Living Death (15) - Blood
Tuesday, August 16, 2016
Aizat Farhan duduk di atas sofa ruang tamu yang agak empuk itu. Lelaki itu mencapai segelas air yang diletakkan di atas meja kecil, lalu meneguk air itu dengan perlahan. Rasa hausnya kian berkurang dan tekaknya tidak lagi terasa kering. Sesekali jejaka tersebut menjeling jam dinding.
Loceng mansion itu tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan datangnya seseorang. Aizat Farhan terpaksa bangun dari duduknya dan menuju ke arah pintu utama mansion tersebut. Pintu itu dibuka perlahan dan lelaki itu terpana melihat makhluk cantik di hadapannya kini.
"Zahra." Azalea Zahra tersenyum kelat. Gadis itu terpaksa hadir ke mansion itu untuk memberi semua kemahuan Farez Edrin.
"Ada apa datang sini? Ada nak minta tolong apa-apa ke?" Soal Aizat Farhan dengan lembut. Rasa pelik juga mengapa Azalea Zahra datang ke situ tanpa pengetahuannya.
"Alif ada?" Pinta Azalea Zahra, terus pada tujuannya datang ke tempat Aizat Farhan.
"Dia tak ada. Dia keluar dengan Aida. Mungkin malam ni baru dia balik. Kenapa?" Azalea Zahra menggeleng kepalanya serta-merta. Dalam hatinya terbit rasa kecewa kerana Alif tiada di mansion itu.
"Erm, tak apalah kalau macam tu. Malam ni aku datang balik. Aku pergi dulu," kata Azalea Zahra sebelum berpaling ke belakang untuk meninggalkan mansion tersebut.
"Azalea Zahra!" Langkah Azalea Zahra terhenti apabila nama penuhnya dipanggil. Kepalanya kembali menoleh ke arah Aizat Farhan yang masih di pintu mansion.
"Ada apa-apa yang boleh aku tolong ke? Kenapa nak jumpa Alif? Nanti aku tolong bagitahu dia," kata Aizat Farhan yang mula curiga dengan sikap Azalea Zahra itu. Dia yakin pasti gadis itu menyembunyi sesuatu darinya.
"Eh, tak apalah. Aku baik-baik je," jawab Azalea Zahra dengan senyuman dipaksa tarik. Aizat Farhan menghampiri gadis itu.
"Bagitahu aku apa yang tak kena," tegas Aizat Farhan dengan muka serius. Tiada lagi senyuman di bibirnya apabila sikap Azalea Zahra berubah pelik. Azalea Zahra menjeling wajah Aizat Farhan lalu air liurnya diteguk. Jari jemari di tangan belah kanannya digenggam kuat oleh Aizat Farhan membuatkan gadis itu tergamam.
"Bagitahu aku cepat. Kalau tak jangan mimpi kau boleh pergi dari sini," ugut Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra cemas. Peristiwa tempoh hari akan berlaku lagi. Di mana gadis itu ditahan dalam mansion Aizat Farhan hanya kerana dia gagal memberi apa yang lelaki tersebut mahu.
"Aku cuma nak sampel darah dengan pakaian arwah abang aku. Ada orang cakap benda tu forensik yang simpan."
"Siapa cakap?" Soalan Aizat Farhan itu menyekat suara Azalea Zahra untuk menjawab. Farez Edrin sudah berpesan supaya jangan beritahu adiknya tentang apa yang dia perlukan.
"Zahra, answer me. Nak buat apa benda tu?"
Anis Nabilah menyentuh perutnya yang mula mengempis. Rasa gelisah mengenai anaknya masih lagi berbekas. Dr. Yunus sudah bunuh anak itu ke? Paling kasihan pun, anak itu dibuang atau diletakkan di masjid. Apa yang penting, wanita itu tidak mahu melihat bayi itu sampai bila-bila. Anis Nabilah menghela nafas berat. Lamunannya terhenti saat daun pintu bilik itu dikuak dengan perlahan. Wanita itu menyangka Dr. Yunus yang masuk. Namun, bukan beliau.
Centrifuge makmal berjenama Hettich itu diperiksa dengan teliti, begitu juga dengan elektroferosis gel. Farez Edrin memastikan alat tersebut dalam keadaan yang baik supaya eksperimennya kali ini berjaya. Jejaka itu menyelak fail yang di dalamnya terdapat banyak kertas A4 yang bertulis. Salah satu kertas tertulis 'Perancangan Eksperimen (24)' itu ditarik keluar dan dibaca. Kertas tersebut dikepilkan sekali dengan jotter eksperimen bagi memudahkan lelaki itu memahami setiap prosedur dalam bentuk gambar rajah.
Tidak semena-mena, pintu makmal yang tidak berkunci itu dikuak dengan kasar membuatkan Farez Edrin rasa terganggu. Pekerja mana yang berani masuk makmal peribadinya tanpa kebenaran? Belum sempat Farez Edrin menoleh ke arah manusia itu, sepasang pakaian yang berada dalam plastik lutsinar dicampak ke muka lelaki tersebut. Farez Edrin memandang manusia biadap itu.
"I'm very sorry, Sir Farez. I've told him not to enter this room but he didn't listen to me," kata pengawal keselamatan yang sepatutnya tidak membenarkan sesiapa masuk pada waktu itu. Kekuatan Aizat Farhan menentang pengawal tersebut mampu mengalahkan orang tua itu. Azalea Zahra yang turut berada di situ hanya memandang dua jejaka tersebut dengan pandangan redup. Wajah gadis itu ditundukkan kerana rasa bersalah yang menggunung.
"Apa motif kau suruh Zahra ambil pakaian tu? Apa rancangan kau sebenarnya, ha?!" Tengking Aizat Farhan tanpa rasa cuak. Farez Edrin yang dari tadi duduk di atas kerusi mula meletakkan kertas perancangan eksperimen itu di atas meja. Ahli kimia itu bangun dari duduk dan memandang adiknya dengan pandangan tajam.
"Bravo! This is the first time my little bro enters my house without my permission," kata Farez Edrin dengan dada bidangnya naik turun kerana geram dengan sikap biadap Aizat Farhan.
"Ada aku kisah? Apa kau nak buat dengan benda ni? Kenapa suruh Zahra datang sini seorang diri?" Aizat Farhan terus bertanya dengan wajah bengis. Dia sudah tidak peduli dengan siapa dia bercakap. Dia sangat yakin Farez Edrin berniat jahat terhadap Azalea Zahra. Mana mungkin tiba-tiba sahaja lelaki durjana itu suruh gadis tersebut datang seorang diri tanpa bertemankan sesiapa melainkan ada rancangan untuk mengenakannya.
"Shut up. I know what I'm doing, kid. Where's the blood sample?" Farez Edrin masih tidak peduli dengan soalan Aizat Farhan. Azalea Zahra menghampiri mereka berdua dan menghulurkan botol kecil yang berisi sampel darah. Farez Edrin menyambut huluran itu tanpa memandang wajah gadis itu. Sedang marah barangkali. Pelekat pada botol itu tertulis nama "HAFIZ ABDUL RAHMAN" dengan jelas. Senyuman mula terukir di bibir.
"Stay back. I want to detect the killer. Have a sit," kata Farez Edrin dengan tenang melayan mereka seperti tetamu walaupun sebenarnya bukan. Aizat Farhan menjeling lelaki itu lalu menarik tangan Azalea Zahra menuju ke kerusi makmal.
"Mak?"
"Kenapa tak bagitahu mak yang Anis dah bersalin?" Soal Puan Hanifah. Anis Nabilah hanya senyap tidak mahu menjawab. Dari mana ibu mertuanya dapat info tentang itu pun dia sendiri tidak tahu
"Mana cucu mak? Mak nak tengok." Anis Nabilah terpana mendengar soalan itu. Apa yang dia patut jawab? Mata Anis Nabilah melirik ke arah perutnya.
"Ada dalam bilik bayi," bohong Anis Nabilah.
"Bilik bayi tu kat mana? Mak nak pergi tengok." Perasaan cemas dalam diri semakin bertambah. Peluh mula menitik sedikit di bahagian leher. Air liurnya diteguk. Namun, belum sempat Anis Nabilah menjawab, pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang dari luar.
"Puan Hanifah," sebut Dr. Yunus dengan suara mendatar. Puan Hanifah menoleh ke arah doktor itu.
"Doktor, boleh saya tengok cucu saya?" Dengan perlahan, Dr. Yunus menyentuh bahu Puan Hanifah membuatkan wanita itu mengerutkan keningnya.
"Maafkan saya, puan. Cucu puan tidak dapat diselamatkan." Kata-kata yang keluar dari mulut Dr. Yunus itu mampu merobek jantung milik Puan Hanifah. Dada wanita tersebut terasa amat sakit dan wajahnya bertukar menjadi pucat.
"Mak? Mak okay ke?" Panggil Anis Nabilah. Dr Yunus yang mendapati keadaan Puan Hanifah yang hampir tumbang itu segara menyambut wanita itu. Kerana terlalu khuatir, Anis Nabilah juga nekad turut dari katil walaupun dalam keadaan pantang dan menyambut ibu mertuanya.
Farez Edrin tidak peduli dengan kehadiran dua manusia itu dalam makmalnya. Fikirannya terus fokus terhadap eksperimen kali ini. Sarung tangan makmal dipakai bagi mengelakkan apa-apa jangkitan dari darah. Botol kecil itu dibuka penutupnya. Picagari 2.5 ml diambil dan dicecahkan dalam darah tersebut. Darah tersebut dimasukkan ke dalam barrel apabila pelocok ditarik sebanyak 2.5 ml. Darah tersebut kemudiannya dimasukkan dengan berhati-hati ke dalam tiub centrifuge. Tiub itu ditutup rapat dan diletakkan ke dalam mesin centrifuge dengan kemas.
Farez Edrin mengeluarkan pakaian mangsa dari plastik lutsinar itu. Darah pada seluar jeans itu diperhati dan disentuh dengan tangan yang berlapikkan sarung tangan makmal. Laci bawah meja dibuka dan putik kapas diambil. Objek itu dilap dengan menggunakan tisu dan reagen yang tidak diketahui dititiskan sedikit demi sedikit. Saintis bijak itu menggosok kesan darah itu dengan menggunakan putik kapas untuk memastikan wujudnya sampel DNA melalui darah tersebut.
Tanpa membuang masa, tiub centrifuge yang lain diambil dan dibuka penutupnya. Lysis buffer dimasukkan ke dalam tiub itu lalu merendam putik kapas yang terdapat DNA dari darah pada seluar tersebut. Putik kapas itu dikeluarkan semula dan dibuang dalam tong sampah kecil berdekatan.
Azalea Zahra dan Aizat Farhan hanya memerhati jejaka itu. Menunggu apa yang Farez Edrin mahu tunjukkan pada mereka. Kini, kedua-dua tiub yang tertutup sudah berada dalam centrifuge mesin. Farez Edrin set masa dan kelajuan sebanyak 2300 rpm selama 10 minit untuk mengekstrak molekul darah tersebut.
Sementara menunggu, Farez Edrin mendekati mereka berdua yang dari tadi asyik memerhati tanpa berkata apa-apa. Keningnya diangkat segak.
"Exciting? I will show to both of you the magic of science," ujar Farez Edrin dengan lagaknya.
To be continue...
Labels: Living Death
1:28 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|