| Living Death | entries | Poisoned Rose |
Living Death (18) - The Dead Body II
Friday, August 26, 2016


Image result for emma stone serious

Jari-jemari Zayn lincah menekan papan kekunci Macbook. Sambungan internet dalam rumahnya sangat laju membuatkan pencariannya lancar. Laman web Google dibuka lalu lelaki itu menaip satu perkataan di ruangan 'search'. MOTILIUM TABLETS. Satu produk yang diragu oleh Zayn. 




Mata Zayn terbuntang apabila membaca info yang dikeluarkan dari sebuah laman web. Milk production? Cikgu Hazirah ada bayi ke? Tanpa diduga, peristiwa di mana Dr Yunus membawa pulang seorang anak terlintas dalam fikiran Zayn. Itu anak Hazirah ke? 

Tingkap di luar rumah dipandang sepi. Air kopi yang dibancuh pembantu rumah dihirup perlahan dek masih panas. Jam di dinding sudah menunjukkan jam 1 pagi. Sepatutnya waktu begini bapanya sudah pulang. Zayn cuba membuang rasa curiga dalam diri. Dia tahu bapanya itu seorang yang baik, tidak akan berbuat perkara terkutuk di luar rumah. Mungkin malam ini orang tua itu tidak dapat pulang kerana banyak kerja. 

Telefon bimbitnya dicapai lalu Zayn menelefon Dr Yunus untuk bertanya bila dia akan pulang. Namun, panggilan tidak dapat disambung. Bateri habis mungkin. Zayn mengeluh. Harap-harap ayah baik-baik saja.
***
Azalea Zahra menatap sayu wajah Puan Hanifah yang terbaring kaku dalam keadaan koma. Tangan wanita berumur itu disentuh dan digenggam lembut. 

"Mak, Lea nak pergi Melaka hari ni. Mak okay, kan?" Bicara Azalea Zahra menganggap ia didengari oleh Puan Hanifah.

"Maaf. Lea cuma boleh teman mak satu malam sahaja. Lea janji, lepas pulang dari rumah keluarga mak yang dulu, Lea teman mak tidur lagi ya?"

Azalea Zahra mengeluh perlahan. Dia berdoa agar ibunya itu cepat sedar dari koma. Rambut wanita itu diusap perlahan. Azalea Zahra tersenyum sendiri. Lenanya tidak terganggu sepanjang malam tadi. Namun, dia ada juga terdengar bunyi letupan besar di luar. Mungkin itu cuma imaginasi atau mimpi. 

Azalea Zahra mencapai beg tangan yang dari tadi ditempatkan di atas meja. Kepingan foto yang diambil dari rumah Hafiz itu diperhati. Dua keping daripadanya ditarik keluar dari dalam beg. Foto pertama yang dia lihat merupakan gambar Hafiz sewaktu kecil, dalam lingkungan 6 tahun dan ke atas. Hafiz bersama dengan seorang budak lelaki yang tidak dikenali. Itu kawan dia ke? Namun, wajah Azalea Zahra berubah setelah melihat foto yang satu lagi. Foto keluarga mereka itu dipandang sayu. 

"Mak, Lea jumpa gambar ini kat rumah arwah Hafiz petang semalam. Lea letak di sebelah mak, ya? Lea harap mak cepat sedar."

Pintu wad ditolak dari luar membuatkan Azalea Zahra sedikit terkejut. Kepalanya ditoleh pada Aizat Farhan yang baru sahaja sampai dalam keadaan nafas tercungap-cungap.

"Zah...Zahra," panggil Aizat Farhan dengan cungapannya. Azalea Zahra segera bangun dari kerusi selepas menempatkan foto tadi di celah bantal Puan Hanifah lalu mendapatkan Aizat Farhan.

"Kenapa ni Farhan? Ada masalah apa ni?" 

"Doktor... Doktor Yunus..." Kening Azalea Zahra berkerut dengan bicara Aizat Farhan yang masih belum habis. Aizat Farhan mengusap dada bidang sendiri kerana terkejut bercampur dengan keletihan. Dengan segera, Azalea Zahra mencapai segelas air kosong di atas meja berdekatan lalu dihulurkan pada lelaki itu. 

"Terima kasih," ucap Aizat Farhan sebaik sahaja meneguk air tersebut sehingga tinggal separuh kosong. Azalea Zahra mengambil semula gelas tersebut lalu mengusap belakang badan jejaka tersebut dengan tujuan menenangkannya.

"Ada apa-apa yang berlaku ke? Kenapa dengan doktor?" Aizat Farhan mengambil nafas panjang sebelum membicarakan hal tersebut.

"Polis jumpa mayat dia di belakang hospital ni." Innalillah. Gelas yang dipegang Azalea Zahra terlepas dari tangan.
***


Laluan menuju ke bahagian belakang hospital itu ditahan oleh pihak polis dengan pita kuning. Kelihatan orang ramai berkerumun untuk melihat apa yang telah berlaku. Sama keadaannya seperti polis menjumpai mayat Hafiz di dalam longkang besar tempoh hari. Kelihatan beberapa pihak polis forensik termasuk Alif sedang sibuk mengendali dan memeriksa mayat. Ada juga yang membantu menangkap foto mangsa yang sudah lentung itu. Farez Edrin pula hanya memerhati Alif dari jauh. Azalea Zahra dan Aizat Farhan menghampiri tempat kejadian. Namun, juga tidak mampu melepasi garisan.

"Farez," panggil Azalea Zahra dengan wajah sugulnya. Farez Edrin dengan riak tanpa perasaan memandang gadis itu lalu keningnya diangkat sebelah.

"Yes?"

"I think you should follow Farhan to meet Hafiz's father." Cadangan Azalea Zahra membuatkan Farez Edrin tergamam.

"What? Why should I do that?"

"Please. I have to stay here. I MUST take care of my mother and Anis," pujuk Azalea Zahra, mengharapkan jawapan positif dari Farez Edrin. Mengapa Farez Edrin dan Aizat Farhan bersikap ego sesama sendiri? Bukankah mereka adik beradik.

"What the hell?" Farez Edrin masih tetap dengan egonya.

"Ingat aku nak sangat ajak kau?!" Aizat Farhan mula rasa bengang dengan abangnya itu. Tidak peduli di mana mereka berada sekarang.

"Farez, Farhan, tolong jangan gaduh kat sini. Jomlah kita bincang di tempat lain."

"No. Lea, I will take care of Anis as well as your mother. You should go with him. I have a lot of things to do here. I hope you understand," jawab Farez Edrin masih dengan nada mendatar. Azalea Zahra memandang Aizat Farhan meminta persetujuan. 

"Jangan kau apa-apakan Makcik Hanifah," pesan Aizat Farhan dengan matanya tepat memandang mata Farez Edrin. Ahli kimia tersebut tergelak kecil mendengarnya.

"Do you think I'm stupid? I know what I'm doing."

"I trust you, Farez. Please. Take a very good care of them. I will reward you when I return." Dengar sahaja tawaran Azalea Zahra itu, bibirnya terus mengukir senyuman lebar.

"Really? Then I will," ujar Farez Edrin terasa teruja. Azalea Zahra membalas senyuman itu lalu mengangguk. Manakala Aizat Farhan memandang Farez Edrin dengan pandangan tidak puas hati. Namun, lelaki itu mendiamkan diri bagi mengelakkan pergaduhan di tempat yang tidak sepatutnya.
***


Pipi lembut bayi yang sedang enak menyusu itu diusap lembut. Tidak sangka, cepat juga efek ubat itu. Apa dia harus namakan anak itu? Hazirah berfikir sejenak. Nama apa yang sedap dipanggil untuk anak Hafiz? 

Tidak semena-mena, pintu rumahnya diketuk dari luar. Mata Hazirah terbuntang. Mengapa ada orang datang rumahnya waktu begini? Air liurnya diteguk dan nafasnya dihela berat. Hazirah menjauhkan bayi itu dari dadanya lalu baju wanita itu diturunkan. Bayi itu dipeluk erat. Hazirah bangun dari duduknya dan perlahan-lahan menuju ke arah pintu utama rumahnya. Bagaimana jika yang datang itu Anis Nabilah? Atau Azalea Zahra? Atau Zayn? Bagaimana jika ada yang tahu pasal anak ini? Nafasnya ditarik bagi menghilangkan debar.

"Hazirah? Kau tak ada kat rumah ke? Ini aku, Mikhail." Hazirah mula mencebik. Apa hal Mikhail Iman datang waktu-waktu sebegini? Pintu utama rumah akhirnya dibuka juga. Tergamam Mikhail Iman melihat Hazirah memeluk seseorang.

"Wah, sejak bila kau jadi babysitter?" Mikhail Iman terpacak di hadapan pintu rumah Hazirah dengan tangannya memegang surat khabar harian.

"Sejak cuti sekolah," jawab Hazirah pendek. Mikhail Iman melangkah masuk ke dalam rumah Hazirah lalu mengambil tempat di atas sofa empuk. Surat khabar itu diletakkan di atas meja. Peralatan bayi yang agak berselerak di ruang tamu itu dipandang sekilas.

"Maaflah sebab datang tak beritahu. Aku cuma nak pastikan yang kau dalam keadaan baik."

"Aku sentiasa baik." Mikhail Iman tersenyum mendengar jawapan itu.

"Anak siapa tu?" Soal Mikail Iman. 

"Anak kawan aku." Hazirah cuba mengekalkan riak wajah tenang.

"Bagusnya. Boleh kau berlatih jadi ibu untuk anak-anak kita nanti," kata Mikhail Iman yang mula berangan untuk membina sebuah keluarga bersama-sama dengan Hazirah. Namun, anganannya mati apabila melihat Hazirah hanya diam tidak berkata apa-apa.

"Kau nak minum tak?" Hazirah mengubah topik soal anak. 

"Em, boleh juga," jawab Mikhail Iman. Hazirah meletakkan anak itu di dalam buaian dan terus berlalu ke dapur. 

Mikhail Iman memerhati susuk tubuh Hazirah yang semakin hilang dari pandangannya. Bayi dalam buaian itu dihampiri dan ditatap. Comelnya budak ni. Ujar Mikhail Iman dalam hati. Secara jujur, Mikhail Iman sangat suka pada budak kecil. Lebih-lebih lagi jika budak kecil itu adalah anaknya sendiri. Malangnya, Hazirah seringkali berdiam diri apabila dia buka cerita soal anak. Apatah lagi soal kahwin. 

Hazirah kembali bersama-sama dengan secawan teh panas. Pandangan wanita itu memerhati Mikhail Iman yang sedang sibuk mengusik bayi itu supaya dia ketawa. 'Maafkan aku, Mikhail'. Hazirah hanya mampu mengucapkannya dalam hati. Cawan tersebut diletak perlahan di atas meja ruang tamu.

"Minum," pelawa Hazirah. Mikhail Iman memandang Hazirah yang baru tiba dari dapur.

"Hei sayang, apa nama budak ni?" Hazirah diam seketika untuk berfikir. Dr. Yuns tak ada beritahu pun apa nama dia. 

"Nama dia...Ermm, nama dia Afiq," jawab Hazirah, main sebut sahaja nama apa yang terlintas dalam fikirannya. 

"Oh, Afiq. Nice name. Kenapa dia comel sangat? Anak kawan kau yang mana ni? Berapa lama kau kena jaga dia?" Soal Mikhail Iman bertubi tubi. Hazirah mula serabut dengan soalan yang diberi. Soalan berkenaan dengan nama sahaja sudah membuatnya berfikir dua tiga kali. Inikan pula soalan yang lain. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kau tak payah nak sibuklah. Selagi kawan aku tu tak datang sini dan ambil dia, selagi tu la dia tinggal sini. Kau tak kenal pun kawan aku tu," Hazirah menjawab dengan jawapan umum. Malas nak layan apa-apa soalan dari Mikhail Iman lagi. Silap hari bulan, dia pula yang terlepas cakap. 

Mikhail Iman mengeluh lalu mencapai secawan teh panas dengan berhati-hati. Hazirah memerhati bayi yang baru sahaja dia gelar sebagai Afiq itu. Afiq tidak pula menangis dalam buaian seperti hari-hari sebelum ini. Hanya membuntang mata memandang Mikhail Iman yang berada berdekatan dengannya. Nampaknya Afiq seperti menyukai lelaki itu. Bebola mata Hazirah tiba-tiba melirik pada surat khabar yang dibawa oleh Mikhail Iman. Tajuk muka hadapan akhbar itu dibaca sekilas. 

'Seorang doktor mati dibom di belakang Hospital SpiralGene'. Hazirah mengerutkan keningnya. Hospital SpiralGene? Cepat-cepat Hazirah mendapatkan surat khabar tersebut. Artikel akhbar itu dibaca dalam hati. Kedua-dua belah tangannya menggenggam erat naskah surat khabar itu menyebabkan ia ronyok di bahagian tepi. Air liurnya ditelan sedalam yang mungkin. Matanya tidak berkelip, artikel panjang itu dibaca berulang-ulang kali untuk memastikan ia benar dan tidak salah baca. Mikhail Iman yang dari tadi memerhati Afiq di dalam buaian, kini membuang pandangan pada Hazirah yang seperti dalam keadaan gementar.

"Dear, what's wrong with you?" Hazirah agak terperanjat dengan teguran Mikhail Iman itu. Dengan penuh rasa takut, akhbar itu dicampak ke dinding. Habis berselerak helaian naskah, bertaburan di atas lantai. Mikhail Iman mengelopong besar melihat kejadian itu. Badan Hazirah yang mula menggigil dipandang dengan penuh rasa ingin tahu. Dengan segera, lelaki tersebut mendekati Hazirah lalu kedua-dua belah bahu wanita itu disentuh lembut.

"Kenapa kau buat macam tu? Kenapa dengan kau ni?" Air mata Hazirah mula menitis dan wajahnya memerah membuatkan Mikhail Iman menjadi semakin khuatir. Dia tak sihat ke? 

"Mikhail," panggil Hazirah dengan esakan tangis yang cuba ditahan. Rasa takut dalam diri mula menghantui. 

"Ya, sayang. Ada apa? Tell me what's going on?"

"Jom kita pergi dari sini." Mikhail Iman gagal memahami ayat yang disebut oleh Hazirah sebentar tadi. Nafasnya dihela perlahan.

"Kenapa Hazirah? Bagitahu aku apa yang berlaku," pujuk Mikhail Iman, seperti biasa, tidak berputus asa untuk memastikan wanita pujaannya itu dalam keadaan baik. Hazirah menggeleng kepala berkali-kali. 

"BAWA AKU KELUAR DARI BANDAR PUAKA NI. TEMPAT NI TAK AMAN! AKU DAH TAK TAHAN DENGAN SEMUA NI!!" Hampir pecah kotak suara Hazirah berbicara dengan nada marah, lebih pada bentuk tengkingan. Suara bayi menangis kedengaran membuatkan Hazirah terpana. Afiq menangis semahu-mahunya di dalam buaian. Mungkin terkejut mendengar jeritan ibu angkatnya sebentar tadi. Hazirah beristighfar dalam hati. Rambutnya diselak dan dadanya diusap perlahan. Wanita itu menghampiri buaian bayi tersebut lalu mendukung Afiq yang masih merengek dengan kuat. Belakang badan kecil digosok perlahan.

"Maafkan mama, sayang. Jangan menangis," pujuk Hazirah, jelas kelihatan sifat penyayang seorang wanita juga ada dalam diri wanita garang itu.

"Mama?" Mikhail Iman mula pelik dengan Hazirah yang membahasakan dirinya sebagai 'mama' pada Afiq. Hazirah tergamam. Sungguh dia terlupa ada manusia lain di dalam rumah itu juga. Dia terlupa Mikhail Iman ada bersamanya saat itu. Perlahan-lahan Hazirah menoleh ke arah jejaka itu. Mikhail Iman yang berdiri tegak menunggu jawapan itu dipandang sayu. 
*** 




Aizat Farhan memandu Bentley miliknya dengan cermat di atas jalan raya. Mujur sahaja jalan raya itu masih kosong, memudahkan lelaki tersebut untuk memecut laju. Azalea Zahra sibuk membaca butiran dalam fail arwah Hafiz itu. Fail sewaktu sekolah pun dia masih simpan? Azalea Zahra menyoal dalam hati. Elok juga, dapatlah dia dan Aizat Farhan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Alamat rumah lama Hafiz itu dipandang lama. 'Alor Gajah, Melaka'?

"Jauhnya abang aku tinggal dulu. Kalau kau penat drive, aku boleh drive," tawar Azalea Zahra pada Aizat Farhan yang sibuk memandu.

"Tak apa. Aku tak percaya kau boleh drive jauh-jauh. Kau dah la selalu emo." Azalea Zahra mencebik.

"Apa kena mengena?" 

"Manalah tahu masa tengah drive tiba-tiba kau menangis. Kau tu bukan boleh percaya sangat. Asyik menangis je. Tiba-tiba pula tu. Silap hari bulan rosak kereta aku ni. Cukuplah kau pernah letupkan Audi aku," terang Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra terdiam seribu bahasa. Berasa jengkel dengan lelaki itu. Annoying! 

"Hei, kau ni drive ada hala tuju ke? Tahu jalan? Jangan over-confident sangat. Sesat pula kita nanti." Azalea Zahra mengubah topik.

"Waze kan ada. Kalau sesat kita tanya la orang. Apa guna ada mulut kan?" Jawab Aizat Farhan seperti sudah biasa berjalan jauh. 

"Tapi nanti kita nak tidur mana? Alor Gajah ni bukan macam sebelah rumah kita tau. Ini tempat orang." Jelas kelihatan Azalea Zahra serabut memikir soal masalah ini. Namun, mahu tidak mahu dia harus teruskan juga.

"Malam semalam aku dah booked hotel. Don't worry. Aku booked dua bilik berlainan." Azalea Zahra mengangguk laju-laju. Teruja dia melihat kecekapan Aizat Farhan. Tanpa diduga lelaki itu sudah merancang lebih dahulu darinya.

"Ke kau nak duduk satu bilik dengan aku?" Sakat Aizat Farhan dengan senyuman nakal. 

"Taknak aku!" Azalea Zahra menjengil biji matanya pada Aizat Farhan. Apa punya soalan tu? Aizat Farhan tergelak besar.

"Ha, aku dah agak dah. Mesti aku kena reject. Itu pasal aku booked dua bilik. Ha sudah. Jangan banyak tanya. Soal makan apa semua tu kita boleh cari. Duit aku ada. Tapi kalau kau nak belanja aku pun, aku takde masalah. Kau tak perlu risau."

"Terima kasih. Aku dah banyak menyusahkan kau," ucap Azalea Zahra perlahan. Aizat Farhan tersenyum nipis mendengarnya.

"Kau tak perlu ucap terima kasih. Aku sendiri yang nak tolong kau."

"Aku nak minta maaf pasal semalam." Aizat Farhan mengangkat sebelah kening. Tidak faham mengapa Azalea Zahra minta maaf tiba-tiba.

"Untuk apa?"

"I called you pervert in front of your brother." Azalea Zahra meluahkan rasa bersalah yang disimpan sejak semalam. Suasana sepanjang perjalanan  
menghantar Azalea Zahra ke hospital semalam sangat menghambarkan. Masing-masing diam tidak bersuara di dalam kereta. Rasa bersalah yang menebal menuduh Aizat Farhan sebegitu. Lebih-lebih lagi Farez Edrin juga dengar perbualan itu.

"Tak apa. Dia bukan siapa-siapa pun. Abang aku je."

"Kenapa kau dengan abang kau masih dingin?" Soal Azalea Zahra terus. Aizat Farhan menghela nafas berat. Susah juga soalan gadis ini tujukan padanya.

"Entahlah. Dia dah lain. Farez yang dulu aku kenal, bukan macam sekarang. Aku tak boleh terima bila dia dah ubah sikap 360 darjah macam tu," terang Aizat Farhan dengan riak wajah sayu. Azalea Zahra memandang jejaka itu dengan penuh rasa simpati.

"Kau patut appreciate dia, sementara dia masih hidup. Aku sampai sekarang tak boleh terima yang abang aku dah tiada. Aku rindu sangat pada dia."

"Aku dah cuba, Zahra. Kau sendiri nampak tadi, kan? Dia langsung taknak pergi berdua dengan aku. Apatah lagi nak bermesra, berborak, bergurau senda macam dulu. Aku rasa dia dah tak sayang aku walaupun aku satu-satunya family rapat yang dia ada. Aku sendiri tak tahu apa salah aku, Zahra." Kini, air mata lelaki Aizat Farhan jatuh di hadapan gadis pujaannya. Dia sudah tidak mampu menahannya lagi. Sejujurnya, Aizat Farhan juga rindu pada Farez Edrin yang lama. Azalea Zahra yang menyedari pipi tersebut dibasahi air mata mula terpana. Sapu tangan putih milik Aizat Farhan diambil dari beg tangannya, lalu dihulurkan pada Aizat Farhan. Namun, hulurannya tidak disambut. Aizat Farhan membiarkan air mata di pipi.

"Kau tak nampak ke aku tengah bawa kereta ni? Ini semua salah kau. Kenapa kau buka topik pasal ni?" Azalea Zahra menggigit bibir bawah. Rasa bersalah pada Aizat Farhan mula menebal semula. Baru sahaja tadi meminta maaf, dia sudah terlepas cakap sekali lagi. 

"I'm sorry for asking the question. Now, please stay still," pesan Azalea Zahra membuatkan kening Aizat Farhan berkerut. Perlahan-lahan gadis itu mengesat air mata Aizat Farhan dengan berhati-hati menggunakan sapu tangan putih. Aizat Farhan tergamam seketika. Kedua-dua belah tangannya kejap memegang stereng dan matanya lurus memandang hadapan. Namun, fikirannya terbang ke tempat lain. Sentuhan lembut Azalea Zahra walau berlapikkan sapu tangan itu amat menenangkan jiwanya. Jika itu mimpi, dia sanggup tidak bangun dari lenanya. 

Tanpa diduga, beberapa ekor lembu melintas di atas jalan raya membuatkan Aizat Farhan terperanjat. Pedal brek dipijak secara mengejut. Buk!!! Kepala Azalea Zahra yang tidak memakai tali pinggang keleder terhantuk ke dashboard kereta. 

"Zahra! Are you okay??" Aizat Farhan segera mendapatkan Azalea Zahra lalu kepala gadis itu diusap berkali-kali. Apabila pertanyaannya tiada jawapan mahupun sahutan, Aizat Farhan mula menyandarkan tubuh gadis itu pada seat. Apa yang lebih mengkhuatiri lelaki itu, Azalea Zahra tidak sedarkan diri.


To be continue...


Labels:



2:29 AM | back to top

The Author



A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind. 
Just read & stop complaining. 
No plagiarism allowed!
Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)




Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.

Big clap

Designer: Steff
Banner: Sweetsugar