Living Death (4) - The Dead Body
Tuesday, June 21, 2016
Hari sudah pun gelap tetapi Aizat Farhan masih setia menunggu di hadapan pintu bilik pemeriksaan Unit Patologi Forensik manakala Azalea Zahra dan ibunya, Puan Hanifah, sedang duduk menangis di kerusi menunggu. Aizat Farhan memerhati Azalea Zahra yang menekup wajah dengan tangan. Masih menangis? Aizat Farhan mengeluh. Rasa bersalah yang menggunung! Sudah terang lagi bersuluh yang gadis itu tidak berbohong. Semuanya terbukti. Terasa jahat pula kerana memaksa dan mengasari Azalea Zahra sebelum ini. Alif keluar dari bilik pemeriksaan itu dan menyebabkan tumpuan Aizat Farhan kepada Azalea Zahra terganggu.
"Farhan, puan, cik." Alif memanggil Aizat Farhan, Puan Hanifah dan Azalea Zahra. Azalea Zahra dan Puan Hanifah terus mengesat air mata dan mendekati ahli forensik itu.
"Ya?" Sahut Puan Hanifah. Jelas kelihatan matanya bengkak akibat tidak berhenti menangis dari tadi.
"Kami dah periksa sedikit tubuh mangsa. Bila tengok keadaan tubuh mangsa seperti itu, saya dapat anggarkan yang mangsa dah pun dibunuh pada dua atau tiga bulan yang lalu. Dia mungkin mati kerana jantung dia berlubang. Belakang badan dia pun berlubang. Macam kena tikam dengan sesuatu yang tajam."
Kata-kata Alif itu membuatkan Puan Hanifah semakin lemah. Tubuhnya hampir tumbang. Mujur sahaja Azalea Zahra sempat menyambutnya. Badan wanita berumur itu sudah tidak terdaya. Wanita itu harus pulang secepat mungkin.
"Alif, tolong aku. Cari lagi apa yang patut. I'm counting on you," pesan Aizat Farhan sambil menepuk bahu Alif.
"Boleh, tapi bukan malam ni. Esok kami cuba periksa lagi. Apa-apa nanti aku contact kau," ujar Alif dan membalas tepukan bahu Aizat Farhan itu. Aizat Farhan mengangguk tanda faham.
"Terima kasih," ucap Azalea Zahra yang masih memimpin Puan Hanifah.
"Mari, aku hantar kau pergi klinik," tawar Aizat Farhan. Kasihan melihat Azalea Zahra yang berjalan terhinjut hinjut kerana kaki kanannya sakit. Sudahlah diculik oleh orang-orangnya, dikasari pula dan kakinya pula lebam. Tidak semena-mena pula dia terjumpa mayat Hafiz dalam keadaan hina. Sungguh hari ini hari paling malang buat gadis itu.
"Tak perlu. Aku nak balik," tolak Azalea Zahra dengan wajah meluat. Aizat Farhan memegang tangan gadis itu tetapi ditepis kasar.
"Kau nak balik dengan apa?" Tanya Aizat Farhan.
"Pandai-pandai akulah nak balik dengan apa. Teksi kan banyak. Mak aku pun tadi datang sini dengan teksi. Kau sibuk ni kenapa?" Marah Azalea Zahra. Dia memang tak akan percaya pada lelaki itu. Aizat Farhan mula geram dengan tolakan Azalea Zahra lantas menarik tubuh Puan Hanifah ke dalam dakapannya. Puan Hanifah yang pandangannya sudah kabur itu hanya menurut apabila Aizat Farhan membawa orang tua itu keluar menuju ke kereta Bentley bewarna biru miliknya. Itu kereta Aizat Farhan yang kelima. Azalea Zahra mula mengerut kening dan berlari keluar mengejar lelaki itu.
"Hoi, apa kau buat ni? Bagi balik mak aku!" Marah Azalea Zahra dan terus memaut tangan Puan Hanifah yang sudah tidah terdaya.
"Ikut je cakap aku. Kau nak aku hantar kau pergi klinik dan balik rumah, atau biar aku hantar mak kau je balik dan kau naik teksi. Okay?" Kata Aizat Farhan mula memberi pilihan. Geram Azalea Zahra dibuatnya. Dia takkan biarkan mak dia ditinggalkan dengan lelaki tak betul seperti Aizat Farhan. Ah, lelaki tu memang nak menang je! Tak tahu malu betul. Terpaksa dia akur dengan Aizat Farhan.
"Okay! Aku ikut kau!" Bentak Azalea Zahra membuatkan Aizat Farhan tersenyum puas. Azalea Zahra menjeling lelaki itu. Menyampah betul.
Rumah kecil yang agak kosong dengan hanya beberapa perabot sahaja di ruang tamu itu dikemaskan. Terdapat satu sofa besar, meja hiasan, televisyen kecil dan meja makan. Wanita hamil tujuh bulan itu menyapu lantai dengan bersih. Televisyen kecil miliknya dibuka bagi menghilangkan bosan bersendirian di rumah.
Kalaulah Hafiz ada di sisinya kini sudah pasti dia tidak sunyi. Rindu pula rasa terhadap suaminya itu. Hafiz selalu mengganggu Anis Nabilah semasa wanita itu sedang mengemas rumah. Dahulu Anis Nabilah selalu naik angin apabila diusik oleh Hafiz sewaktu dia sedang sibuk mengemas rumah. Namun kini, dia berasa sunyi pula semasa ketiadaan suaminya. Hafiz juga seorang yang manja dan romantik. Tanpa diduga, Anis Nabilah teringat sesuatu kejadian yang sepatutnya dia lupakan. Terus dibuang dan ditepis rasa rindu itu. Wanita tersebut sambung mengemas rumah yang masih baru itu.
"Berita terkini, pegawai polis menemui seorang mayat lelaki di dalam longkang besar terletak di lorong kawasan perumahan Pekan Sri Pristana petang tadi. Mangsa dipercayai telah disembunyikan dan longkang tersebut ditutup dengan rapat bagi menyukarkan orang lain menemuinya. Pihak polis juga mendapat info dari kad pengenalan yang dijumpai dalam dompet mangsa, nama mangsa ialah Abdul Hafiz bin Abdul Rahman."
"Abang?!" Penyapu yang dipegang wanita itu lantas terlepas dari tangan setelah mendengar berita dari televisyen itu. Tangannya digenggam dan wajahnya kelihatan pucat. Matanya melirik pula pada televisyen. Jelas terpampar wajah suaminya di skrin televisyen. Badannya mula menggigil. Perutnya yang sudah memboyot itu diusap perlahan. Ternyata naluri seorang isteri itu cukup kuat dan memang sesuatu yang buruk bakal berlaku!
***
Sebaik sahaja
pulang dari klinik, Aizat Farhan memandu terus ke rumah Azalea Zahra
untuk menghantar gadis itu dan Puan Hanifah pulang. Lega rasanya
apabila kaki gadis itu sudah dirawat. Namun, rasa bersalah masih lagi
tak dapat dipadamkan. Sesekali dia memerhati raut wajah Azalea Zahra
melalui rear-view mirror sambil memandu. Wajah gadis
itu kelihatan risau sambil mengusap ubun-ubun Puan Hanifah. Nampaknya
Azalea Zahra seorang anak yang sangat mengambil berat tentang orang
tuanya.
Sampai
sahaja di hadapan rumah dengan selamat, Azalea Zahra memimpin Puan
Hanifah masuk ke dalam rumah dan wanita tua itu dibaringkan di atas
sofa. Gadis itu meninjau ke luar rumah. Aizat Farhan masih di hadapan
rumahnya dengan menyandarkan tubuh pada kereta. Apa dia nak lagi?
Lantas Azalea Zahra menghampiri lelaki itu. Ingin tahu apa lagi yang
lelaki itu tak puas hati.
"Kenapa?
Kau kata kau akan lepaskan aku lepas jumpa abang aku. Jadi sekarang
kau dah tahu mana dia, kan? Apa kau nak lagi?" Kata Azalea Zahra
dengan nada marah.
"Kau
tak boleh cakap baik sikit ke?" Soal Aizat Farhan kembali.
Egonya masih lagi menggunung. Niat dia baik untuk bantu Azalea Zahra
tapi kenapa gadis itu menarik muka.
"Oh,
kau nak aku cakap baik dengan kau. Sebelum ni pun kau ada cakap baik
dengan aku ke?" Balas Azalea Zahra sambil menyilangkan kedua
belah tangannya.
"Kau
mesti suka lepas tahu abang aku dah mati, kan? Itu yang kau nak betul
tak?" Sambung Azalea Zahra membuatkan Aizat Farhan tersentap.
"Atau
aku boleh buat assumption sebenarnya yang bunuh
abang aku tu, adalah abang kau. Boleh tak kalau aku cakap macam tu?"
Kata Azalea Zahra penuh sinis. Bahu Azalea Zahra ditepuk dengan kasar
membuatkan gadis itu tersentak.
"Hoi
perempuan, apa kau merepek ni? Kalau abang aku tahu yang dia dah
takde, buat apa dia nak cari lagi? Fikir sikit sebelum
buat assumption bodoh macam tu. Kalau cantik tapi
otak takde pun tak guna," sindir Aizat Farhan membuatkan Azalea
Zahra sedih mendengarnya. Air mata gadis itu mula menitis. Azalea
Zahra mengusap-usap bahunya yang sakit. Cuba memujuk diri sendiri
kerana itu sahaja yang dia mampu. Ingin melawan Aizat Farhan? Hm,
sampai esok pun dia takkan menang. Aizat Farhan mengeluh. Gadis di
hadapannya ini sensitif rupanya. Baru kena perli sikit dah sentap.
"Okaylah.
Kau je yang betul. Aku masuk rumah dulu. Tak boleh aku biarkan mak
aku sorang lama-lama. Takut apa-apa jadi," kata Azalea Zahra
dengan nada lembut dan mula mengalah. Buat apa dia bazir air liur
dengan mamat ego ni. Lagi cepat dia mengalah, lagi cepat dia akan
ucap selamat tinggal pada lelaki itu.
"Maaf
pasal tadi dan juga petang tadi. Aku tak sangka benda macam ni akan
berlaku," ujar Aizat Farhan dan senyuman ikhlas terukir
dibibir. Berdegup laju jantung gadis itu melihat senyuman itu.
Pertama kali dia melihat Aizat Farhan tidak senyum sinis. Azalea
Zahra mengangguk dan berpaling untuk melangkah ke rumah. Langkahnya
terhenti saat Aizat Farhan memegang lengan tangan sebelah kanannya.
Apa lagilah yang dia ni nak?
"Boleh
aku tahu nama kau?" Tanya Aizat Farhan. Ya, dia masih tak tahu
nama gadis itu. Azalea Zahra memandang Aizat Farhan dengan muka aneh.
"Aku
Azalea. Azalea Zahra," jawab Azalea Zahra bersahaja. Aizat
Farhan mengangguk.
"Kau?"
Soal gadis itu.
"Aizat
Farhan," jawab Aizat Farhan ringkas dan giliran gadis itu pula
mengangguk.
"Aku
balik dulu. Kita jumpa esok? Nak bincang pasal abang kau."
Sekali lagi Azalea Zahra hanya mengangguk. Malas mahu cakap banyak.
Aizat Farhan terus masuk ke dalam perut kereta Bentley itu dan
memandu pergi dengan cermat.
"Azalea
Zahra? What a pretty name," ujar Aizat Farhan
seorang diri di dalam kereta.
Tanpa
membuang masa, Azalea Zahra terus masuk ke dalam rumah dan pintu
dikunci dengan selamat. Gadis itu menyandarkan tubuh pada pintu utama
rumahnya. Alhamdulillah, dia selamat hari ini. Walaupun petang tadi
dia ditakutkan oleh lelaki bernama Aizat Farhan, rupanya lelaki itu
baik orangnya. Yang dia lalui tadi cuma helah untuk membuatkan Azalea
Zahra takut. Tetapi dalam hatinya masih berasa sedih atas penemuan
mayat Hafiz. Anganan Azalea Zahra mati apabila telefon rumahnya
berdering. Dengan segera Azalea Zahra menjawab panggilan itu.
"Hello?"
"Lea?
Ni Kak Anis. Lea ada tengok berita tadi? Diorang jumpa, diorang jumpa
mayat abang Hafiz. Diorang jumpa mayat abang Hafiz, Lea," kata
Anis Nabilah dengan cemas dan agak tergagap-gagap. Sungguh wanita itu
masih terkejut dan trauma dengan penemuan itu. Suaminya disorokkan
dalam keadaan hina. Isteri mana yang tak sedih dan takut selepas
mengetahui suami mereka diperlakukan seperti itu.
"Ya,
kak Anis? Kak Anis kat mana? Kenapa pindah tak bagitahu?" Soal
Azalea Zahra.
"Lea,
akak okay je ni. Jangan risau pasal akak. Abang Hafiz..."
"Akak,
kandungan akak dah tujuh bulan tau. Kalau apa-apa jadi kat akak macam
mana?" Tegur Azalea Zahra memotong percakapan kakak iparnya itu.
Ya, dia risau. Pindah tak beritahu. Ini pun dia tahu sebab Aizat
Farhan yang cakap Anis Nabilah tiada di rumah.
"Tak,
Lea. Akak okay. Sekarang ni abang Hafiz dah takde. Akak ingat selama
tiga bulan ni dia selamat di Los Angeles," kata Anis Nabilah
teresak-esak menangis memegang telefon.
"Akak,
Lea faham perasaan akak. Lea pun rasa benda yang sama. Tapi akak
tetap kena jaga kesihatan akak. Baliklah ke rumah mak. Pasal abang
Hafiz tu akak jangan risau. Lea akan minta tolong kawan Lea siasat
tentang hal ni," kata Azalea Zahra dengan lembut, cuba untuk
memujuk Anis Nabilah. 'Kawan' yang Azalea Zahra maksudkan itu ialah
Aizat Farhan. Sejak bila gadis itu mengiktiraf lelaki itu sebagai
kawan pun tak tahu.
"Apa?
Kawan? Siasat?" Tanya Anis Nabilah yang masih tak tenang.
"Kau
kawan dengan siapa ni sampai pandai pula nak siasat-siasat bagai?!"
Tanya Anis Nabilah dengan kasar. Bunyi macam marah sungguh wanita itu
pada Azalea Zahra. Nak marah atas sebab apa pun tak tahu. Biasalah,
orang trauma lepas dapat tahu suami dibunuh. Azalea Zahra terkedu.
Takkan dia nak cakap pasal Aizat Farhan?
"Em,
dia.. dia."
"DIA
APA? Dah, tak payah nak siasat apa-apa. Tu kerja polis. Kau tu budak
kecil jangan nak masuk campur hal macam ni. Bahaya kau tahu tak?"
Anis Nabilah memberi amaran dan terus meletak telefon.
"Hello?
Hello, kak Anis? Kak Anis?!" Panggil Azalea Zahra berkali-kali
tetapi tiada sahutan. Bunyi beep di telefon menandakan Anis Nabilah
sudah memutuskan talian. Gadis itu mengeluh.
Anis
Nabilah memeluk telefon bimbit miliknya dan menangis sepuas-puasnya.
Sungguh dia tak akan sangka perkara ini akan berlaku. Manusia sebaik
suaminya tidak pantas meninggal dalam keadaan begitu. Patutlah sejak
akhir-akhir ni dia terasa seperti ada orang memerhatinya. Adakah itu
hantu Hafiz? Ah, karut! Anis Nabilah mengusap perut boyotnya.
Bagaimana pula nasib anak ni? Ya Allah, lindungi aku!
***
Dewan kuliah
yang besar seperti wayang itu digemakan dengan suara pensyarah lelaki
berumur yang sudah berjanggut putih. Dewan kuliah itu memuatkan 300
orang di dalamnya. Namun, tidak semua yang memberi perhatian pada
syarahan tersebut. Ada yang sibuk bermain handphone, ada juga
yang bersembang, yang tidur malah ada juga yang nakal mengambil
gambar rakannya yang sedang tidur. Gambar tersebut boleh digunakan
untuk masa hadapan. Pensyarah tua di hadapan itu tidak lagi mempunyai
penglihatan yang baik. Jadi, beliau tidak mampu untuk melihat pelajar
yang berada di belakang.
Azalea
Zahra yang duduk di barisan tengah dewan kuliah juga gagal memberi
tumpuan pada pensyarah. Entah apa yang orang tua tu mengarut kat
depan pun dia tak tahu. Takpe, Azalea Zahra mahir dalam study last
minute. Dia akan perform juga walaupun tidak fokus dari awal. Itu
kelebihan dia. Dalam fikiran Azalea Zahra asyik berfikir tentang
Hafiz. Siapa yang bunuh Hafiz? Kenapa orang tu bunuh? Dan kenapa
Hafiz pinjam wang sebanyak RM18ribu kepada abang Aizat Farhan?
Otaknya terfikir pula tentang Aizat Farhan tanpa sengaja. Dia tu
lelaki pelik. Sekejap baik, sekejap menakutkan. Angin lelaki itu
bagai angin monsun. Ah, kenapa aku berfikir pasal jantan tu pula?!
Telefon
bimbit pensyarah tua itu berbunyi membuatkan beliau terpaksa
meletakkan microphone di atas meja sebentar.
Pensyarah tersebut menjawab panggilan itu dan bercakap sesuatu yang
tidak dapat didengari oleh 300 orang pelajar. Semua siswa dalam dewan
kuliah itu terdiam dan memandang pensyarah mereka. Azalea Zahra masih
dalam lamunannya. Tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang pensyarah
tersebut bercakap di hadapan.
"Azalea
Zahra!" Panggil pensyarah setelah memutuskan talian telefon itu
menggunakan microphone. Terperanjat Azalea Zahra
mendengar namanya dipanggil. Semua orang dalam dewan kuliah itu
memandang gadis itu lantas Azalea Zahra berdiri dari duduknya.
"Ya?"
Sahut Azalea Zahra.
"Encik
Farhan dah tunggu kamu dekat bawah. Dia suruh kamu pergi sekarang
juga. Bawa sekali dengan barang-barang kamu," kata pensyarah
itu. Terkejut beruk Azalea Zahra mendengar nama itu. Encik Farhan?
Aku salah dengar ke?
"APA?
AIZAT FARHAN?" Tanya Azalea Zahra kerana sukar mempercayai apa
yang sedang berlaku. Bagaimana Aizat Farhan tahu yang pensyarah ini
sedang mengajar aku? Bagaimana pula dia dapat number pensyarah
ni?
"Ya.
Kamu boleh keluar sekarang. Saya izinkan," kata pensyarah itu
sambil tunjuk pintu bertanda EXIT berdekatan dengannya. Azalea Zahra
mengangguk dan akur dengan arahan itu lantas dia kemas
barang-barangnya masuk ke dalam beg dan menuju ke pintu EXIT itu.
"Thank
you, sir," ucap Azalea Zahra menggariskan senyuman dan terus
keluar dari dewan kuliah itu. Tak sanggup menahan malu. Dia dimalukan
di hadapan 299 orang pelajar dalam dewan itu! Merah wajahnya menahan
malu sambil menuruni tangga menuju ke lobi utama. Jelas kelihatan
lelaki segak itu sedang menunggunya.
"How
could you do that?" Terus Azalea Zahra kepada Aizat Farhan
yang sanggup menghubungi pensyarah gadis itu supaya dia
menemuinya. "Jangan nak banyak tanya. Cepat ikut aku pergi
jumpa Alif sekarang. Dia ada maklumat baru pasal abang kau,"
kata Aizat Farhan yang enggan memberitahu bagaimana dia dapat nombor
telefon pensyarah gadis itu. Terbeliak mata Azalea Zahra
mendengarnya.
"Maklumat
baru? Okay, jom jom." Dia betul-betul tertarik dengan apa
yang disampaikan oleh Aizat Farhan. Gadis itu mengekori Aizat Farhan
menuju ke kereta lelaki itu.
"Em,
balik nanti kau hantar aku balik sini ya?" Pesan Azalea Zahra
setelah duduk di sebelah seat pemandu di dalam kereta Bentley Aizat
Farhan. Aizat Farhan sudah pun menghidupkan enjin kereta dan memakai
tali pinggang dengan cermat,.
"Kenapa
aku tak boleh hantar kat rumah?" Soal Aizat Farhan.
"Kereta
aku ada kat tempat parkir tu. Takkan nak tinggal je kot," jawab
Azalea Zahra sambil membetulkan rambutnya di hadapan cermin. Aizat
Farhan mula memandu keluar dari kampus itu dengan cermat.
"Sebut
pasal kereta, kau jangan lupa pasal kereta aku yang kau dah
letupkan," kata Aizat Farhan cuba mengungkit kembali tentang
kereta yang dicuri oleh Azalea Zahra tempoh hari. Azalea Zahra
menepuk dahi. Aduh, dia terlupa lagi! Aizat Farhan yang memerhati
tingkah laku gadis itu sambil memandu tersenyum sendiri. Dia bukan
kisah sangat pasal Audi R8 miliknya itu. Dia ada enam buah kereta
lagi di garaj mansionnya. Sengaja lelaki itu mahu menyakat Azalea
Zahra.
"Aku
terlupa lagi pasal tu," kata Azalea Zahra sambil mennggigit
bibir. Aduh, matilah aku! Dia takkan lupa pasal kereta dia tu. Mesti
dia nak minta ganti rugi.
"Terlupa?
Oh jadi sekarang dah ingat la kan?" Kata Aizat Farhan cuba
untuk psycho gadis tersebut.
"Eh,
aku bukannya sengaja tau letupkan kereta kau tu. Kalau terlambat
sikit je, dengan aku-aku sekali terbakar kau tahu tak." Azalea
Zahra cuba mencari alasan supaya lelaki itu kasihan pada dirinya.
Aizat Farhan tersenyum lagi. Geli hatinya dengan sikap gadis itu.
Comel sangat!
"Tapi
kau tak terbakar pun kan? Kau selamat kan? Jadi boleh la kau bayar
ganti rugi," kata Aizat Farhan lagi. Azalea Zahra mula mengerut
kening. Tak tahu dah nak cakap apa.
"Tapi
aku tak sengaja," jawab Azalea Zahra yang kehabisan idea.
Tangannya dari tadi tak diam membelek-belek tali pinggang keledar.
"But
you never say sorry," kata Aizat Farhan dengan matanya tetap
fokus memandang jalan. Azalea Zahra memandang jejaka itu.
"Kau
nak aku say sorry je ke?" Soal Azalea Zahra
yang semakin pelik dengan sikap lelaki itu. Lelaki yang dia tak
sepatutnya kenal itu seolah-olah sudah rapat seperti dah kenal 10
tahun.
"Aku
dah minta maaf semalam. Kau je yang belum."
"Ha
okaylah. I'm sorry," ucap Azalea Zahra acuh tak
acuh.
"I
won't take it," jawab Aizat Farhan membuatkan Azalea Zahra
terpinga-pinga.
"Kau
ni kenapa? Kau nak apa sebenarnya? Apa yang kau tak puas hati lagi?"
Soal Azalea Zahra bertubi-tubi.
"You
have to pay it back," jawab Aizat Farhan dengan tenang
menyebabkan Azalea Zahra mengeluh. Hm, nak tak nak memang dia kena
bayar ganti rugi. Mana dia nak cari duit? Tubuh gadis itu disandarkan
pada seat dan fikirannya kembali memikirkan tentang Hafiz.
To be continue...
Labels: Living Death
5:46 AM | back to top
|

Living Death
Profile
- Novel: Living Death
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Love, Complicated, Crime
- Chapters:
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
22 | 23 |
24 | 25 |
26 |
27 |
28
- Date: 16 June 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
Synopsis
Hidup Azalea Zahra yang tenang dan ceria kini berubah setelah menemui mayat abangnya, Hafiz yang sepatutnya berada di Los Angeles. Hatinya berasa tidak tenteram selagi pembunuh Hafiz tidak ditangkap dan menerima hukuman setimpal. Aizat Farhan yang pada asalnya memusuhi Hafiz itu juga turut berubah hati dan berasa kasihan terhadap Azalea Zahra. Atas dasar simpati, Aizat Farhan dengan ikhlas membantu Azalea Zahra mencari pembunuh kejam itu. Namun, lama kelamaan cinta antara mereka berdua berputik tanpa sedari.
Cast
Emma Stone as Azalea Zahra
(Victim's sister)
Zac Efron as Aizat Farhan
(The detective)
Elizabeth Gillies as Anis Nabilah
(Victim's wife)
Jensen Ackles as Farez Edrin
(The chemist)
Anne Hathaway as Hazirah
(Victim's ex-wife)
Ryan McPartlin as Hafiz
(Victim)
|
Poisoned Rose
Profile
- Author: Siti Zuhairah
- Category: Thriller
- Chapters:
1
- Date: 15 December 2016
- Language: Malay, English.
- Country: Malaysia
- Inspiration : Maleficent
About
Setelah dibebaskan dari penjara dengan bantuan Aiman Nafiz, Sarah Ashiqin bangkit menjadi Sarah yang baharu. Tiada lagi Sarah yang lama, yang ikut sahaja telunjuk orang lain. Dipenjara kerana dikhianat ibu tirinya, Sarah nekad mahu membalas dendam pada Ibtisam. Apa yang paling menyedihkan, bekas kekasih (Shahrizal) dan teman baiknya (Lidiya) juga bersubahat menjatuhkan gadis itu. Kerana fobia dengan cinta yang dikhianati, Aiman Nafiz yang gigih mahu memenangi hati Sarah telah ditolak mentah-mentah. Suatu hari apabila Sarah mendapat tahu Lidiya hamil, satu rencana jahat mula timbul dalam fikirannya. Setelah anak itu (Anissa) lahir, Lidiya pergi terlebih dahulu dijemput Ilahi. Kerana dendam yang menusuk dalam jiwa, Sarah berniat jahat terhadap anak itu walaupun tiada perkara buruk yang dilakukan oleh Anissa. Namun, lama-kelamaan perasaan sayang terbit jua.
Cast
Scarlett Johansson as
Sarah Ashiqin
(The ex-convicts)
Kyla Deaver as
Anissa
(Lidiya's daughter)
Chace Crawford as
Aiman Nafiz
(The lawyer)
Keegan Allen as
Shahrizal
(Sarah's ex-boyfriend)
Marion Cotillard as
Nur Ibtisam
(Sarah's stepmother)
Cara Delevingne as
Lidiya Hani
(Sarah's ex-bestfriend)
|
tagboard
rude messages will be deleted and user will be banned
your cbox code here: get yours at cbox.ws
|
about this site
designer: Steff
banner: sweetsugar
|
plug it!
your plugboard code here: get yours at plugme.net
|
The Author
A clumsy little girl who love to write a story that comes from her mind.
Just read & stop complaining.
No plagiarism allowed! Do not copy my story no matter in other version.
Please respect one's idea. Thank you :)
Attention
Those stories are purely fictional. Nothing to do with anyone. If there is an equality name or character, it just coincidence.
Big clap
Designer: Steff
Banner: Sweetsugar
|