menarik chip itu tetapi tak boleh cabut.

"Tak payah nak try hard sangat. Tercabut juga telinga kau nanti. Benda tu kalau nak tanggal kena guna alat dia,"

"BULLSHIT!" Carut Azalea Zahra kepada Aizat Farhan.

"Kau carut aku? Kau takkan boleh lari dari aku. Selagi tracking chip tu ada dekat tubuh kau, aku dapat kesan mana kau pergi," kata-kata Aizat Farhan itu membuatkan Azalea Zahra semakin marah.

"Kau nak apa lagi? Aku dah cakap aku tak tahu mana abang aku. Kenapa kau tak faham bahasa?" Marah Azalea Zahra. Tanpa disedari, air matanya menitis kembali. 

"Kau tak payah cakap banyak boleh tak? Sekarang kau ikut aku balik mansion aku. Jangan sampai aku gunakan kekerasan lagi," jawab Aizat Farhan yang ego masih tinggi. Lelaki itu menghalakan pistolnya ke arah Azalea Zahra. Dia takkan beri muka pada gadis ini lagi!

"Drop your gun," arah Aizat Farhan dengan suara mendatar. Azalea Zahra menjeling lelaki itu lantas pistol Pak Ayub itu dicampak kasar dan kuat ke atas jalan. Aizat Farhan terkejut melihatnya.

"Puas hati kau? Mestilah tak, kan? Ha, sekarang kau tembak aku. Baru puas hati kau, kan?" jawab Azalea Zahra dengan perlahan membuatkan Aizat Farhan tergamam. Apa masalah perempuan ni? Takkan aku nak bunuh dia betul-betul kot. Ujar Aizat Farhan dalam hati.

"Kau penjahat! Villain! Psycho! Aku takkan ikut orang jahat macam kau! Aku nak balik rumah!!" Jerit Azalea Zahra supaya ada orang dengar dan datang selamatkannya. Malangnya, tiada orang pun yang lalu di lorong kecil itu membuatkan Azalea Zahra semakin panik.

"Kau tak payah nak berlagak jadi heroin kat sini ya. Ingat aku tak tahu yang itu cuma helah kau macam yang kau buat pada Pak Ayub tadi? Kau ingat aku bodoh?"

"Okay. Aku tak kisah kau nak cakap apa. Tembaklah aku. Apa yang kau nak cuma abang aku, kan? Dan aku betul-betul tak tahu mana dia pergi. Aku langsung tak membantu kau. Jadi kau boleh dah kot bunuh aku. Baru kau puas, kan?" Aizat Farhan tergelak besar mendengarnya lalu menurunkan pistol itu.

"Kau ni kelakar. Kalau tadi, aku memang nak abang kau. Sekarang ni, kau pun kena bayar hutang kau," kata Aizat Farhan dengan senyum manis yang tidak tahu ikhlas atau tidak. Azalea Zahra mengerut kening.

"Hutang apa?" Soal Azalea Zahra.

"Jangan nak berlagak innocent pula. Kau dah letupkan kereta aku, lepas tu kau nak buat-buat tak ingat pula ya?" Azalea Zahra menepuk dahi. Aduh, macam mana dia boleh terlupa soal kereta tu. Aizat Farhan menahan ketawa melihat reaksi Azalea Zahra itu.

"Tak, ni semua salah kau. Kalau kau tak psycho aku tadi, aku takkan takut sampai rasa nak lari guna kereta kau," jawab Azalea Zahra menuding jari sepenuhnya kepada Aizat Farhan.

"Lain kali kalau dah takut tu, tak perlu nak acah berani. Kau buat keadaan makin teruk tahu tak?" 

"Aduh!" Azalea Zahra terduduk di atas jalan lorong kecil itu. Terasa pedih kaki sebelah kanannya itu. Tiba-tiba saja rasa sakit itu kembali. Kakinya terasa sengal dan bengkak akibat banyak berlari dan terjun mansion dua tingkat. Azalea Zahra mengusap-usap kakinya.

"Kau okay ke?" Tanya Aizat Farhan yang tiba-tiba risau dengan keadaan kaki Azalea Zahra yang nampak teruk itu. 

"Kaki aku sakit. Mestilah aku tak okay," jawab gadis itu.

"Ni semua salah kau!" Sambung Azalea Zahra. Ayat itu membuatkan Aizat Farhan rasa bersalah. Azalea Zahra malas mahu bertentang mata dengan Aizat Farhan. Dia mengusap-usap lagi kakinya yang sakit itu. Harap-harap lepas ni aku baik-baik je. Wajahnya tertoleh ke sebelah kanan dan matanya tertumpu pula pada longkang yang tertutup di sebelah tempat dia duduk sekarang. Terdapat lubang kecil pada penutup longkang itu membuatkan Azalea Zahra tertarik melihatnya. Lama dia perhati lubang itu dari luar, seperti sesuatu yang tidak kena. Matanya mengecil dan tak berkelip memandang longkang itu.

"Okay, miss. Aku minta maaf sebab terpaksa buat kau. Ini semua sebab abang aku. Kau ikut aku balik mansion, dan aku akan rawat kau kat sana. Okay?" Kata Aizat Farhan yang cuba menurunkan ego. Malangnya, kata-kata itu seperti tidak didengari oleh Azalea Zahra. Aizat Farhan mengeluh apabila melihat Azalea Zahra masih memandang ke arah longkang tertutup itu. Apa yang cantik sangat longkang tu pun aku tak tahu. Baik pandang aku je.

"Aku tahu kau marah aku. Tapi tolong bagi aku kerjasama. Please. Aku janji aku akan rawat kau kat mansion aku nanti. Aku akan jaga kau baik-baik. Makan minum kau akan terjaga kat sana. Don't be afraid," sekali lagi, Azalea Zahra tidak mendengar kata-kata itu. Sampai begitu sekali gadis ini marah padanya. Dan sekali lagi juga Aizat Farhan mengeluh. Suka hati kaulah. Pandang jelah longkang tu sampai bila-bila

Mata gadis itu masih tertumpu ke dalam lubang tersebut. Azalea Zahra mendekatkan kepala untuk melihat apa sebenarnya yang dia cuba cari dari tadi. Aizat Farhan berasa semakin aneh melihat gadis itu. Azalea Zahra memegang penutup longkang dan cuba mengangkat penutup yang agak berat itu. Dan,

"AHHHHHHHHHHHH!!!!!!" Azalea Zahra menjerit sekuat hati kerana terkejut melihat mayat yang dibaringkan tersorok dalam longkang tersebut. Jeritannya itu bergema dan mampu didengari oleh masyarakat di pekan itu. 
***
Image result for anne hathaway

Suasana dalam kelas itu teramatlah sunyi kerana semua pelajar sibuk menyalin apa yang ditulis oleh cikgu pada papan putih. Seorang guru yang memakai baju kebaya bewarna biru pekat dengan rambut lurus panjang dibiarkan terlepas memerhati semua pelajar sedang khusyuk menyalin. Sesekali dia terpandang kerusi kosong di meja belakang. Hish, pasti budak tu lagi.

"Mana Zayn?" Soal guru tersebut kepada semua pelajar. Semua pelajar senyap kerana tidak mahu masuk campur hal Zayn. Mereka semua tahu Zayn bukan calang-calang orangnya. Lebih-lebih lagi Zayn adalah anak doktor dan dari keluarga orang kaya.

"Saya tanya ni. Mana Zayn?!" Soalnya lagi dengan nada sedikit menengking kerana pelajar semua bersubahat mendiamkan diri untuk menyembunyi kesalahan budak itu.

"Em cikgu Hazirah, Zayn...dia ponteng," jawab Mira, adik Amir Hamzah yang merupakan rakan sekelas Zayn. Semua pelajar di dalam kelas itu berhenti menyalin dan mata mereka tertumpu pada Mira. Berani betul perempuan tu lapor pada cikgu.

"Okay, terima kasih Mira," ucap cikgu yang bernama Hazirah setelah mendengar maklumat yang disampaikan oleh Mira sebentar tadi.

"Saya tak kisah awak semua ni anak siapa. Anak Dato ke, anak doktor ke, anak pilot ke, bila awak semua melangkah saja ke sekolah awak semua WAJIB dengar cakap saya. Saya cikgu dan awak pelajar. Jadi tolong hormat," pesan Hazirah dengan wajah 'kerek' kepada semua pelajar. Pelajar mana saja yang suka dengan cikgu Hazirah yang garang itu. Hazirah memandang meja kosong milik Zayn. Budak ni tak habis-habis cari masalah dengan aku! 
***


Image result for zac efron smile


"Abang, tolong bagitahu Lea siapa yang buat abang macam ni?! Abang!! Abang, bangunlah abangg! Jangan tinggalkan Lea. Kenapa abang ada kat sini? Siapa yang sembunyikan abang? Abang!!! Answer me!! Abang Hafiz!!" Ratap Azalea Zahra yang hanya mampu melihat dari jauh di luar garisan. Dia tidak boleh melepasi garisan kuning kerana polis sedang menjalani siasatan di lorong tersebut. Azalea Zahra seperti tidak boleh terima abang Hafiz meninggal dalam keadaan yang sangat hina. Air matanya mengalir deras. Sederas yang mungkin. Air mata itu tidak akan pernah kering. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang dia rasa sekarang. Dia tidak peduli dengan penduduk pekan yang ramai berkumpul di belakangnya. Semua juga turut berkerumun di tempat yang sama untuk melihat apa yang berlaku.

"Abang, tolonglah bangun! Ini Lea, abang. Ini Lea. Tolong jangan buat Lea macam ni. Jangan tinggalkan Lea. Jangan tinggalkan mak. Jangan tinggalkan kak Anis. Please, abang. Bangun!" Ratap Azalea Zahra sekuat hati. Aizat Farhan yang memerhati keadaan gadis itu turut berasa simpati. Lelaki itu mengusap-usap bahu Azalea Zahra bagi meredakannya. Tiba-tiba hatinya yang keras itu menjadi lembut pula sehingga terbit rasa kasihan pada gadis malang itu. Terbit pula rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan pada Azalea Zahra.
***
Hazirah berjalan ke arah tempat menunggu pengangkutan dengan tangannya penuh dengan buku latihan pelajar. Semua pelajar yang berada di situ memerhati cikgu tersebut. Biasalah, budak sekolah. Kalau nampak cikgu di mana-mana memang akan diperhati dari atas ke bawah. Hazirah terpandang pada sekujur tubuh lelaki yang berdiri dengan kertas keras besar bewarna putih di tangannya. Kertas besar itu menutup wajahnya menyebabkan Hazirah tidak tahu siapa orangnya. Kertas putih yang tertulis "Hello my future wife" itu ditatap lama. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang berada di situ. Semua sibuk memerhati tingkah laku lelaki itu. Hazirah mendekati orang tersebut lantas lelaki misteri itu akhirnya menurunkan kertas dan menunjukkan wajahnya sambil tersenyum.

"Mikhail Iman?" Seru Hazirah pada lelaki yang dia terlebih kenal itu. Lelaki yang bernama Mikhail Iman itu ketawa.

"Yes, sayang. It's me. Jomlah kita balik. Aku hantar kau," ajak Mikhail Iman lalu dibukakan pintu keretanya buat Hazirah. Hazirah hanya menjeling dan tanpa buang masa terus masuk ke dalam kereta. Malu dengan pelajar! Mikhail Iman mengambil tempat di seat pemandu. Kertas besar tadi diletakkan di seat belakang. Hazirah menoleh ke belakang untuk melihat kertas tersebut.

"Future wife? Seriously?" Kata Hazirah dengan wajah meluat dengan Mikhail Iman yang tak tahu malu mengaku dirinya itu bakal isteri.

"Yes, why not?" Jawab Mikhail Iman yang sudah mula memandu.

"Kau tak malu ke? Semua orang tengok kau tadi," ujar Hazirah membuatkan Mikhail Iman tersenyum.

"Nak malu apanya. Memang kita akan kahwin suatu hari nanti, kan?"

"Siapa cakap? Kau tak malu ke kahwin dengan janda macam aku?"

"Absolutely not. Kau janda, tapi kau cantik. Aku tak faham kenapa Hafiz boleh ceraikan kau."

"Siapa benarkan kau sebut nama lelaki tu? Berhenti sekarang, aku nak turun!" Marah Hazirah. Sungguh dia sakit hati bila mendengar nama lelaki durjana itu. Mikhail Iman tersentak mendengarnya.

"Eh, okay okay I'm sorry. Please, okay? Jangan marah kat aku," ujar Mikhail Iman yang risau sekiranya Hazirah marahkan dia. Sungguh garang Hazirah ni sampai boleh menakutkan lelaki perkasa seperti Mikhail Iman.

"Aku sakit hati setiap kali dengar nama laki tu. Aku tak faham kenapa dia  kahwin dengan budak hingusan tu. Bukannya cantik pun. Lelaki macam tu patut mati je eloknya!" Kata Hazirah membuatkan Mikhail Iman terbuntang mata. Perempuan memang suka bercakap tanpa berfikir.

To be continue...

Labels:



12:29 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar