| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (10) - Archery
Saturday, July 2, 2016




Seorang lelaki melabuhkan punggung di atas katil bujang miliknya. Dinding bilik yang kecil itu dihiasi dengan banyak gambar seorang perempuan. Begitu juga dengan meja hiasan yang terletak di sebelah katil. Gambar seorang perempuan yang sama disimpan elok di dalam bingkai gambar. Bingkai gambar itu dicapai lalu wajah perempuan itu ditenung lama. 

"I'm still loving you," sebut lelaki itu perlahan. Wajah gadis cantik dalam gambar itu disentuh. Dia takkan mungkin dapat sentuh wajah itu jika berdepan dengannya. Cukuplah dengan hanya menyentuh sekeping gambar. Lantas air matanya mengalir.

"Aku tak boleh terima kenapa keluarga kau tak suka aku, Azalea." Amir Hamzah melepaskan tangisnya. Itu sahaja dia mampu lakukan untuk menunjukkan yang dia masih sayang pada Azalea Zahra. Walaupun mereka berdua satu kelas di kolej, Azalea Zahra sengaja mengelakkan diri dari Amir Hamzah. Ini membuatkan Amir Hamzah semakin benci pada arwah Hafiz. Dah meninggal pun masih nak sakitkan hati aku! 

Lamunan Amir Hamzah terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Tangisnya dipaksa berhenti serta-merta dan air matanya diseka. Telefon bimbit yang terletak di atas katil itu dicapai lalu panggilan dari Hazirah itu dijawab.

"Hello, Hazirah? Kenapa?" Sapa Amir Hamzah terus tanpa membuang masa. Ada saja manusia mahu mengganggu masa lelaki itu untuk bersendirian.  

"Kau tak pergi memanah ke harini?" Soal Hazirah.

"Tak rasanya. Aku sibuk. Esok banyak assignment nak kena hantar. Kau pergilah dengan Mikhail," cadang Amir Hamzah.

"Hmm aku pun taknak pergi. Aku pun penat ni baru balik sekolah. Tapi Mikhail ni asyik paksa aku ikut je. Bosanlah tak ada kau," kata Hazirah.

"Maaflah. Aku memang tak boleh pergi. Aku sibuk. Jumpa lain kali."


"Okay, takpelah." Hazirah mematikan talian. Wanita itu mengeluh kerana tawarannya ditolak. Ini bukan sekali dua Amir Hamzah tak mahu menemaninya. Mungkin lelaki itu ada masalah.

Image result for ryan mcpartlin

Seorang ahli  patologi forensik mengenakan baju bedah bewarna hijau, sarung tangan plastik dan memakai mask itu sedia memeriksa tubuh mangsa di hadapannya. Tubuh mayat yang sudah ditiarapkan di atas meja forensik dibelek setiap inci. Lubang kecil yang terdapat di belakang dada mayat disentuh perlahan dengan teliti. Lubang itu terlalu kecil untuk membuat tanggapan yang mangsa itu ditembak dengan pistol. Darah mangsa yang berada di sekeliling lubang kecil itu diusik. 

Ahli patologi forensik itu mengukur diameter lubang itu dengan pembaris. 8.7 mm? Kening lelaki itu berkerut dan mula bertanya sendiri dalam hati. Kenapa kecil sangat? Nak kata lidi, lidi boleh patah kalau kena badan. Buluh ke? Eh takkan la buluh tajam sampai boleh tembus jantung. Anak panah ke? Jejaka itu mula mencatat butiran-butiran baru yang dia dapat setelah memeriksa mayat itu di dalam buku khas. Buku tersebut diletakkan di atas meja bersebelahan dengan botol kecil yang berisi sampel darah milik mangsa. Telefon bimbit Samsung Galaxy S7 yang juga berada di atas meja itu dicapai lalu lelaki itu dail nombor telefon sahabatnya.

"Hello, Farhan," sapa ahli forensik itu.

"Hello, Alif? Ada apa call ni?" sapaan Alif itu dibalas oleh Aizat Farhan dalam talian.

"Aku dah jumpa satu maklumat penting tentang suspek." Kata-kata Alif itu membuatkan Aizat Farhan membuntangkan mata kerana teruja. 

"Dah dapat? Apa dia? Bagilah tahu aku," kata Aizat Farhan dengan rasa tak sabar.

"Aku dah tengok lubang kat belakang badan Hafiz. Diameter dia kecil sangat. Ukuran 8.7 millimeter je. Senjata tu mungkin panjang, nipis dan tajam. Mungkin juga berat sebab momentum tinggi sampai boleh bunuh orang." Aizat Farhan mula berfikir sejenak. Momentum tinggi? Pistol ke? Kalau pistol, lubang dia tak sekecil itu. Anak panah?

"Anak panah ke?" Soal Aizat Farhan untuk kepastian.

"Aku pun rasa macam tu juga tadi. Mungkin pembunuh tu sangat mahir memanah."

"Kau pasti ke?" kata Aizat Farhan yang mula syak sesuatu. Farez Edrin ke? Dia memang mahir dalam memanah. Takkan lah abang dia nak bunuh Hafiz?

"Takpe. Aku cuba cari bukti lain. Aku penat ni, dah 8 jam berdiri," kata Alif.


"Okay, okay. Kau rehatlah dulu. Terima kasih," Aizat Farhan mematikan talian. Telefon bimbitnya digenggam kuat. Seorang pemanah? Sanggup manusia itu menyalahgunakan ilmu sunnah untuk membunuh orang. Satu-satunya orang hebat dalam memanah yang Aizat Farhan kenal hanyalah abangnya sendiri, Farez Edrin. Dia harus bercakap dengan Farez Edrin!
***




Mikhail Iman menarik tali busur dengan anak panah yang sudah pun tersedia di bahagian 'arrow rest'. Lengan sasa miliknya mampu menahan pengecutan otot yang fleksibel untuk menarik tali itu. Matanya fokus memandang target nombor sepuluh yang berada di tengah-tengah bulatan sejauh 60 meter. Tubuh sasa itu dikeraskan lalu anak panah mula dilepaskan. Anak panah itu tercucuk pada point nombor sembilan. Hampir sahaja nak kena tengah. Lelaki itu memandang susuk tubuh wanita yang duduk diam di ruang menunggu. Busur dan quiver berisi anak panah itu diserahkan kepada pemain lain yang sudah lama menunggu untuk memanah. 

Mikhail Iman mendekati Hazirah yang duduk termenung di atas kerusi. Entah apa yang dia menungkan pun tak tahu. Mikhail Iman menyentuh bahu Hazirah secara sentap membuatkan Hazirah terperanjat dan tersedar dari lamunannya.

"Woi, kau ni apahal?" Marah wanita itu dengan muka marah. Mikhail Iman tersenyum melihatnya. Sudah imun dengan kemarahan wanita ini. Dah biasa dimarah setiap hari membuatkan dia langsung tidak terasa hati.

"Termenung apa tu, gadis cantik?" Tegur Mikhail Iman dengan senyuman nakal. Hazirah mencebik kasar.

"Gadis kepala otak kau. Aku janda lah!" Mikhail Iman ketawa besar mendengarnya. Hazirah menjeling lelaki itu. Menyampah betul.

"Tak kisahlah gadis ke, janda ke, tapi yang cantik tu betul kan?" Gurau Mikhail Iman lagi. Tak serik-serik dimarahi Hazirah. Makin dimarah, makin suka menyakat Hazirah. Mungkin rasa sayang mampu menepis rasa kecewa membuatkan lelaki itu mengalah dan sabar.

"Kau diam boleh tak? Aku tengah penat ni." 

"Penat? Kau buat apa je penat? Bukan kau main pun tadi." Hazirah pada asalnya tidak mahu datang. Tiada mood untuk bermain hari ini. Kalaulah ada Amir Hamzah di sini menemaninya, mungkin dia tak sebosan ini. Tapi disebabkan dia agak rimas dengan pujuk rayu Mikhail Iman yang sangat mengharapkan kehadirannya membuatkan dia terpaksa datang. Alasan lelaki itu dia tak boleh perform tanpa Hazirah di sisi. Hazirah hanya senyap tanpa menjawab soalan lelaki itu membuatkan Mikhail Iman khuatir.

"Hazirah, kenapa ni? Kalau ada masalah, bagilah tahu aku." Sekali lagi, Hazirah hanya mendiamkan diri. Mikhail Iman kenal sangat dengan perempuan ini. Tak mungkin dia akan senyap macam ni. Paling biasa pun Mikhail Iman dimarah lagi dan lagi. Jika Hazirah bersikap diam seperti itu, mungkin gadis ini ada masalah yang dipendamkan.

"Hazirah, please answer me," rayu Mikhail Iman. Hazirah menelan air liur dan mula memandang muka lelaki itu tepat.

"Kau tahu tak polis jumpa apa?" Soal Hazirah perlahan. Dipandang sekeliling tempat menunggu untuk memastikan tiada siapa yang mendengarnya. Soalan itu membuatkan Mikhail Iman panik. 

"Jumpa apa?" Tanya lelaki itu dengan muka takut.

"Mayat Hafiz," jawab Hazirah pendek.

"Apa?!" Mata Mikhail Iman terbuntang dan keningnya dikerutkan. Dia tak salah dengar, bukan?

"Polis jumpa mayat Hafiz. Hafiz dah mati kena bunuh." Setiap perkataan yang keluar dari mulut Hazirah itu membuatkan jantung Mikhail Iman hampir gugur. Macam mana polis boleh jumpa? Wajah Hazirah yang juga dalam ketakutan itu diperhati. 

"Kau nak tahu apa yang lebih menakutkan?" Soal Hazirah lagi. Mikhail Iman hanya mengangguk perlahan. Tidak sanggup untuk mengeluarkan suara saat itu.

"Azalea Zahra datang jumpa aku tanya sesuatu pasal anak," tegas Hazirah lagi. Kali ini Mikhail Iman betul-betul terasa nak mati. Dada bidangnya disentuh perlahan dan cuba menenangkan diri. Anak? Azalea tahu pasal anak?

"Listen here carefully, Mikhail Iman. Do you love me?" Soal Hazirah perlahan sambil menatap mata Mikhail Iman dengan muka serius. 

"Yes. Very much," jawab Mikhail Iman pendek dan jelas sambil mengangguk kepala berkali-kali.


"If you do, make sure you shut your mouth up. One day, the girl will see you. And don't say anything about the child." Mata Mikhail Iman mula berair di dalam mata saat itu. 
***



Kereta Mercedes Benz bewarna coklat dihentikan betul-betul di hadapan rumah sederhana milik Azalea Zahra. Gadis itu turun dari kereta milik Farez Edrin itu. Beg kertas yang diberikan oleh lelaki tersebut dipegang kemas. Azalea Zahra tersenyum manis pada Farez Edrin yang juga sudah keluar dari perut kereta.

"Thank you for helping," ucap Azalea Zahra dengan lemah lembut. Kereta Suzuki Swift  milik gadis itu merajuk pagi tadi menyebabkan gadis itu tak dapat pergi kuliah menggunakan kereta. Pagi tadi dia terpaksa pergi kuliah dengan menaiki bas. Malangnya, setelah habis kelas dia ketinggalan bas. Mujur sahaja Farez Edrin ada di sana tiba-tiba datang menawar diri untuk membantu Azalea Zahra.

"You're welcome. Very glad to help you," balas Farez Edrin kembali. Senyuman Azalea Zahra itu membuatkan hatinya cair. Terasa bagai dunia berhenti berputar.

"Oh, thank you again for the blouse," ucap Azalea Zahra sekali lagi. Kali ini untuk blaus baru yang sudah dibelikan untuknya. Mungkin blaus itu sebagai ganti blaus yang rosak disebabkan tingkah laku Farez Edrin yang dilakukan tanpa berfikir tempoh hari.

"You don't have to say thank you for that. I'm the only one who should be blamed," jelas Farez Edrin sebelum menepuk bahu milik Azalea Zahra. Anis Nabilah yang berada di dalam rumah Azalea Zahra pada waktu itu tergamam melihat mereka berdua di hadapan rumah. Azalea dengan Farez Edrin? Apa diaorang buat? Nak menggedik minta tolong Farez Edrin rupanya. Patutlah sanggup taknak pergi kuliah naik kereta hari ni. Mesti dia dah rancang semuanya.

"Try it on later, okay. Tell me if it doesn't fit you," sambung Farez Edrin lagi. Azalea Zahra tersenyum manis sekali lagi dan mengangguk mendengar pesanan lelaki itu.

Kereta Bentley bewarna biru yang amat dikenali Azalea Zahra tidak semena-mena juga berhenti di hadapan rumah. Azalea Zahra menoleh ke arah kereta tersebut dan keningnya dikerutkan. Terkejut dengan apa yang dia sedang perhati itu. 

Aizat Farhan yang berkaca mata hitam turun dari kereta tersebut dan mula mendekati mereka berdua. Azalea Zahra hanya memandang lelaki itu tanpa berkata apa-apa manakala Farez Edrin mula menayangkan wajah sinis pada adiknya itu.

"Apa kau orang buat kat sini?" Soal Aizat Farhan dengan wajah serius. Azalea Zahra menelan air liur. Teringat kembali peristiwa menggerunkan saat berada di mansion milik lelaki itu. Takut sehingga sanggup terjun tingkap untuk melarikan diri.

"Jangan salah faham, Farhan. Farez cuma tolong aku je. Dia hantar aku sebab aku tak ada transport," jawab Azalea Zahra perlahan. Tidak semena-mena, Anis Nabilah muncul dari dalam rumah dan mendekati mereka. Kehadiran Anis Nabilah itu membuatkan Farez Edrin tersentak. Aizat Farhan yang perasan mengenai reaksi dan respon Farez Edrin sebentar tadi mula mengesyaki sesuatu.

"Kenapa tak call aku je? Aku pun boleh jemput kau," sampuk Anis Nabilah tanpa rasa segan silu. Pandangan tajam dari anak mata kakak iparnya itu membuatkan Azalea Zahra tidak berani bersuara. 

"Why are you here, Farhan? Are you here to see my girlfriend?" Soal Farez Edrin selamba tanpa menghiraukan kewujudan Anis Nabilah.

"Farez?" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Anis Nabilah setelah mendengar kata-kata Farez Edrin itu. Azalea Zahra mula tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

"I'm not your girlfriend, Farez. Stop it," tegas Azalea Zahra kerana kasihan melihat Anis Nabilah yang jelas kelihatan kekecewaan di matanya.

"Tak. Aku datang sini bukan nak jumpa dia. Tapi aku nak cakap sikit dengan kau," kata Aizat Farhan dengan muka kerek. Dia dah tak peduli siapa Farez Edrin. Farez Edrin mengangkat keningnya.

"What is it?"

"Did you kill Hafiz?" Farez Edrin tersentak mendengar soalan Aizat Farhan yang sangat berterus terang tanpa berlapik itu. Anis Nabilah lebih terkejut mendengar nama bekas suaminya disebut oleh lelaki yang dia kenal sebagai adik kepada Farez Edrin itu. Azalea Zahra yang berada di situ turut sama terperanjat mendengarnya. 

"Farhan, apa yang kau cakap ni?" Soal Azalea Zahra kepada lelaki berkaca mata hitam itu. Aizat Farhan memandang Azalea Zahra.

"Hafiz's killer is an archery player," jelas Aizat Farhan dengan fakta yang tepat itu. Hampir gugur jantung Azalea Zahra dan Anis Nabilah mendengarnya. Archery player? Biar betul.

"Hey, kid. Do you have any evidence to say that I'm the killer? Do you think I am the one who involved in archery game? Wow, how stupid my brother is," kata Farez Edrin yang cuba menegakkan kebenaran. Aizat Farhan hanya ketawa mendengarnya. Marah sungguh abangnya ini. Dia tanya soalan je kot.

"I'm just asking. If you are not the killer, so it's okay," jawab Aizat Farhan dengan penuh sinis. Jelas kelihatan Anis Nabilah memandang wajah lelaki itu dengan pandangan tak puas hati. Jadi dialah kawan Azalea Zahra yang pandai-pandai nak siasat tentang kematian Hafiz itu? Adik Farez Edrin rupanya. Lelaki ini telah menyebabkan perempuan itu masuk campur hal rumah tangga Anis Nabilah.

"Kau ingat kau siapa main suka-suka je nak tuduh orang?" Marah Anis Nabilah. Aizat Farhan terpana melihat isteri Hafiz yang dalam sedang hamil itu. 

"Lea, inilah sebab kenapa aku taknak kau dan kawan kau siasat apa-apa pasal Hafiz. Budak-budak macam kau orang ni jangan nak masuk campur. Itu semua kerja polis. Cepat masuk!!" Anis Nabilah terus menarik tangan Azalea Zahra supaya lekas masuk ke dalam rumah. Azalea Zahra menoleh ke arah Aizat Farhan dengan penuh rasa bersalah. Kak Anis Nabilah marah Aizat Farhan? Dia yang minta pertolongan Aizat Farhan untuk siasat soal Hafiz. Kasihan pula lihat Aizat Farhan dimarah sebegitu rupa. Ini semua salah dia!


Image result for elizabeth gillies angry

Azalea Zahra selamat ditarik masuk ke dalam rumah dengan beg kuliah dan beg kertas di tangannya. Pintu utama rumah ditutup rapat dan dikunci. Anis Nabilah memandang Azalea Zahra dengan jelingan panas.

"Kau tahu Farez Edrin tu siapa?" Soal Anis Nabilah yang terus menghampiri Azalea Zahra itu. Rasa sangat meluat apabila memandang muka gadis ini.

"Siapa dia, kak? Apa hubungan dia dengan akak?" Soal Azalea Zahra dengan lembut. Belum hilang rasa hormat pada kakak iparnya.

"Dia tu ex-boyfriend aku. Faham dah?" Azalea Zahra mengangguk kepalanya berkali-kali. Oh, bekas kekasih rupanya. Patutlah Anis Nabilah rasa kecewa setelah Farez Edrin mengaku dirinya itu teman wanita lelaki itu.

"Akak jangan salah faham. Dia dengan Lea tak ada apa-apa pun. Akak boleh tak jangan asyik nak marah-marah? Akak mengandung tahu tak? Apa jadi dengan kandungan akak nanti kalau akak asyik baran je," tegur Azalea Zahra. Pelik juga dia dengan Anis Nabilah. Sejak kehilangan Hafiz ni wanita itu semakin cepat marah dan panas baran tak tentu pasal. Anis Nabilah ketawa sinis mendengarnya. 

"Kau jangan nak pura-pura macam kau ni peduli pasal aku."

"Akak, tolonglah jangan mengarut," ucap Azalea Zahra yang cuba menurunkan ego.

"Eh, kau diamlah. Jangan nak tunjuk baik kat sini. Kau tahu kan yang aku akan bunuh kandungan aku ni?" Kata-kata Anis Nabilah itu membuatkan Azalea Zahra terkejut. Apa ni? Dia tak salah dengar kan?

"Akak, akak gila ke? Kandungan ni hampir lapan bulan tahu tak. Akak dah nak beranak dah pun!" Tegur Azalea Zahra dengan suara yang sedikit meninggi. Dia terpaksa tinggikan suara kali ni. Ia melibatkan nyawa bayi itu membuatkan Azalea Zahra cuba menghalang keputusan Anis Nabilah yang satu ini.

"Aku peduli apa? Kalau kau taknak aku bunuh kandungan aku, kau jauhkan diri kau dari Farez."

"Nyawa orang akak jangan nak buat main ya. Akak ingat akak siapa? Akak ingat akak Tuhan ke sampai akak rasa akak boleh bunuh kandungan akak sesuka hati?!" Marah Azalea Zahra. Tak sangka hanya disebabkan lelaki pelik itu Anis Nabilah sanggup pertaruhkan nyawa bayi dalam kandungannya. Kali ini sudah hilang rasa hormat dia pada Anis Nabilah yang selama ini adabnya dijaga. Anis Nabilah ketawa besar mendengar amarah Azalea Zahra itu.

"Habis kau tu ingat kau siapa? Aku yang mengandungkan dia. Aku yang rasa sakit selama ni. Jadi kalau aku nak gugurkan pun, kau peduli apa? Kau boleh buat apa kalau aku nak bunuh kandungan ni juga?" Kata Anis Nabilah dengan muka lebih kerek dari Aizat Farhan tadi. Azalea Zahra beristighfar dalam hati. Sungguh dia tak sangka kakak ipar yang selama ini disangka baik sanggup melakukan perkara terkutuk.

"Akak tak sayang abang Hafiz ke? Anak tu satu-satunya peninggalan Hafiz untuk akak! Apa yang akak nak lagi? Apa lagi yang akak rasa tak cukup?! Kak, mengucap kak. Jangan dengar sangat hasutan syaitan tu."


"Hafiz? Hahahahaha. Jangan disebut nama orang dah tak ada. Dia dah tak ada dah pun dalam dunia ni. Dia pun dah tak kisah anak dia hidup ke tak. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup juga. Dan aku rasa budak dalam perut ni tak diperlukan pun dalam dunia. Banyak lagi peninggalan Hafiz untuk aku. Semua harta dia jatuh pada kita semua. Jadi apa kau nak cemburu? Apa yang membuatkan kau sayang sangat kat budak ni? Kau tu mak dia ke?"

Sedang asyik Anis Nabilah berbicara tanpa berfikir, tidak semena-mena wanita itu terdengar seperti seseorang mengetuk tingkap rumah dengan kuat. Anis Nabilah menoleh ke arah tingkap tersebut di ruang tamu yang tidak jauh dari tempat mereka berbicara.

"AHHHHHHHHHH!!!!" Jerit Anis Nabilah kerana terkejut melihat Hafiz sedang mengetuk cermin tingkap itu. Ya, itu memang Hafiz! Dia tak salah pandang. Tangan wanita itu mencengkam kuat rambut-rambutnya sendiri kerana ketakutan menguasai diri. Wajahnya merah dan nafasnya tercungap-cungap kerana menjerit terlalu kuat menyebabkan Azalea Zahra yang berada di hadapannya terkejut melihat kakak iparnya itu. Anis Nabilah memejamkan matanya serapat yang mungkin dan tubuh wanita itu terduduk di lantai berhadapan dengan Azalea Zahra. Azalea Zahra yang rasa amat khuatir itu mendapatkan wanita tersebut.

"Akak, kenapa dengan akak ni? Akak okay ke?" Pujuk Azalea Zahra. Anis Nabilah masih lagi dalam keadaan yang sama. Masih mencengkam rambut dengan kuat dengan mata yang terpejam sambil bernafas tercungap-cungap.

"Kak, bertenang." Belakang badan Anis Nabilah diusap lembut bagi menenangkan wanita itu. Anis Nabilah yang sedar tentang perbuatan gadis itu mula rasa tenang sedikit. Wanita itu menuding jari ke arah tingkap berkenaan tetapi matanya masih dilelapkan dan kepalanya ditoleh tempat lain. Tak mahu lihat sekali lagi apa yang dia nampak sebentar tadi. Azalea Zahra mula mengerut kening kerana aneh dengan kelakuan wanita di hadapannya ini.

"Kau ada nampak tak tadi?" Kata Anis Nabilah yang dadanya masih turun naik kerena terlalu terkejut dan takut.


"Ada apa, kak? Lea tak nampak apa-apa pun," jawab Azalea Zahra dengan jujur. Matanya memandang tingkap yang ditunjukkan oleh Anis Nabilah. Memang tak ada apa-apa. Anis Nabilah mula rasa gerun. Jadi memang betul yang selama ini dia terasa seperti diperhati. Memang hantu Hafiz sedang memerhati segala gerak geri wanita itu selama ni. Nak kata ini benda karut tapi tadi memang sudah terang lagi bersuluh wajah Hafiz yang masih hidup sedang mengetuk cermin tingkap memanggilnya. Adakah wanita ini sudah gila? Anis Nabilah menggosok-gosok bahunya sendiri. Cuba untuk melupakan kejadian tadi. Air matanya mula menitis. Hafiz, kenapa kau dah meninggal pun kau masih nak ganggu aku?
To be continue...

Selamat menyambut hari raya Aidil fitri kepada semua pembaca. Segala salah dan silap harap dapat dimaafkan dan dilupakan pada masa akan datang. 
Ini bukan novel pertama yang saya tulis, namun segala kesalahan ejaan, jalan cerita tak menarik, tidak logik, plot cerita yang membengangkan (lol) dan kesalahan tatabahasa akan diperbaiki pada masa akan datang http://media.tumblr.com/8077f29f89481ff17af47f4a25d641aa/tumblr_inline_mfng3rQrPM1qdlkyg.gif
Assalamualaikum.
Enjoy your Aidil Fitri! 

Labels:



5:25 PM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar